Saturday, November 29, 2008
Sembang anak dara
Sembang punya sembang tak sedar dah tengah malam, bile anak dara jumpe macam2 gossip keluar, hahaha, korang pun tau kan ape topik hangat kalau bukan pasal kaum adam,hahaha.
Friday, November 28, 2008
Thursday, November 27, 2008
Berkorban apa saja
Aku mengatur tapak satu-satu, penuh santun, sehinggakan kalau terpijak semut pun tak mati semut itu. Aku dapat menangkap suara gelak tawanya dengan ibuku, sayup-sayup, dan namaku di sebut berulang kali. Hatiku jadi tak keruan. Aku mengangkat tangan dan membaca sepotong dua ayat Al-Quran yang aku tahu untuk menenangkan hati yang sedang bercelaru lalu ku raup ke muka. Aku perlu tabah menghadapi kenyataan biarpun pahit,perit dan pedih.
"Assalamuaalaikum"! Aku memberi salam dengan suara yang sedikit ketar. "Waalaikumsalam"!,terdengar suara ibu dan "dia" menjawab salamku yang aku rasa kurang ikhlas. "Haa,panjang umur,tepat pada masanya ko balik Juliet", ibu bersuara riang. Dan gambar-gambar di bawah ini sebagai bukti pengorbanan aku untuk "dia".




"Isk!Isk!, kakak aku datang semalam dan dia mintak aku tolong dia buat kuih CARA. Adoiiila, ko ni kan kak, tak tau aku balik keje nak rehat2 dulu. Kot aku nak gi dating ke, ape ke. Beli je la kat kedai tu, 3 biji singgit, puas hati. Agaknya kakak aku ni mengandung anak pompuan kot, sebab rajin sangat dia nak buat sendiri, kalau tidak jangan haraplah dia nak masak.
Wednesday, November 26, 2008
Hebatnya mereka
Seorang isteri yang cukup tabah membesarkan 3 orang anak tanpa suami di sisi. Suaminya bekerja dengan syarikat perkapalan, hanya naik ke darat setahun 2-3 kali untuk berjumpa dengan anak isteri. Memang hidup mereka mewah kerana aku dengar citer gaji suaminya berbelas ribu sebulan tapi adakah wanita ini gembira meniti hari-hari dengan hanya di temani anak2 kecil di sisi.
Wanita 2.
Seorang ibu muda yang baru 4 bulan melahirkan cahaya mata pertama. Semasa bertunang bakal suaminya bekerja di Vietnam dan selepas beberapa bulan berkahwin suaminya di tukarkan bertugas di London sehingga sekarang. Saat dia mengandung sehingga melahirkan suami tiada di sisi menemani. Dan ketika anak mereka berusia 2 bulan barulah suaminya dapat pulang beberapa hari menjenguk mereka. Berat juga ujian yang sedang wanita ini lalui.
Wanita 3
Juga seorang ibu muda yang baru melahirkan cahaya mata pertama 3 bulan lalu. Selepas beberapa bulan berkahwin suaminya di tugaskan ke Sarawak, dan hanya balik menjenguknya 2-3 kali dalam sebulan. Aku pernah tengok dia mengesat airmata saat sedang memujuk anak kecil yang menangis kerana demam dan dia memanggil nama suaminya supaya datang membantu. Tabahnya dia mengharungi dugaan perkahwinan yang baru setahun jagung.
Saat aku melihat wajah mereka, aku terfikir sendiri, mampukah aku lalui hidup seperti mereka, mewah wang ringgit tapi kurang mendapat perhatian dari orang yang aku sayang apatah lagi saat terlantar demam. Hebat sungguh mereka menempuh ranjau hidup yang mungkin sesekali bergelora bila musim tengkujuh tiba.
Monday, November 24, 2008
Tabahlah

"Anak dia nak aiskrim", abang tu bersuara perlahan. "Dia tak bawak duit lebih agaknya?", aku tanya abang tu balik. "Dia orang susah, umur muda lagi tu, abang rasa dalam 30an,suami meninggal lepas raya aritu tapi abang taktau sakit ape, bulan lepas plak mak dia meninggal. Anak dia 4orang, ade yang paling kecik umur setahun. Dia dok umah mak dia, tolong abang dia jual nasi lemak, anak 4 camner nak keje, nak keje kilang pun susah, upah jaga anak pun dah berapa kan".
"Kesiannya", hati aku tersentuh, begitu sekali dugaan hidup dia. Kalau aku bawak duit lebih aku belikan sesuatu untuk anak dia tadi. Moga dia tabah terima dugaan.
Saturday, November 22, 2008
Dia buat hal


