Friday, October 24, 2008

Salah Sendiri

Pukul 4 pagi, seorang lelaki yang berusia 50an lintang pukang larik di kejar oleh orang kampung. Dek kerana usia yang dah nak masuk senja, akhirnya lelaki ini rebah dan pengejar2 tadi dengan segera memberkas dan membelasahnya.

Pihak polis di panggil kerana lelaki tua ini di syaki menceroboh kawasan perumahan kami dengan niat untuk mencuri. Siasatan dibuat dan lelaki tua di heret di tempat dimana dia didapati terhendap-hendap di hadapan sebuah rumah besar. Sampai di tempat kejadian semua orang terkejut kerana mendapati sampah berselerakan dan beberapa botol minuman, kotak, suratkhabar lama ada di tepi tong sampah tersusun rapi.

Polis : Kenapa awak datang ke kawasan perumahan ini?
Lelaki : Saya tak bersalah tok.
Polis : Jawab soalan saya, kenapa awak berada di kawasan perumahan pada pukul 4 pagi?
Lelaki : Saya cari botol ngan kotak tok,pastu saya jual kat kedai besi buruk,saya tak mencuri.
Polis : Alasan yang tak munasabah. Cepat cakap yang betul awak ikut saya ke balai.
Lelaki : Sumpah tok, kereta saya ada kat hujung kedai sana, tok pegi lah periksa.

Polis dan orang kampung menuju kearah yang di maksudkan dan menemui sebuah Datsun buruk yang di penuhi dengan suratkhabar lama, kotak dan botol2 plastik. Semuanya kebingungan.

Polis : Yang ko nih pagi2 buta dah cari kotak ngan botol naper? Tak leh tunggu siang?
Lelaki : Sekarang ni ramai sangat orang kutip botol ngan kotak, jadi saya keluar awal pagi ni nak potong dorang la tok, nak dapat rezeki lebih.


Polis dan orang kampung kebingungan, ada gak orang camni, tak pasal-pasal dapat penumbuk free.

10 comments:

  1. huhuhu... len kali suh dia pakai senbod kat leher,.. "sdg cr kotak n botol kosng, timekasih"

    ReplyDelete
  2. kat kwsn umah aku pun camtu gak... pepagi buta duk korek sampah umah org... siap curik lg tong sampah kitorg... dah 7 tong ilang...

    ehehehehe... kata org tetua : cakap siang pandang2.. ckp malam dengar2...

    kata org memuda : curik kotak siang2, curik malam, makan penumboq...

    ReplyDelete
  3. manusia...
    macam2.... tp cekal x cekalnya pakcik tu mencari rezeki...
    kita???? msk ofis kul 8 pun bising... stayback sket pun merungut..

    ReplyDelete
  4. kes naya je orang tua tu.. kesian pulak kan... demi untuk rezeki lebih tak pasal2 kena belasah...

    ReplyDelete
  5. ekonomi tgh down, so maybe orang tu tgh cari alternatif lain tu.

    ReplyDelete
  6. kesian juga kat pakcik tu.
    tapi, yelah...sapa tak suspen kalau pagi2 buta macam tu, ada org terhendap2 kat depan rumah...lebih2 lagi di kawasan yg selalu berlaku kecurian.

    ReplyDelete
  7. TC,
    idea yg bgs

    KTS,
    tong smph kat kedai abis sbb ko sll gi beli la yek.

    zonaku,
    betui2

    CK,
    yes,yes.

    mummy,
    takleh nak slh sesape kan.

    penyubiru,
    kotak & plastik mhl skang ni.

    cikguzue,
    kalo sy pun igt org nak mencuri kan,tmbh skang ni mmg byk kes curi.

    ReplyDelete
  8. sian...apa da..owang pon nak idup gak..nak jadik bisnes man kena la pandai carik peluang yang ada di depan mata..barulah power...sukses gitu..kih!kih!

    ReplyDelete