Wednesday, February 19, 2014

Tempat jatuh lagikan di kenang

Dia ajak saya ziarah pusara saudara.

Sudah agak lama kami tak datang berziarah.

Pergi lepas asar dan cuaca agak mendung.

Kami bersihkan kawasan sekitar pusara.

Dia ajak saya cabut rumput yang tumbur liar di atas pusara.

Sedang kami asyik mencabut rumput tiba-tiba muncul makhluk yang tak diundang.

Saya dan dia menjerit agak kuat.

Penjaga kawasan perkuburan berlari mendapatkan kami.

Rasa menggigil lutut waktu tu.

"Kenapa? Kenapa?".

Kami tunjuk kearah seekor anak katak yang sedang melompat.

"Laaaaaa, ingatkan orang kat bawah hulur tangan ke, hulur kepala ke", dia ketawa.

Kami berdua berpandangan.

Errr...kalau orang bawah hulur tangan atau kepala harus kami pengsan tak sempat jerit :D


14 comments:

  1. kahkahkahhhhh!!

    anak katak!!!!!!!!!!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar katak kat buku pun kita histeria tau :C

      Delete
  2. Kalau orang bawah hulur tangan, sambut la salam dia. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. hahahahaa.......
    mesti la dia pun sungguh nak tau apa punca kan..... kot2 untung nasib blh sambut salam perkenalan cam cik t.a.t.a kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, macam mana boleh terpanik sangat :D

      Delete
  4. orang kat dalam tu berlumba2 nak naik atas balik kalau diberi peluang kedua.. hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tetibe teringat nasyid...sepohon kayu :D

      Delete
  5. aku pun takut katak.
    paling fobia kalau katak duduk dlm kasut.
    rasa nk samak kaki.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriyes kak kau takut katak?



      Bukan katak takut kau?

      Delete
    2. tasek,
      samalah kita. nampak katak macam nampak singa nak lari :D

      Delete
  6. lerrr.. katak.. ingatkan ular tadi.. hahaha..
    mesti penjaga tuh gelak sakan tau korg takut katak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ular ku belai2 bawak balik rumah :D

      Delete
  7. juliet.. wahhh.. ko ada mimpi kena patuk ular ke mlm td.. sungguh berani ko belai2 ye hehehe

    ReplyDelete