Thursday, August 28, 2008

Pewaris kita




Basikal anak buah aku di penuhi bendera,kawan-kawannya juga melakukan perkara yang sama.Tapi aku tengok bebudak ni pasang bendera pada bulan Ogos saja,aku tanya kenapa bulan 8 je adik pasang bendera? Dorang jawab sebab nak "MENDEKA".



Anak buah yang sulung berumur 9 tahun, merengek-rengek mintak di belikan bendera untuk di lekatkan kat basikalnya.Aku saja tanya apa faedahnya pasang bendera banyak-banyak kat basikal? Dia jawab kan nak "MERDEKA". Aku tanya lagi,abih bulan lain takde pulak korang sibuk nak pasang bendera.Hari Raya pun boleh pasang bendera apa.Lalu dia berkata,bulan lain tak 'MERDEKA",kalau pasang nanti orang gelakkan.



Anak buah yang kedua berumur 5 tahun juga sibuk nak pasang bendera pada basikalnya.Aku tanya dia kenapa adik nak letak bendera kat basikal? Dia jawab,abah cakap nak "MENDEKA".Aku tanya lagi,apa maksud 'MENDEKA", tuh? Dia jawab,"MENDEKA" tu kena pasang bendera lah.Jawapannya berbelit macam Samy Vellu.



Budak-budak sekarang,tak pernah merasa susah,apa saja yang di minta harus kita tunaikan,kalau tidak alamat rumah akan bergegar macam Hiroshima di bom jadinya.Mak ayah selalu bercerita keperitan hidup di zaman penjajahan dulu pada cucu-cucunya tapi dorang buat tak tahu je,nampak sangat muka masing-masing tak berminat.Tapi cuba cerita pasal handphone baru ke,games yang terhangat di pasaran ke,mesti dorang pasang telinga betul-betul.



Beginikah agaknya anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan kita,aku harap mereka akan berubah bila dewasa nanti,lebih bersemangat dan sanggup mempertahankan negara,bangsa dan agama.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51,dengan pertanyaan,takde yang masuk perbarisan ke ?

5 comments:

  1. budak2 ni, menyambut merdeka mcm nk menyambut raya.yelah kanak2ni menteliti masih tak dicemari lg.

    ReplyDelete
  2. cuba bg bendera mesia ngan bendera US... dorang dpt bezakan tak... klu bole, kita oraitla... klu tak... hmmmmm no komen

    ReplyDelete
  3. Aku buat perbarisan atas katil sampai tengahari... apasal, ko nak join ke..

    ReplyDelete
  4. cakapkosong,
    btl ckp ko,nk merdeka mcm nk ry.

    kutaksempurna,
    bg bendera Jepun pun drg ltk je,jji bendera.

    ibukumbang,
    whoaaa,dasat sungguh,aku sokong ko 100%.

    ReplyDelete
  5. merdeka.. merdeka.. sini sambut merdeka takde bendera.. tapi tetap merdeka juga dihati..

    ReplyDelete