Wednesday, June 18, 2014

Seram

Dia jatuh motor. Uminya bawak ke klinik.
Masuk bilik doktor wajah dia dah nampak sedikit pucat.
Doktor periksa lutut yang luka.
Doktor pandang dia dan cakap luka itu perlu dijahit.

Terus muka dia pucat tak berdarah.
Umi suruh doktor buat apa yang patut.
Doktor cakap lukanya kena 8-10 jahitan sebab besar dan dalam.

Dia tanya doktor jahit tu rasa sakit macam sakit bersalin ke.
Doktor pandang dia dan umi, dan meletus ketawa daripada mereka berdua.
Dia suruh doktor bius dia sampai pengsan sebelum jahit luka.
Doktor ketawa dan tepuk bahu dia perlahan.lahan bagi semangat.

Sepanjang doktor jahit lukanya dia pegang meja doktor kuat-kuat.
Dan tutup mata rapat-rapat.
Bila doktor suruh buka mata barulah dia mampu senyum sikit.

Budak lelaki 15tahun yang sangat takut dengan klinik. :D

13 comments:

  1. hahahahhaa!!
    kau pernah bersalin ke dik!!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia kena bersalin rasanya pecah hospital dengar dia jerit :D

      Delete
  2. hahaha... kot tanya mcm sakit bersunat tak pe la jugak, kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..meletus ketawa sy bc komen ni kak

      Delete
    2. tasek,
      kan. logok la sikit :D

      fisz,
      kami kat klinik pun tak tahan dibuatnya :D

      Delete
  3. kalau bersalin pun jahit tak sakit tau..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ,
      saya belum ada pengalaman, kikiki

      Delete
  4. hahahaha... dia tau ke apa itu sakit bersalin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia agak2 je sebab selalu dgr uminya stori kot :D

      Delete
  5. nasib dia tak pengsan semasa kena jahit

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. nampak klinik pun acik kecut perut, hahahaha

      Delete