Tuesday, April 7, 2009

Berbalas tembakan



Aku pegi pejabat pos nak baharui lesen memandu, dan tak semena-mena aku telah di TAG oleh sorang makcik yg aku tak kenali. Ingatnyer kat blog jer ada tag.

"Bayar bil ke dik?"

"Ya". (takkan gi oder makan plak kat situ)

"Nama ape?"

"Juliet".

"Pehhh, nama cam omputeh. Ada campur-campur ke?"

"Ya".

"Pandai makcik teka. Belah mana?"

"Belah mak ngan ayah".

"Ooooooo,campur camner tuh".

"Campur lelaki ngan pompuan, jadilah saya,kekekeke."

"Dah kawin?"

"Belum".

"Pandai betul makcik teka. Dah ada boypren?"

"Belum".

"Haaaaa,hahaaaa, pandai lagi makcik teka".

"Err, dah berapa lama makcik kat sini?"

"Dekat 2 jam".

"Bayar bil?" (sebenarnya aku da rasa nak larikk)

'Tak, nak beli setem,lagi dekat 20 orang nak lepas."

"Beli setem takyah ambik nombor, pegi kat kaunter sana terus".

"Ehhh,ye ke,nape takde orang cakap,bla,bla,bla". (bangun)

"Kesiannya dia,fuhhh lega."

Kat Kaunter

"Barukan lesen berapa tahun dik?"

Mulanya nak cakap 5 tahun tapi aku buat setahun je sebab tetibe teringatkan member aku si KTS tu cakap jangan barukan lama2 mana tau kot tetibe kita padam cepat buat rugi je,kekeke.

"Setahun je? Tunggu lama2 setahun je?"

"Saja suka datang sini".

17 comments:

  1. perghhh..soklan bertubi2...dia nak buat ko jd menantu ke

    ReplyDelete
  2. ko tanya la balik kat kerani pos tu... nak kerja ke tak nak.

    ReplyDelete
  3. salam...
    mmg macam tu... kalau gi hidupkan lesen memandu... kita kata setahun dia kata setahun tu kejap jer pejam celik pejam celik dah setahun... suka hati kitalah kan nak hidupkan berapa tahun... kalau yang bertahun-tahun tu dia kasi free takper gak...

    ReplyDelete
  4. julietchun

    dimana2 pergi
    ada ajer orang nak TAG kita
    he he he
    kadang2 terpaksa buat2 jadi orang bisu guna bahasa isyarat ajer
    nak lari dari menjawab TAG
    he he he

    ReplyDelete
  5. huuhuhuhuuu...!
    trs jem otak aku!

    ReplyDelete
  6. lainkali bawak perisai pelindung.. tulah ko kan cun sangat sampai semua org nak tegur.. weihh kalau dah ajal tak yah tunggu 5 tahun ler.. setahun buat lesen pun kalau dah ajal pergi gak.. his22

    ReplyDelete
  7. kalu aku jadi ko, aku buat terus 5 taun. aku lebih rela padam dulu dr jumpa makcik yg sama taun depan. wakakakaa...

    ReplyDelete
  8. kah kah..pandai betul kau berjimat cermat ye..
    setahun cukup ler

    ReplyDelete
  9. haha..
    comei tul makcik tu intebiu cm gitu.
    hehe

    ReplyDelete
  10. ko dengarlah nasihat si KTS tu. Aku ingat ko pernah cakap dia tu musuh ketat ko.
    psst - bila ko nak jawab tag si PenyuBiru? Aku nak copy paste hehehe

    ReplyDelete
  11. wah! suker ko yer slalu2 pegi pejabat pos!!!!

    ReplyDelete
  12. hehehe...

    kejadian di pejabat pos..
    aku pon ada satu kejadian gaks..
    pasal 23sen round up jadi 20sen :D

    ReplyDelete
  13. haha.. hati-hati sikit bercakap ngan orang yang sedang menunggu ni. kadang-kadang dia nak buat baik je sebab nak suruh kita buatkan urusan dia semasa nombor kita kena panggil.
    "Err adik nombor berapa?.. nombor akak lambat lagi la.....boleh tolong bayarkan bil akak ni? ..."
    he..he..

    ReplyDelete
  14. len kali kalo xmo kena tag, ko buat2 bisu + pekak la.

    ReplyDelete
  15. OneZ,
    sedang diusahakan,kakaka.

    lyn,
    baru kan lama2 lupa plak nanti :D

    sakurasa,
    kalo npk makcik2 haruslah jauhkan diri

    zonaku,
    nsb baik otak aku ok lagik

    iina,
    ko tlg belikan perisai satu okeh.

    Jah,
    ko mcm mendokan aku jek,huhu

    ita,
    gawat, kekeke

    meza,
    mana ko tau dia comeiii?

    YB,
    bleh main kopipess plak?

    CK,
    sambil mengular,kakakaka

    alis,
    aku sangsi ngan ko nih :D

    kakpah,
    penah tekena cenggitu

    jaja,
    harus dicuba tuh,kakakaka.

    ReplyDelete
  16. apa ko tak tanya makcik tu "makcik ada anak lelaki hensem macam tom cruise yg ada kereta merc dan rumah sebiji, dan duit saving tak habis makan??"

    ReplyDelete