Wednesday, August 13, 2008

Bila nak keras

Tengah kemas bilik semalam ternampaklah album gambar lama dalam laci.Dalam album tu banyak gambar aku "dolu-dolu",masa tengah muda remaja,zaman sekolah lagik.Dan ada satu gambar tu kat dewan makan asrama sekolah,form 3 masa tuh.Aku senyum sorang2 sebab teringat ada satu kejadian yang berlaku yang aku takkan lupa sampai sekarang. Jom layan cerita aku yang tak seberapa nih.

Masa form 3 aku jeles sangat tengok kawan2 yang masuk kelas ERT(ekonomi rumahtangga) dan kelas pertanian sebab dorang ari-ari dok bawak balik macam-macam cthnya kalau budak ERT dorang bawak balik kuih,mee dll yang di masak sendiri kat bilik ERT dengan pengawasan dari cikgu.Budak pertanian pulak bawak balik sayur,jagung,tomato dan dorang nih saja tayang kat aku & the geng yang berada di kelas perdagangan.Tapi dorang ni baik sebab selalunya kami akan berkongsi makan sama-sama,kalau kena keracunan pun sama-sama,maklumlah baru umur 15thn,basuh sayur pun tak reti lagik.Kalau dorang bawak balik mee aku ingat laksa,pucat semacam beb.Kalau dorang bawak balik apam gula hangus aku ingat kek kopi,pahit giler,terlebih hangus agaknya,tapi untuk tutup kelemahan dorang cakap macam-macam,aku tak pedulik janji halal semua aku sental.

Satu hari tu budak ERT nih bagi aku & kawan2 sedikit agar-agar yang dorang baru belajar buat,sedap,cukup rasa.Aku pun tanya la dia macam mana nak buat,dan dengan kembang hidungnya dia jawab :

Bahan-bahannya:
Agar-agar 1-2 peket
Air secukupnya
Gula batu
Pewarna

Cara-caranya:
Masukkan air dalam bekas,jerang atas dapur.
Masukkan agar-agar,gula batu,dan pewarna,kacau sampai agar-agar hancur,jadilah.
Pastu masukkan dalam bekas,dah siap.
Dan kemudian,makanlah sepuas hati.

Dan dengan tak sabarnya aku bersama 5 kawan membodek warden untuk keluar sekejap membeli buku,tapi sebenarnya nak pi beli agar-agar dan gula batu.Pewarna dah diberi percuma oleh budak ERT nih.Kami terpaksa plak guna macam-macam skil memujuk makcik tukang masak sebab nak guna dapur & perkakas dia.Bila dia tanya nak buat apa kami jawab nak masak megi,dan makcik ni memang baik,dia bagi kami guna dengan syarat berhati-hati dan bersihkan balik dapur tu.Bermulalah operasi memasak agar-agar.Masukkan air dalam periuk,bila mendidih masukkan agar-agar,gula batu dan akhir sekali pewarna.Bergilir-gilirlah kami mengacaunya.Dah tengok semua nampak ok,kami pun tuang dalam besen agar-agar tuh.

Dalam 5 minit tunggu agar-agar tuh,sorang kawan aku ni pun bersuara,"nape tak keras agar-agar nih? Tak macam dorang punya tadi?".Yang lain mengangguk mengiyakan.Kami beli 2 peket agar-agar tadi,1 dah masuk dalam periuk tuh,jadi ada lagi satu."Tak cukup agar-agar tak?",bersuara sorang lagi.Dan kami pun jerang balik atas dapur dan masukkan 1 peket lagi,dan kacau,dan kacau.Tuang balik dalam besen.Tunggu dalam 5 minit lagi,masih cair camtuh gak.Dan kerana geram kami pun tuang agar-agar tadi kedalam sinki dapur.

Kami naik ke bilik berbincang cara yang betul untuk masak agar-agar.Nak tanya budak ERT takut digelakkan,jadi berbincanglah kami sok sek sok sek macam bercakap dalam kelambu,dan akhirnya kami pun berpakat untuk pinjam buku memasak kat perpustakaan esoknya.Waktu kami turun untuk makan malam terdengar bunyi riuh rendah suara makcik tukang masak marah-marah.Makcik ni memang garang sikit tapi baik hati.Aku pun hampiri makcik nih dan bertanya "apa hal bising-bising nih cik?".Makcik tu pandang aku dengan mukanya yang masih marah,"Juliet,lepas korang masak megi tadi ada tak sesape masuk kat dapur?".Aku geleng kepala tanda taktau."Sampuk sorang kawan aku plak,"nape,dapur makcik kotor ke?"."Jom ikut makcik".Kami berlima pun membuntuti makcik tu."Tengok ni Juliet",makcik tu menunjukkan ke arah sinki dapur.Ya ampun,dalam sinki tu penuh dengan agar-agar yang dah keras.Kami berlima terlopong."Tengok,keje sapa nih,macam mana makcik tak hangin,tersumbat sinki makcik nih".Kami berlima masih terlopong."Biar kami tolong makcik bersihkan lepas makan nanti ya",aku bersuara.Dan lepas makan kami berlima sibuk membersihkan sinki yang tersumbat dnegan agar-agar tu."Bila masa keras?",tanya sorang geng aku nih."Entahlah.Jadi la kiranya agar-agar kita nih",tanya sorang lagi.Dan kami ketawa serentak.

9 comments:

  1. wakakakaka... moral of the story : malu bertanya sesat jalan... tak pandai masak, tersumbat sinki... ko mmg tak dilahirkan utk memasak la aku rasa... sbb smpi skang pun ko tak pandai masak...
    wakakakakakakaka... smbl terguling2

    ReplyDelete
  2. Pasti sekarang dah hebat memasak!

    Atau masih perlu kursus masak memasak? :P

    Salam :)

    ReplyDelete
  3. Kutaksempurna,
    Doktor ckp aku takleh dok dapur selalu nanti alegik :D

    bungarampai
    Masak air mmg hebattttt :D

    ReplyDelete
  4. he..he..he..tak gheti masak ghupanya..takpa..pelan pelan kayuh...buku resepi berlunggok kat kedai nu..beli baca.

    ReplyDelete
  5. Cikguoden,
    Bukan tak gheti cikgu tapi tak pandai :D

    ReplyDelete
  6. Salam Juliet...

    Kalau nak tau akak sampai sekarang nie mmg tak pandai nak masak agar2, tak gheti betoi nak sukat air yg secukupnya tu...

    ReplyDelete
  7. kahkahkah...kelakau la...tapi takpe, eksperimen katakan...hehehe...dapat jugak agar2 dlm sinki.

    ReplyDelete
  8. takpe pengalaman 1st masak kebanyakkan tak jadi.. ada gak dah 3 4 5 kali masak pun tak jadi.. last2 baik beli je ;).. saya pun tak penah agar2 sebab takde sapa nak makan kat umah.. baik beli je utk sendiri makan

    ReplyDelete
  9. Akak,
    Skang ni gheti gak lah sikit tp ttp kena diawasi oleh mak :D

    Cikguzue,
    Pertama kali dlm hidup msk agar2 cikgu,msk megi pun kekdg kantoi.

    iina,
    Kalo rs nak mkn cpt beli je yek.Sokong iina 100%.

    ReplyDelete