Monday, August 4, 2008

Memang berbaloi

Hari Sabtu lepas keje pegi ke PWTC sebab ada Pesta Buku.Seronoknya boleh beli novel baru dan pastinya dapat potongan.Pelbagai jenis buku ada dan mudah didapati.Mulalah rambang mata bila tengok buku banyak - banyak nih.








Orang punyalah ramai tapi aku tetap nak jugak round semua tempat,apa nak jadik aku tak kira dah,yang pastinya aku mesti dapatkan novel yang dah lama aku idamkan.




Novel pertama yang aku beli,judulnya Sangeetha,penulisnya Azizi Hj Abdullah.Aku petik sedikit sinopsisnya :
Kain basahan ikat di beranda
Letak belati di hujung perahu
Kasihan ada ingat pun ada
Retak di hati siapalah tahu
Ada permata di dalam tangan
Di bungkus dengan kain baldu
Jika bercinta menyesal jangan
Ada rang tua sembunyi rindu
Sangeetha,cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata.Harganya RM35.00,560 mukasurat,bila aku nak baca pun tak tau.





Novel kedua,judulnya Pemburu Mimpi,penulisnya Saleha Hussin.Jurujual tu cakap ini novel yang terlaris,dia dah baca sampai menanigs-nangis.Kalo jurujual tu baca boleh menangis aku baca boleh meraung-raung nih :D Harganya RM45.00,1245 mukasurat,tebalnya,tahun depan belum tentu aku khatam kalo camni.Aku petik sedikit sinopsisnya :
Seorang wanita perlu ada impian.
Jangan biarkan diri seperti alas kaki
Dipijak-pijak kemudian ditinggalkan







Begitu lama aku nantikan kehadiran novel ketiga ni dipasaran.Aku dah beli episod 1 tahun lepas sampai aku dah hampir lupa cerita di episod 1,kena selak balik semula.Judulnya Ketika Cinta Bertasbih 2,penulisnya Kang Abik,penulis novel terkenal dari Indonesia,antara novelnya yang paling laris ialah Ayat-ayat cinta yang difilemkan.
Memang seronok datang ke Pesta Buku tapi aku takut nak bawak duit lebih,takut terbabas beli banyak lagi.















6 comments:

  1. sib baik blum gaji lg... klu tak, ikat perutla gayanya.. org pose bulan depan, kita pose bulan ni...

    ReplyDelete
  2. rindunya nak p pesta buku.. dulu tiap tahun p without miss.. biasa suka beli buku motivasi dr tuah.. kot2 dpt jumpa dia minta tandatangan..

    ReplyDelete
  3. ala...ruginye tak pegi...aku nak beli satu buku nie..

    pemburu mimpi tu mcm best jek...bacalah bg habes pastu buat review kat sini..he he

    amik brg dlm blog aku jap..

    ReplyDelete
  4. selamat membaca la novel2 tu...jgn diperam pulak...hehe..

    ReplyDelete
  5. kutaksempurna,
    mmg perut ni ptt diikat,naik semacam,takleh pakai kebaya dah:C

    iina,
    sy pun minat Dr.Tuah tuh.

    Chinta,
    Novel tu tebal sgt,takpe,aku tlg bc utk ko.


    Cikguzue,
    Hrpnya dpt doabiskan,kn bijak curi masa.

    ReplyDelete
  6. isk!isk!buku??Waaaa...nape tak wat kat cini???Nak beli gak...!!!

    ReplyDelete