Wanita 1
Seorang isteri yang cukup tabah membesarkan 3 orang anak tanpa suami di sisi. Suaminya bekerja dengan syarikat perkapalan, hanya naik ke darat setahun 2-3 kali untuk berjumpa dengan anak isteri. Memang hidup mereka mewah kerana aku dengar citer gaji suaminya berbelas ribu sebulan tapi adakah wanita ini gembira meniti hari-hari dengan hanya di temani anak2 kecil di sisi.
Wanita 2.
Seorang ibu muda yang baru 4 bulan melahirkan cahaya mata pertama. Semasa bertunang bakal suaminya bekerja di Vietnam dan selepas beberapa bulan berkahwin suaminya di tukarkan bertugas di London sehingga sekarang. Saat dia mengandung sehingga melahirkan suami tiada di sisi menemani. Dan ketika anak mereka berusia 2 bulan barulah suaminya dapat pulang beberapa hari menjenguk mereka. Berat juga ujian yang sedang wanita ini lalui.
Wanita 3
Juga seorang ibu muda yang baru melahirkan cahaya mata pertama 3 bulan lalu. Selepas beberapa bulan berkahwin suaminya di tugaskan ke Sarawak, dan hanya balik menjenguknya 2-3 kali dalam sebulan. Aku pernah tengok dia mengesat airmata saat sedang memujuk anak kecil yang menangis kerana demam dan dia memanggil nama suaminya supaya datang membantu. Tabahnya dia mengharungi dugaan perkahwinan yang baru setahun jagung.
Saat aku melihat wajah mereka, aku terfikir sendiri, mampukah aku lalui hidup seperti mereka, mewah wang ringgit tapi kurang mendapat perhatian dari orang yang aku sayang apatah lagi saat terlantar demam. Hebat sungguh mereka menempuh ranjau hidup yang mungkin sesekali bergelora bila musim tengkujuh tiba.
ko bukan berhati wajaker??
ReplyDeleteawat cek punya entry syahdu2 je lately ni....wanita2 tadi adalah wanita2 terpilih....ada habuan yg menanti diorg di alam sana nnt..
ReplyDeletenaik kedarat 2-3 kali setahun?? tapi anak dah 3 ?? hmm.. musykil..musykil..
ReplyDeleteHmm...mula2 nak berjauhan mmg air mata je peneman diri..tapi bila dah biasa tu..dah biasalah hehe...
ReplyDeleteTapi saya mmg tak leh berpisah lama dgn hubby..camne pun mesti nampak muka...dengar suara pun tak leh hilang rindu hehe..rindu sgt..
nak ikut klu boleh mana dia pegi..tapi sarat barat plak dgn anak2 nie...hehehe...
TC,
ReplyDeleteaku berhati kristal,keh8.
Lilies,
ujan2 ni layan blues terlebih skit.
Penyu,
Skang ni kan zaman teknologi, ape yg ko nak musykil nyer.
nrina,
mungkin dah biasa kot yer.
juliet yang cun...
ReplyDeleteini lah asam garam hidup berumah tangga.. mummy pasti sang isteri memahami tuntutan kerja sang suami kerana pastinya sebelum berkahwin mereka telah membincangkan akan duduk pekara ini...insyaAllah yang masam akan bertukar menjadi manis bila sampai masanya.. insyaAllah...
aku rasa ko mampu mengharunginya....
ReplyDeleteberpuluh2 tahun hidup tanpa suamisblm kawin, takkan br kawin 4,5 thn dah kecoh... no hal lah bg aku...
mummy yg kool,
ReplyDeletehrpnyer begitulah yer.
KTS,
ko ckp je bsr, kaciwaka aku, kaciwakan aku.
hehehe...
ReplyDeleteminta di jauhkan dari menghadapinya....
tp cam best gak kan... x la bosan asyik ngadap muka tu jer tetiap ari...
Zonaku,
ReplyDeletetem ni ko kate ok jek, bile dah kawin nanti baru meroyan di tinggalkan,hik,hik.
juliet
ReplyDeletebila hidup berumahtangga kekuatan itu pasti datang walaupun org lain yang melihat tertanya-tanya dan berkata-kata.. walaupun dah bertahun2 hidup sendirian tanpa suami.. tapi bila berkahwin je.. semua itu berubah 200% sama sekali tak sama..
Allah takkan uji manusia itu dengan sesuatu ujian yang manusia itu tidak boleh hadapinya.. setiap ujian itu ada sebabnya.. dan ujian itu juga setimpal dengan manusia yang menghadapinya.. Allah maha mengetahui.. ;)
mmm...takpe la. biar la gaji laki aku ciput asalkan dia ada depan mata aku. tak sanggup woooo!!!
ReplyDeletesalam julietchun..
ReplyDeletesesaja blogwalk.. sampai ke sini..
hihihi..
kaktiny rasa kaktiny tak kuat berhadapan ngan mana2 situasi wanita2 tuh.. waaa waaa waaa.. huhuhu..
semoga mereka terus tabah.. (kagumnya..)