Friday, August 1, 2008
50sen jadi RM100
Aku nak gi bank in cek,bos plak nak gi lunch,memandangkan destinasi yang dituju sama,jadi bos cakap naik keta aku.Tapi aku taktau nak cakap yang aku tumpang dia atau dia tumpang aku sebabnya kami pegi naik keta aku tapi bos yang pandu.Camne tuh? Sampai ke tempat yang di tuju bos pun cari parking,nasib baik ada satu parking,kat tempat ni kalau lunch hour memang penuh.Aku pun keluar dari keta,bos pun keluar.Aku nampak bos terus lintas jalan tanpa bayar parking kat meter tuh.Aku pun dengan penuh keayuan jerit kat bos "Bos,parking dah bayar ke?".Dengan muka yang selamba dia jawab "tak payah bayar,bukannya lama,saya makan 15minit,awak pegi bank 10minit,takde hal lah,saya selalu tak bayar",dan dia terus berlalu dengan angkuhnya.Geram betul aku,kalo kena kompaun aku yang kena sebab keta aku,bukannya dia bagi aku claim dengan syarikat.Dengan rasa tak puas hati aku pun pegi bayar parking,50sen pun nak berkira bos nih.Balik dari bank,aku tengok banyak surat atas meja.Tetibe ada satu surat untuk bos,aku pun bagi surat tu kat dia,dan dia suruh aku bukak dan baca.Aku pun bukaklah,aku baca pelan-pelan,dan tetibe je aku rasa nak gelak kuat-kuat kat bos aku nih,hahaha,dia kena kompaun ngan Majlis Perbandaran atas kesalahan meletakkan kenderaan tanpa membayar parking yang hanya bernilai 50sen tuh.Dia kena kompaun sebanyak RM100.00.Kelam kabut dia bila aku cakap kalau tak bayar dalam masa 14hari kena pegi mahkamah.Baru dia tau langit ni tinggi ke rendah,eksen lagik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Julietchun (akak suka nama nie)
ReplyDeleteHaahhaaa jom kita gelakkan boss tu, ha sape suruh dia kedekut sangat sebab nak jimat 50 sen dia terpaksa rugi RM100...
Apalah malang!
hehehe.. tulah kadang nak berjimat dah tak terjimat dah.. manusia kadang ambil mudah perkara yang remeh.. walhal akibatnya.. lebih teruk
ReplyDeleteakak,
ReplyDeletePengajaran bgs utk bos nih.
iina,
Tu lah balasan utk org yg terlebih jimat.
hehe saya slalu x bayar.. walaupun kat taipan... walhal kat taipan sela mpsj berkeliaran
ReplyDeleteHehehehe ... akhirnya menabung kat tempat yang salah :D
ReplyDeleteSalam :)
Salam kenal..Haa.. pengajaran bagi semua..Kadang2 benda2 remeh tu jadi lebih teruk jika dibiarkan yek..
ReplyDeletepandan munken dien... sunkan cankan bensan... :D
ReplyDelete