Friday, August 22, 2008

Hadiah dari jiran

Kami berbesar hati sungguh dengan jiran sebelah rumah ni yang bagi kami hadiah pada hari Jumaat yang mulia.Ingat tak dalam entry lepas aku ada cerita pasal kakak sebelah rumah yang pengotor dan seksi tu.Dialah yang bagi hadiah kat kami hari nih.Mungkin dia terbaca blog aku agaknya jadi dia pun terus bagi sesuatu sebagai tanda penghargaan.Dan aku nak kongsi hadiah ni dengan korang semua,jom kita layan sama-sama.

















Amacam? Syiokkan hadiah yang kami dapat.Korang tau tak apa kejadahnya tuh? Yaaa,pandai,anak tikus la tuh,agaknya yang masih dalam pantang.Mak aku menjerit-jerit,geli betul dia.Anak tikus ni kami jumpa di tepi pagar rumah kami yang bersempadan dengan rumah jiran sebelah.Dalam bekas pasu bunga ayah aku. Banyak tau,11 beradik dorang tu sedang berjemur dengan enaknya tambahan pulak di bakar oleh cahaya suria yang suam-suam kuku.
Dari semalam ayah jenguk-jenguk rumah jiran sebelah sebab dia dengar sesuatu dalam rumput belakang rumah dorang.Ayah aku takut ada ular je sebab rumput kat belakang rumah dorang ni kalau ada komunis menyorok pun kita takleh nampak,punyalah panjang dan semak.
Dan semalam masa nak tido ayah dengar sesuatu yang mengcurigakan lalu pagi tadi bersama dengan sebatang cangkul ayah meninjau dari dalam pagar rumah aku dan menurut ayah dia tengok dekat 5-6ekor ibu tikus sebesar lengan orang dewasa berlari-lari anak atau pun sedang berkejar-kejaran di dalam pagar rumah sebelah.Dan tiba-tiba dia terpandang ditepi pasu bunga dia 11 beradik anak tikus sedang berjemuran,sihat walafiat,montok gitu.
Ayah pun terus ke rumah jiran tu,panggil dia baik-baik suruh dia tengok hasil tangkapan ayah di pagi Jumaat.Dan dengan selamba dia jawab,"rumah saya ni memang banyak tikus,taktau kenapa".Mak dah jeling-jeling dah kat dia.Rumah sikit punya semak macam mana tikus tak buat sarang,aku rasa esok lusa anaconda dan segala jenis binatang liar boleh jumpa kat belakang rumah dia ni,tak payah sibuk-sibuk nak pegi zoo,kira rumah dia ni tempat pembiakan la.
Dan kerana malu atau memang termakan nasihat mak,dia anak beranak sibuk cangkul rumput dan bersihkan halaman belakang.Lepas ni kalau ada jumpa sesuatu yang mengerikan lagi aku suruh ayah bungkus cantik-cantik letak depan rumah dia."Oiiit orang sebelah,ingatlah kita ni hidup berjiran mestilah saling hormat menghormati".








7 comments:

  1. baiknya jiran ko... bg hadiah istimewa... byk pahalanya... nak2 ari ni ari jumaat...

    dan tahnia buat ko sekeluarga... jagalah anak yatim elok2... besar pahala jg anak yatim... tomei tomei nya.... suka aku tgk...

    ReplyDelete
  2. Kutaksempurna,
    Tomei & seksi gitu,kaler kemerah merahan,tulus mulus kulitnya,takde kesan jerawat :D

    ReplyDelete
  3. ingat hadiah apa hehehe terkezut tgk.. bguslah dia nak bersihkan rumah tu.. idak dapat ler pergi zoo free sebelah rumah je ;)

    ReplyDelete
  4. apa punya jiran daaa!..tak berani nak komen...(takut jiran aku pun tak puas hati kat aku. mana tahu kan!)

    ReplyDelete
  5. iina,
    Tak pyh la kami sibuk2 nak pegi zoo,kat rumah sebelah mcm2 ada ;D

    cikguoden,
    hidup berjiran kena la pandang kiri kanan gak,bkn nak suruh jg tepi kain,yg baik kita ikut,,yg buruk kita tegur.

    ReplyDelete
  6. wat BBQ sedap tu....
    pastu bagi sepiring utk dia org
    hehehe

    ReplyDelete