Serba salah sekarang mahu membeli barang runcit di kedai Kak Su.
Tak sampai hati nak tengok muka Kak Su yang pucat, cengkung, dan matanya yang bengkak.
Kalau ada baca Kosmo semalam, ada berita yang tertulis, "Ibu saudara ghaib bersama 2 orang kanak-kanak", itulah anak Kak Su yang telah dilarikan oleh sepupu Kak Su sendiri.
Kak Su suami isteri berasal dari Acheh, dan mereka telah menetap lama di sini. Mereka membuka kedai runcit dan mempunyai 2 orang anak. Selama mengenali Kak Su, kami sekeluarga rasa yang Kak Su ini seorang yang baik dan sangat mesra dengan pelanggan.
Kak Su mengupah sepupunya yang berasal dari Acheh untuk menjaga 2 orang anaknya yang masih kecil itu kerana tidak mahu anak-anaknya mengganggu Kak Su dikedai, dan pada hari Sabtu lepas ketika pulang ke rumah Kak Su dapati anak-anaknya dan juga sepupunya itu telah lesap.
Dan sehingga hari ini Kak Su masih belum menerima khabar berita mengenai anak-anaknya.
Petang semalam mak ke kedai Kak Su untuk membeli sayur dan ikan. Dan bila mak pulang ke rumah, mata mak merah dan berair.
"Mak tak sampai hati tengok Su dok menangis, tak makan tak minum", kata mak sambil kesat airmata yang mengalir turun.
Kalau ada yang terbaca suratkhabar semalam, dan mungkin anda ternampak seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan bersama dengan gadis muda berhampiran kawasan anda dalam keadaan mencurigakan, sila buat laporan kepada polis dengan segera.
Sama-sama kita bantu Kak Su sekeluarga.
aduhai..... kesiannya....
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi hatinya menanggung bebanan perasaan...
er... aku juga makin berat!
huwaaaa..... aku sedey nok...
ReplyDeletexbygkan kalau kita kat tempatnya..
ReplyDeletezaman sekarang ni macam2 bende yg tak dijangka bleh jadik kan..tak tau nk percaya kt sape lagi lps ni..
ReplyDelete.
.
haiahhhh..
alahai...
ReplyDeletekesiannya dia.
Sedihnya dgr.. mestilah susah hati kan.. Semoga dia jumpa balik anak2nya..
ReplyDeletekesiannya. mak bapak mana yang tak susah hati..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteItu namanya; harapkan pagar, pagar makan padi. harapkan tin, tin makan biskut...sedara sendiri pun boleh jadi gitu, apalagi kalau orang lain...
Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia
kalau aku ditempat kak su pun mmg aku melalak.
ReplyDelete.
seb baik mak saudara dia tak ghaibkan ko sekali.hehe
ReplyDeleteadik aku ckp nak buang 'adik angkat' aku pun aku dah hampir meroyan.
ReplyDeleteweiyhhh... pulangkanlah anak org tu!
sedihnya.
ReplyDeletemari sama2 doa agar anak2 kak su dijumpai dengan selamat dan sehat. amin.
zonaku,
ReplyDeleteaku pon makin berat, relax beb jgn gabra :D
kakngah,
kesedihan seorg ibu
mizah,
ReplyDeletesapa tak sayang anakkan
asleenda,
hati org kita taktau
azrina,
ReplyDeletekita doa semoga dia tabah
iina,
dugaan hebat
kakpah,
ReplyDeleteberat bahu yg memikul
anyss,
zaman sekarang ni hidup kena selalu waspada
tasek,
ReplyDeletemelalak sampai dah tak kelaur suara kaksu tu
penyu,
aku ada pendinding,hahaha
kts,
ReplyDeleteaku sokong pembuangan adik angkat ko 200%,hahhhaa
alis,
moga doa kita diperkenankan,amin.
Ada perkembangan terbaru kes ni tak? Ko kongsikanlah dgn kami.
ReplyDeleteSaya selalu juga ke kawasan tu tapi yg mana satu kedai kak su eh? Ingat nak singgah jumpa dia dan suaminya lain kali saya ke sana.
sebenarnya kalo nak kekedai kaksu kena naik kereta,agak jauh dari rumah saya.mak suka kesana sebab byk pilihan sayur dan ikan. saya pun taktau apa perkembangan kes ni sekarang, tak pegi kedai dia.
ReplyDelete