Thursday, November 27, 2008

Berkorban apa saja

Aku melihat kereta "dia" di depan rumah, megah dan gagah. "Ah!, untuk apa lagi "dia" kemari, adakah untuk menambah luka yang masih belum sembuh". Aku melangkah perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah. "Dup!Dup!Dup!", hatiku berdenyut kencang. Mungkin Datuk Lee Chong Wei merasakan denyutan yang sama saat bertarung dengan Lin Dan yang akhirnya selalu membawa kekalahan kepada beliau.

Aku mengatur tapak satu-satu, penuh santun, sehinggakan kalau terpijak semut pun tak mati semut itu. Aku dapat menangkap suara gelak tawanya dengan ibuku, sayup-sayup, dan namaku di sebut berulang kali. Hatiku jadi tak keruan. Aku mengangkat tangan dan membaca sepotong dua ayat Al-Quran yang aku tahu untuk menenangkan hati yang sedang bercelaru lalu ku raup ke muka. Aku perlu tabah menghadapi kenyataan biarpun pahit,perit dan pedih.

"Assalamuaalaikum"! Aku memberi salam dengan suara yang sedikit ketar. "Waalaikumsalam"!,terdengar suara ibu dan "dia" menjawab salamku yang aku rasa kurang ikhlas. "Haa,panjang umur,tepat pada masanya ko balik Juliet", ibu bersuara riang. Dan gambar-gambar di bawah ini sebagai bukti pengorbanan aku untuk "dia".















"Isk!Isk!, kakak aku datang semalam dan dia mintak aku tolong dia buat kuih CARA. Adoiiila, ko ni kan kak, tak tau aku balik keje nak rehat2 dulu. Kot aku nak gi dating ke, ape ke. Beli je la kat kedai tu, 3 biji singgit, puas hati. Agaknya kakak aku ni mengandung anak pompuan kot, sebab rajin sangat dia nak buat sendiri, kalau tidak jangan haraplah dia nak masak.
1 pesan aku kepada Haji Samuri Sate Kajang, pasni Tuan Aji bleh tutup kedai sebab aku dah terror buat sate dan kepada Kak Yah tokey kuih, pasni boleh tido puas2 kat umah sebab aku dah terror buat kuih cara.



10 comments:

  1. juliet!!!!!
    ko ni kan.....
    suka jer tayang kuih peberet abang aku kat cnie......(akupunsuka!)


    huhuhu....
    x pa....
    ptg ni aku balik buat....

    cantik la acuan ko nie...
    aku guna y lama jer, still guna dapur gas..

    takat nak buat kuih cara pun ko komplen... x baik tau!

    ReplyDelete
  2. hehe.. tangan ko tembam la...hehe..

    ReplyDelete
  3. zonaku : sila jgn kutuk bekas aku okehh!!!....

    apa motif ko tunjuk tgn ko?? ko nak tunjuk cincin ko ekk?? ekk??

    ReplyDelete
  4. Eleh takat wat kuih cara bukan ye susah pun.. bancuh tepung sat je.. nak tunggu masak pun sat je.. dah sah2 kan mesti ko juga yang abiskan dulu muahahaha..

    Takpe nak raya haji nie aku nak order kat ko kuih cara leh.. aku tunggu ko belanje tak dpt2 gik nie.. ko belanje aku ngan kuih cara pun dah cukup tau.. betapa bertimbangrasa aku nie ;)

    ReplyDelete
  5. nampak senang buat kuih cara tu ye...dah ada acuan canggih dah sekarang. akak biasa guna cara lama....dan dah lama tak buat. kecur melihatnya la...erm...alahai.

    ReplyDelete
  6. kompiden jek anak sedara ko pompuan... ko igt tukang masak yg ramai2 kat hotel, restoran tu, org pompuan ke??

    wei... tunjuk muka la... asik tgn ko yg kedut seribu tu je ko tyg...

    ReplyDelete
  7. wahahaha...bikin saspen la intro ko ni...

    ReplyDelete
  8. zonaku,
    lenkali ko oder jer ngan aku,hahaha,riaknya aku.

    penyu,
    tak ske statment tuh.

    TC,
    cincin mahal,hahaha.

    iina,
    kalo nak oder awal2 skit, aku bg rega kawan2,hahaha.

    cikguzue,
    skang ni acuan letrik dah.

    Dik KTS,
    tgn yg berkedut seribu itu adalah anugerah dariNYA yg perlu di syukuri :D Hahaha, aku nak anak sedare pompuan la plak, asek lelaki jek, hari2 meroyan.

    Lilies,
    ade saspen cam citer Bond? Teror aku yek.

    ReplyDelete
  9. Kalau tutup sate Samuri kat mana pulak saya nak makan sate? Kalau ko punya best takpe la. Bak sini 10 cucuk, saya nak try rasa.

    ReplyDelete
  10. oooooooooooooo..ni la kuih cara?..baghu aku tahu..lawa cincin.hi hi hi..

    ReplyDelete