Kisah benar dari seorang guru yang kecewa.
Seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun di panggil berjumpa guru disiplin atas kesalahan ponteng kelas beberapa kali,tidak patuh arahan guru,berkuku panjang dan mewarnakan kuku tersebut dll kesalahan yang memang dibolehkan diambik tindakan yang sewajarnya.Semasa perbincangan dengan guru disiplin nih,pelajar terbabit dengan penuh angkuh mengatakan yang dia ponteng kelas kerana tidak suka dengan guru yang mengajar subjek tersebut,dan kesalahan2 lain yang dia lakukan adalah kerana suka hati dia nak buat apa.Keesokannya penjaga pelajar terbabit dipanggil ke sekolah untuk berbincang,guru ni sayangkan pelajarnya,taknaklah terus sesat macam tuh.Bapa pelajar ini datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru disiplin.
Bapa pelajar : Kenapa cikgu panggil saya? (muka masam)
Guru : Selamat datang cik,selamat berkenalan.Saya panggil cik ni untuk berbincang hal
anak cik yang juga pelajar saya.
Bapa pelajar : Apa hal dengan anak saya? (bercakap kasar)
Guru : Untuk pengetahuan cik,anak cik selalu ponteng kelas,bla,bla.
Bapa pelajar : (terus memotong cakap guru) Cikgu,saya tau ajar anak macam mana.Saya nak
tanya,cikgu dah kawin ke belum? (masih berkasar)
Guru : Terkejut dengan pertanyaan tuh sebab rasanya takde kaitan tapi jawab gak lah;
Saya belum berumahtangga.
Bapa pelajar : Cikgu kawin dulu baru cikgu tau masalah orang dah kawin.Sekarang ni saya rasa
bukan anak saya yang bermasalah tapi cikgu yang bermasalah,baik cikgu kawin
cepat dan selesaikan masalah cikgu,jangan nak libatkan anak saya dalam masalah
cikgu.Saya tau cara nak ajar anak,cikgu tak payah nak fikir hal tu(terus berlalu
meninggalkan bilik kaunseling)
Guru ni terpinga-pinga dengan kata-kata bapa pelajar terbabit dan terasa sangat kecewa dengan tindakan bapa pelajar itu.
kesian cikgu kaunseling tu, bukan general rules kalau dah berumahntangga baru tahu menguruskan anak...
ReplyDeletekesian pada keluarga lelaki terbabit..
emm.. itu memang hakikat masa kini.. dulu ibu bapa hormat cikgu.. tapi kini semua ingat cikgu pula kaki sibuk.. kebanyakan ibu bapa dah tidak bersifat terbuka.. lebih suka tuding jari pada cikgu untuk ajar anak mereka.. walhal hakikatnya di rumah mereka tetap kena ajar.. jangan kata kat mesia ler.. ajar budak2 bahasa melayu kat sini pun (yang kelas hanya 2 kali sebulan dan hanya 34 minggu setahun je).. dah ada mak bapak harap anak2 dia boleh dapat A bila balik mesia ambik upsr.. bayangkan..
ReplyDeleteHi JulietChun, I love your profile pic of baby crying.
ReplyDeleteGosh! It's really a beautiful picture....catches the heart too.
Bet you love and enjoy photography, huh?
Youhave a great weekend and keep well, Lee.
Salam Julietchun..
ReplyDeleteKesian cikgu tu dahlah suah payah & pengobanan tak dihargai dia pulak yg dipersalahkan ni yg dipanggil ibubapa tak kenang budi nie..
Ini namanya salah asuhan...
ReplyDeleteSemoga cikgu2 tabahla dengan dugaan yg mcm ni
ReplyDeleteChinta,
ReplyDeletecikgu skang takleh sentuh student langsung,zaman kita dulu cikgu rotan pun takpe ya.
iina,
btl,ibubapa skang tak bagi cikgu nasihat anak dorang,tp bila exam nak tgk markah anak suma A.
akak,
sy ari-ari dok dgr kakak sy(cikgu)mengeluh,nak mrh student pun takbleh la ni wlupun utk kebaikan,takut parents saman.
ibukumbang
hrpnye begitu
kutaksempurna
kena bagi parents baca novel Salah Asuhan biar depa sedar.