Wednesday, October 15, 2008

Tak bleh harap!!!

Perbualan ni telah di rakam pada hari Jumaat lepas,10 Oct 2008, bersamaan 10 Syawal 1429H di antara aku dan abang aku yang hampeh.



Abang : Ada nampak kamera tak?



Aku : Dalam laci kot.(kamera dia tapi aku yg jaga sbb dia suka buang merata-rata, bila nak baru dia carik) Nak pegi mana bawak kamera?



Abang : Istana, jumpa Tengku Abdullah.



Aku : Tengku Abdullah mana?



Abang : Tengku Mahkota Pahanglah.



Aku : Buat ape?



Abang : Ko tak tau ke cucu Sultan Pahang nak kawin hari Ahad ni? (Ahad 12 Oct)



Aku : Ye ke? Yang mana?



Abang : Mana aku tau, aku ada appointment ngan Tengku Mahkota bukan cucu dia yang nak kawin tu.



Aku : Aku dah excited. "Bang, ko amik gamba istana tu bang.



Abang : Nak buat ape? (sambil gelak berdekah-dekah cam lanun Teluk Eden yg rampas kapal MISC tu)



Aku : Ada la projek nak buat.



Abang : Tengoklah.





Abang sampai di Istana Bukit Kayangan, Kuantan lebih kurang pukul 10 pagi. Ahad lepas adalah hari perkahwinan cucu Sultan Ahmad Shah, jadi semua istana di bersihkan dan di hias indah. Abang kol aku kat opis.



Abang : Takde orang lagi kat sini, kereta pengantin ada kat sini la, cantik, kalo ko datang mesti ko terkejut tengok.



Aku : Amik la gamba bang.



Abang : Dah, nanti ko tengoklah.



Dan, korang tengok sendirilah hasil kerja abang aku yang tak bleh di harap tuh. Aku geramm!!





Istana Bukit Kayangan ni terletak di Kuantan, Pahang. Kepunyaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Istana ni hanya di gunakan untuk mengadakan majlis keraian atau meyambut tetamu.




Dia keluar masuk dalam istana tu tapi hanya ini yang dia snap. Tu pun dia cakap kat aku banyak dah, kalo ikut otak dia yang cetek tu dia takkan amik gamba istana tu sebab bagi dia takde rasa ape yang menarik pun. Hampeh,tak bleh di harap.



11 comments:

  1. sapa yg berani2 amik gamba umah persinggahan ku yg ke 102 ni...
    beta sggh murka !!!!!

    ReplyDelete
  2. haha amik gambar x kuar dari keta pun

    ReplyDelete
  3. keh3.. tak ikhlas btoi amek gambo utk ko.. tp baguih gak.. kang tah pape citer ko buat nanti.. huhuhu.. aku sokong abang ko!!!!

    ReplyDelete
  4. wah. kalu aku tu. harus setiap sudut aku amek...sampai la kamera tu abis battery

    ReplyDelete
  5. abg ko blum leh upgrade jadi juru gambar profesional ler.. amatur pun tak.. yg asas pun tak.. kira jurugambar malas ler tu..

    Tulah ko pun satu tak bg arahan dengan jelas, cakap suh ambik gmbr istana, betul ler tu..hehehe.. patut cakaplah ambik gmbr dlm istana tu..hiasan ke apa ke.. nie idak gambar istana.. mmg sah2 ler gmbr istana je muhahaha.. saje bagi ko lagik sakit hati ;)

    ReplyDelete
  6. aku igt abang ko tuh satu kapal gak ngan aku...sebab aku tak suker sgt ambik gambar.

    ReplyDelete
  7. tak nampak cam istana pun.cam banglo jer.adakah ko kena tipu ngan abang ko lagi?hehe

    ReplyDelete
  8. hahha..betul tu...dia takot nak amik gambar bebanyak kut..ekek...

    ReplyDelete
  9. kutaksempurna,
    ampun puanku.

    lieza,
    tak ikhlas la tuh

    theconfused,
    ko mmg zalimlah.

    kj,
    kita serupa.

    iina,
    aku ke yg slh?

    CK,
    Ye ker?

    penyubiru,
    tipu2 dosa la.

    worldpeace,
    bkn tkt tp malas.

    ReplyDelete
  10. owh..agaknya sebab itu org selalu cakap lelaki dgn pompuan ni selalu memandang tiap isu berbeza..hehehe

    ReplyDelete