
Tunggu Putra LRT kat terminal untuk ke KL Sentral. Kat sebelah aku ni ade sorang pompuan, bukan main dia dok layan lagu kat MP3, siap goyang2 kepala dan badan sumer. Gedik semacam je aku tengok, ramai gak yang pandang dia pastu bisik2. Tiba2 ada satu pengumuman, " Anda hanya boleh menaiki tren yang berhenti di platform 1 sahaja kerana kami mengalami masalah teknikal di platform 2, harap maklum". Datang tren berenti kat platform 2. Dan kedengaran pengumuman di buat sekali lagi,"Tren yang berhenti di platform 2 tidak boleh dinaiki,harap maklum."
Lepas dengar pengumuman tu, aku dan beberapa orang lagi tu masih duduk, ye lah, dah orang kata tren takleh naik. Nak dijadikan cerita, budak pompuan yang dok layan MP3 ni meluru dengan pantas ke dalam tren yg rosak tuh. Dan pintu tren tu pun tertutup. Kami semua tercengang-cengang pandang pompuan ni. Dan tak lama kemudian dia pun dengan sekuat tenaga menghentak pintu tren. Tiba2 datang teknisian ni marah2, dan aku tengok muka budak pompuan tuh dah macam2 kaler, biru,ijau,kuning langsat,itam,pink...Kalo nak dengar lagu ke hape ke biarlah sesuai ngan keadaan kang sendiri malu.
Tren yang ditunggu tiba jua akhirnya. Aku naik, nasib baik ada tempat duduk.Dalam tren, ada sepasang omputih, berdiri. Dorang ni taktau malu langsung dok berpeluk bercium dalam tren tu. Sakit mata sungguh. Ada 2-3 orang tua dok jeling meluat kat dorang ni. Tak hormat langsung.
Kat satu stesen naik lah sepasang suami isteri bersama 2 orang anak yang masih kecik. Anak dia yang kecik tu aku rasa umur dalam 2 tahun dok melalak peluk mak dia, aku tengok dia takut semacam bila tren tu bergerak. Dah lah penuh sesak, tambah plak lagi dengar budak dok meraung, rasa nak pecah tren tu. Aku berdoa dalam hati cepatlah sampai dah tak tahan dengan macam2 kerenah dalam tren yang sempit dan slow je.
Sampai kat KL Sentral, tetibe rasa lapar,masuk McD. Oder aku siap, bayar dan cari tempat duduk. Masukkan straw dalam bekas minum, slurrp. Apsal air ni tak sejuk. Mana best air gas tak sejuk, kurang nikmatnyer. Bukak penutup tu, aikk,apsal takde ais. Rasanyer aku tak cakap pun kat kaunter yang aku taknak ais. Bawak bekas gi kaunter, "Buleh mintak ais?". Dan dengan selambanyer dia jawab"Sori, No stok". Hah! Terkejut beruk aku. Patutlah aku dengar dorang dok cakap2 no ais,no ais, aku ingat apa benda. Seumur hidup aku makan kat McD tak penah plak dorang cakap ais takde. Kalo dah takde ais bagi ler diskaun 50posen pun jadilah. Aku bengang! Aku bengang!