Tuesday, February 18, 2014

Kasih Sayang

Saya dan dia duduk berbual bawah pokok bunga tanjung.

Sambil sesekali mata saya memerhatikan suami dia yang sedang menyiram bunga.

Dia beritahu saya tugas menghias laman rumah semuanya di lakukan suami.

Dia cerita pernah suatu hari suami mengeluh kerana rumput di laman sudah panjang.

Dan tiada siapa pun yang peduli.

" Kalau saya meninggal nanti entah macam mana keadaan laman ni", keluh suami.

Dia jawab, " abang baliklah tolong potong rumput, tapi kalau balik bagi salam baik-baik, takut saya terkejut".

Dan suami yang rasa nak marah terus ketawa.

Saya yang dengar cerita dia pun ketawa.


9 comments:

  1. aku pun ketawa......


    tragis ja jawapan dia..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. laman luas gitu mau bangla caj RM200. :D

      Delete
  3. Tetiba teringat kes rumah kawan ko yang kena lalu tanah kubur tuh..

    Apa susah zmn skrg upah jek org mesin rumput ikut time.. tada hal punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, mana tahu kot tersangkut dengan tukang potong rumput yang baru kan?

      Delete
    2. iina,
      mesin rumput letrik pun ada kan :D

      cikta,
      hahaha, melampau :D

      Delete