Wednesday, November 12, 2008

Kaulah Permata

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahwa hidup ini
Tak semudah yang
Kita janjikan
Kerana kau isteriku

Aku dedikasikan lagu di atas buat semua teman blogger yang sudah berumahtangga, IK,CK,KJ,KakJie,Whitetulip,Kitepunye,Along,Mummycool,Akak,Nrina, dan juga kepada yang bakal mendirikan rumahtangga, Cik Kompius, Kutaksempurna,Julietchun,Zonaku, dan seluruh isteri di dunia ni yang selalu berkorban masa dan tenaga untuk seorang suami tak kira siang atau malam, tak kira hujan atau panas. Kalian memang isteri yang hebat.


Aku buat entry ni bila tengok mak bersusah payah 2-3minggu melayan kerenah ayah yang tak berapa sihat. Kami anak2 ni pun tak sabar ngan perangai ayah, baru baik sikit dah taknak makan ubat, dah sibuk nak keluar jumpa kawan2, nak bergossiplah tu ayah aku tu,hik,hik,tak baik tuduh2.


Sebab ayah tak sihat, mak masak macam-macam untuk bukak selera makan ayah. Tak pasal2 aku plak yang jadi terlebih sihat, dah mak masak sedap, aku pun makan banyaklah. Mak yang selalu ingatkan ayah waktu makan ubat, waktu untuk berehat. Memang aku tabik spring ngan mak sebab boleh tahan ngan kerenah ayah yang bukan2.


Syukur alhamdulilah, ayah dah pulih 90% dan boleh buat aktiviti dia macam biasa. Kepada Penyubiru dan Cikguoden, kalo sakit janganlah buat perangai bukan2 ye, kesian kat isteri nak melayan.


Bawak ayah ke hospital untuk check up.
Kena X-ray.

Mesin X-ray



Doktor tengah tengok X-ray.
























14 comments:

  1. memang pun... org lelaki ni buruk perangai tul... aku pun tabik spring ngan mak aku... cukup sabar...

    wahai org lelaki, tolonglah berubah... :D

    ReplyDelete
  2. hang curi curi ambik gambaq..pak guard tak tangkap ka?...he hehe.

    ReplyDelete
  3. haaa.. kalo dorg skt, bukan men lagik..

    cuba kalo isteri skt,.. hehe.. masa courting bukan mainlaaaa...

    cisssss... eceh.. teremosi plakk

    ReplyDelete
  4. Salam...

    biasa ler tu...kalau orang lelaki sakit kita pun rasa skit macam cubit peha kiri peha kanan turut terasa...tapi..kalau kita yang sakit..paham-paham jer ler..

    p/s: kesian anak-anak kalau kita sakit...

    ReplyDelete
  5. teringat masa bapa mertua sakit...sabar sungguh mak mertua menjaganya...manjanya mcm2 diminta tapi tak sedikit pun mak mertua merungut....

    tataulah nnt kak jie sesabar tu

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Mmg isteri selalu berkorban pada si suami tetapi tak semua suami dapat atau akan menjaga si isteri sakit sebaik yg si isteri jaga. Anak2 bila sakit ibulah yg lebih berjaga dr bapa.

    Hargailah p'gorbanan mereka sementara masih ada..

    ReplyDelete
  7. juliet

    kasih sayang seorang isteri takkan dapat sama dengan kasih sayang seorang anak.. mak ko tu sanggup jaga sebab dia lebih kenal ayah ko dah faham sangat feel dan hati budi dia.. ko anak dia.. takkan dapat nak selami apa yang ada dalam hati ayah ko..

    esok kalau ko jadi isteri.. ko juga akan faham apa yang mak ko alami nanti.. bagi aku tak salah layan bila dia sakit.. sebab masa org sakit nie memang ada perangainya.. itulah namanya tolak ansur.. aku ada kwn yang bila suami dia sakit.. tengah2 mlam pun kena bangun masak bubur sebab suaminya bentak2 nak makan.. itu belum lagi nak itu nak ini lepas tu semuanya tak makan pun.. tapi kan.. aku percaya satu je.. kalau kita sebagai isteri jaga dia dengan sebaiknya.. mana tau nanti bila tiba giliran kita.. dia juga akan jaga kita lebih baik lagi.. kan.. kan.. ;)

    ReplyDelete
  8. aku ngan laki aku......kalau sikit2 boleh lah aku layan, tapi kalau terlebih mengada2, aku buat derkkkkkkk jer!!!

    ReplyDelete
  9. betul la. ayah aku pun kalu sakit...wahhh!! manja + ngengada semacam. demand kemain. org laki mmg centu ek?

    ReplyDelete
  10. sory dear lama tak dtg sini..

    kalau anak sakit, ibu yg jaga kita kan..kalau ayah kita sakit ibu jgak yg jaga kan...kat sini nampak ibu lebih pengasih dan penyayang...keperhatinan dan pengorbanan ibu tu besar...tapi ayah jga ada kasihnya, cuma tak tnjuk...

    ReplyDelete
  11. eiii..tak baik tau tuduh org lelaki camtu tau. bukan seme lelaki camtu. ade lelaki yg menjaga isterinya ketika sakit dan juga ketika tak sakit (baca:shopping).contoh paling terdekat aku la. penat tau bawak beg² shopping. tapi biasala, buat baik seribu kali org takkan ingat,bila buat salah sekali,itulah yg diingatnya.

    ReplyDelete
  12. dah namanya isteri yang.. kena sabo je lah dengan kerenah suami.. bukan suami je tau.. anak2 pun sama gak kerenah nya dengan ayanya.. adoii laaa... apapun terimakasih ya yang.. kerana menghargai kami sebagai seorang isteri dan ibu ini...

    ReplyDelete
  13. salam

    tempat isteri kan di sisi suami... :) kite patut contohi mak awak tu... kan... tabah dan sabar...

    ReplyDelete