Thursday, May 8, 2014

Rasa

Saya nak pergi farmasi dan dia kirim suruh beli ubat untuk dia juga.

Saya suruh tulis nama ubat takut salah sebut.

Sampai farmasi saya hulur kertas yang tertulis nama ubat dia pada budak kaunter.

"Stok yang ni dah habis kak. Ambik yang nama lain lah. Sama je", kata budak farmasi.

Saya pandang adik tu dan kerut-kerut muka.

"Dah habis? macam mana ye", tanya saya.

Budak farmasi senyum-senyum.

"Alaaa kak, anak tu rezeki kak", dia jawab.

Saya pandang dia. Apa pulak tetiba keluar bab anak ni.

"Ni ubat apa?", tanya saya sambil tunjuk kertas tu.

Budak tu pandang saya atas bawah.

"Tu nama pil perancang".

Zalimnya dia.


4 comments:

  1. kahkahkahhhhh!!!!!!!!!

    kejam!!!

    tapi kan..
    buatnya dia pedajal tulis ubat subur...
    lagi kejam !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajaran, lenkali takmo terima pesanan.

      Delete
  2. terima kasih kakjuliet sebab berjaya buat saya hampirrrr nak semburkan roti john homemade ni!

    #punchline

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak kabor dia buat roti john kan.

      Delete