Kasih antara kita
Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin tersiksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit airmata
Tahan sebak di dada
Kemanakah nak dibawa
Resah kian melanda
Dimanakah hendak kukhabar
Pilu didalam didada
Bila kasih dihujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Seorang kenalan mak datang ke rumah sambil mendukung bayi yang aku agak baru berumur dalam 2bulan.Kak Nah,itulah nama kenalan mak nih tapi umurnya masih muda,dalam 40an.Kak Nah datang bersama suaminya namun suaminya hanya singgah sekejap sahaja kerana ada hal katanya,mereka nih ada gerai makan dan gerai mereka dibuka dari pagi hingga petang jadi mestilah sibuk.Mak mempelawa Kak Nah masuk ke rumah.
"Pakcik ada?" Itu panggilan Kak Nah untuk ayahku."Ada,tadi tengah solat asar,nanti makcik tengok.Mak bangun mencari ayah.Aku menghampiri Kak Nah,"baby sapa nih,comelnya".Kak Nah tersenyum memandangku dan menjawab,"baby akak lah".Aku tersenyum lagi.Sebenarnya aku heran bila tengok Kak Nah mendukung bayi sebabnya Kak Nah tak mempunyai anak,dah lebih 10tahun dia berumahtangga namun belum ada rezeki lagi dan beberapa tahun lepas Kak Nah telah mengambil seorang anak angkat perempuan tapi aku kenal sangat anak angkatnya tuh.
Mak dan ayah datang ke tempat aku dan Kak Nah sedang berbual."Kenapa",ayah bertanya Kak Nah."Nak mintak Pakcik tolong tengokkan anak ni,dari semalam tak berenti menangis".Ayah aku tau lah sikit-sikit cara berubat bayi,maklumlah keturunan dia semua bidan,arwah nenek aku dulu seorang bidan yang cukup di segani.Aku tau mak pun sebenarnya bingung bila melihat bayi tu tapi nak bertanya segan barangkali takut dikata menjaga tepi kain orang.Aku rasa Kak Nah perasan muka kami yang tertanya-tanya nih kerana itu dia ambik keputusan untuk bercerita agaknya,lagipun dia agak rapat dengan mak dan ayah."Anak mi dengan isteri baru dia",Kak Nah bersuara sayu.Hah!Kami semua terperanjat.Mi adalah suami Kak Nah.Dia meneruskan ceritanya.
Abg Mi telah meminta izin dari Kak Nah untuk berkahwin lagi dengan alasan inginkan zuriat sendiri.Kak Nah dan abg Mi dah puas berubat untuk mendapatkan cahayamata namum doa mereka belum dimakbulkan lagi.Untuk menghilangkan kesunyian Kak Nah telah mengambil seorang anak angkat tapi abg Mi masih tidak berpuashati.Dan untuk memuaskan hati semua pihak Kak Nah mengizinkan abg Mi berkahwin dengan seorang janda yang kematian suami dan mempunyai 2orang anak.Setelah berkahwin setahun lebih abg mi dikurniakan seorang anak perempuan bersama isteri barunya.Dan bayi tu Kak Nah bawa ke rumah aku semalam kerana demam.Dalam sedang asyik bercerita sesekali aku lihat Kak Nah mengesat airmata yang bergenang di tubir matanya."Mak baby ni demam,anak-anak dia yang 2orang tu pun demam,jadi saya tolong jaga dia,lagipun kat kedai hari ni tak ramai orang sangat,Kak Nah tersenyum memandang kami.
Aduh!Tiba-tiba aku rasa sebak dan sesak dalam dada.Begitu sekali pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri.Kalau selama ni aku tengok kisah macam nih kat tv dan dalam novel je,tapi rupanya ada berlaku dalam dunia realiti.Aku harap Kak Nah akan dapat ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan yang dilakukannya ini.
payung emas beb... tak nak ke??
ReplyDeletekutaksempurna
ReplyDeleterasanya aku taknak,waaaaa:C
payung emas disyurga... sapa tak nak?
ReplyDeleteSalam Julietchun...
ReplyDeleteAkak respect dengan Kak Nah nie, kalau akak sendiri mungkin tak termampu nak buat macam tu, semuga Allah memberikan balasan yg baik buat Kak Nah..
Juliet nanti singgah amik soalan tag yea, lupa nak cakap awal2 lah, ampunnn..
http://shopforshoppers.blogspot.com/2008/08/being-tagged-again-kali-kena-ni.html
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...sebak rasanye membaca entry ni...semoga sebesar2 ganjaran diberi Ilahi dan dia juga diberikan berbanyak2 kesabaran...
ReplyDeleteJemput datang ke rumah, ada nak bagi award dan tag sekali. sudi2kanla yea...
hehehe... belum bersedia lagi untuk jadi mcm tu..
ReplyDeletekuina,
ReplyDeleteDpt payung perak pun kira ok dah :D
akak,
tag yg dulu pun tak jwb lgi,tp demi akak sy gi amik gak.Sy rs pun sy takleh jd cam Kak Nah.
Cikguzue,
Jh tu umah cikgu,tapi dah org nak memberi kita trm je lah yek.Semekom!!! ada org di dalm :D
ibukumbang,
aku rs sampai bila2 pun aku tak bersedia.
kak nah akan dapat payung emas kalau dia ikhlas. semoga kak nah akan tetap disayangi suaminya selamanya. besar pengorbanan kak nah.
ReplyDelete