Friday, November 21, 2008
Tag VVIP
What were you doing 5 years ago?
Makan, tido, keje, mandi, buang air.
What were the 5 things on your to do list today?
1.Bangun tido
2.Mandi
3.Breakfast
4.Pegi keje
5.Kejelah
What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1.Tido sesuka ati
2.Berenti keje
3.Makan
4.Jalan2
5.Shopping
What 5 jobs you've had?
1.Tolong buat susu untuk anak buah
2.Tolong ayah buang sampah
3.Tolong jaga anak buah
4.Tolong mak goreng ikan
5.Tolong ayah siram bunga
Who are 5 person you want to tag?
1.Barrack Obama
2.George Bush
3.David Beckham
4.Sarah Palin
5.Michael Schumacher
Thursday, November 20, 2008
Malu Ah!
Kat kedai.
Aku Yang Cun : Bang, ikan sadin berapa sekilo?
Abang ensem tokey kedai : RM 7.00.
Aku Yang Cun : Mahalnya. Ikan kembung?
Abang ensem tokey kedai : RM 8.50.
Aku Yang Cun : Mahalnya ikan arini bang.
Abang ensem tokey kedai : Ari2 mahal dik, bukan arini je.
Aku dengan bangganya menunjukkan skil pilih ikan sadin mengikut petua orang tua2.
Depan kaunter.
Aku Yang Cun : Sekilo ye bang.
Abang ensem tokey kedai : Wah! pandainya, tepat sekilo, lebih sikit abang tak kira.
Aku Yang Cun : Tenkiu, nah 7.00.
Abang ensem tokey kedai : 8.50 la dik. Abang bagi murah dah tu.
Aku Yang Cun : Tadi cakap sekilo 7.00?
Abang ensem tokey kedai : 7.00 ikan sadin, adik amik ikan kembung.
Aku Yang Cun : (argghhh malunya, aku silap amik ikan) Sori bang
Kat umah
Mak : Juliet, mana ko letak ikan sadin tadi?
Aku Yang Cun : Dalam peti ais la.
Mak : Ikan kembung je.
Aku Yang Cun : (wat muka terkejut) Laaa, mesti orang kedai tu salah amik.
Mak : Ko tak amik sendiri ke?
Aku Yang Cun : Tak, tapi Juliet dah cakap nak ikan sadin.
Mak : Ko nih......
Wednesday, November 19, 2008
Duniaku penuh bunga


Tuesday, November 18, 2008
TC- aku kenyang

Monday, November 17, 2008
TC-aku datang!





Hadiran ombak membelah pantai, tiada putusnya percintaan itu,kih,kih. Pantai belakang apartment. Bleh layan bules sambil tengok matahari terbenam.
Friday, November 14, 2008
Tak bahagiakah dia
Wednesday, November 12, 2008
Kaulah Permata
Aku dedikasikan lagu di atas buat semua teman blogger yang sudah berumahtangga, IK,CK,KJ,KakJie,Whitetulip,Kitepunye,Along,Mummycool,Akak,Nrina, dan juga kepada yang bakal mendirikan rumahtangga, Cik Kompius, Kutaksempurna,Julietchun,Zonaku, dan seluruh isteri di dunia ni yang selalu berkorban masa dan tenaga untuk seorang suami tak kira siang atau malam, tak kira hujan atau panas. Kalian memang isteri yang hebat.
Aku buat entry ni bila tengok mak bersusah payah 2-3minggu melayan kerenah ayah yang tak berapa sihat. Kami anak2 ni pun tak sabar ngan perangai ayah, baru baik sikit dah taknak makan ubat, dah sibuk nak keluar jumpa kawan2, nak bergossiplah tu ayah aku tu,hik,hik,tak baik tuduh2.
Sebab ayah tak sihat, mak masak macam-macam untuk bukak selera makan ayah. Tak pasal2 aku plak yang jadi terlebih sihat, dah mak masak sedap, aku pun makan banyaklah. Mak yang selalu ingatkan ayah waktu makan ubat, waktu untuk berehat. Memang aku tabik spring ngan mak sebab boleh tahan ngan kerenah ayah yang bukan2.
Syukur alhamdulilah, ayah dah pulih 90% dan boleh buat aktiviti dia macam biasa. Kepada Penyubiru dan Cikguoden, kalo sakit janganlah buat perangai bukan2 ye, kesian kat isteri nak melayan.
Tuesday, November 11, 2008
Friday, November 7, 2008
Juliet! Juliet!

Pose maut

3) Post that picture with NO editing
Takde edit ape2.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this
Thursday, November 6, 2008
Lambat skit jer...
