Abang ipar datang ke rumah sambil merungut-rungut pagi tadi tapi tak jelas bunyinya.Aku yang tengah bersiap nak pegi keje rasa tak senang hati mendengarnya.Aku pun keluar mendapatkan dia."Apa hal?"."Ni hah,cuba tengok mesej nih",dia menghulurkan handphonenya pada aku."cuba baca mesej tu",dia berkata lagi.Aku pun ambik handphone dia dan perlahan-lahan baca mesej yang tertulis di skrin.Mesejnya begini "Dijemput seisi keluarga ke kenduri kawin pada 17/08,di Tmn ..................Moga kedatangan tuan akan menyerikan majlis kami.Daripada Khairul Usop.
Bagi aku takde apa yang salah dengan jemputan tu,nape pulak abang ipar aku nak marah.Orang jemput,pegi je lah,lagipun yang nak kawin tu kawan dia.Aku betul bingung."Biasa je bang,apa yang nak di bisingkan?",aku bersuara."Skroll sampai bawah",abang ipar aku mengarahkan.Aku pun jadi pak turut skroll sampailah bawah.Aku masih tak jumpa apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan di pagi-pagi Jumaat ni."Apa yang salahnya",aku bertanya dalam bingung.Abang ipar aku tersenyum."Cuba tengok masa mesej tu dihantar".Aku pun skroll lagi dan tengok waktu mesej tu di hantar.
Dan tak semena-mena aku pun ketawa.Bayangkanlah mesej jemputan kenduri kawin tu di hantar pada pukul 3 pagi.Abang ipar aku punyalah geram semalam sebab tidur dia terganggu bila dengar bunyi ada mesej masuk kat handphone.Ikutkan hati dia malas nak bangun tapi takut ada mesej yang penting,takut ada kematian atau sesuatu yang tak di ingini berlaku pada keluarga atau kenalan.Dengan malas dan mengantuk dia bangun jugaklah,dan apa yang dia tengok hanyalah jemputan ke kenduri kawin.Satu rumah gelak pagi tadi."Orang excited nak kawin macam tu lah,sampai tak tau pukul berapa",ayah aku menyampuk.
Lawak pagi Jumaat betul.Aku masuk balik untuk bersiap.Lalu kat tepi bilik ayah tiba-tiba mata aku terpandang kat kalendar yang di gantung tepi almari.Aku heran tengok ada tanda bulat-bulat dengan marker pen merah.Aku pun jenguklah apa yang di tulisnya kat kalendar tu.Rupanya ayah tulis tarikh jemputan kawin dan siap dengan nama tuan rumah sekali.Aku tiba-tiba nak gelak,bukan apa,ayah ni bukan main dia tanda camtu tapi bila sampai harinya dia wat rileks je sebab dia dah lupa.Minggu lepas kelam kabut dia bersiap bila aku cakap tak pegi rumah orang kawin ke.Dah lama sangat di jemput sampai lupa.Apa-apa ajelah ya.
Salam Julietchun...
ReplyDeleteAkak mmg tak berkenan betul kalau org sms time2 cam tu except kalau ada emergency, tapi pengantin ni kena maafkan lerr kot, bz buat preparation kan..
respect kat ayah Juliet, tanda kat kalender tu memudahkan kita..kalau kita yg muda2 la ni boh kat organizer lerr kononnya (canggih gitu)
kelakar dan rasa seronok dgn gelagat ayah2 kita. teringat arwah ayah dulu. kad2 kenduri kahwin tu diaturnye elok2. dan biasanye bila waktu kenduri, bukan mainlah dia sibuk ke sana ke mari merewang jugak...
ReplyDeletehehe kalu banyak sangat kenduri ni, rumah 1 nagn 2 je jamah nasi... yang selebihnya touch & go je
ReplyDeleteAgaknya orang tu baru teringat nak sms kot..pukul 3pg pun sms gak.. heheh.. atau dia takleh tidur ke hehehhe.. macam-macam kan
ReplyDeletekena kenan lagu p.ramlee la tu... "pukul 3 pagiiii... "
ReplyDeleteAkak
ReplyDeleteKekdg bunyi mesej masuk kita pun pegilah tgk,rupanya Maxis anta soh topup :D
Cikguzue,
Org tua mcm2 ragam.
ibukumbang
Pegi pun sekadar memenuhi jemputan je kan,tkt tuan umah kck ati.
iina,
org nak naik pelamin agaknya camtu yek.
kutaksempurna
Aku rasa camtu gak.
Salam,
ReplyDeleteSungguh merisaukan kalau terima mesej tengah-tengah malam - selalu terbayangkan berita tak baik.
Pernah dapat jemputan 6 minggu lebih awal, akhirnya diri sendiri terlewat seminggu - pengantin dah pergi bulan madu :D
Moga yang indah-indah saja untuk Juliet minggu ini :)