Thursday, April 30, 2009
Lidah berbelit.
"BEJALAK? Menatang apa tuh?
"Acik ni dah besar pun taktau".
" Zaman acik dulu takde BEJALAK. Tu binatang baru agaknya".
"Ye ke? Ooo,patutlah acik taktau".
"Camner rupa dia?".
"Acik amik buku adik,dalam tu ada gambar BEJALAK".
Aku selak2 buku dia. "Stop!stop! tu lah BEJALAK".
Adeh! Biawak rupanya.
Wednesday, April 29, 2009
ku pujuk2 aku yg lari

Dia berada dibawah kereta. Aku takut kalau sesapa yg tak perasan masa nak keluarkan kereta pasti dia akan hilang nyawa. Aku terhendap2 bawah kereta, tak nampak sangat wajah dia, yg nampak hanya sedikit badannya yg berbulu oren.
"Ala comey,comey, meh keluar, kang pendek nyawa plak". Dia masih berdiam. Mata aku melilau cari sesuatu untuk jolok dia. Nampak ranting mangga, aku ambik dan mulakan operasi memujuk sambil mencucuk manja pinggangnya. Dan mungkin kerana kegelian dia pun keluar. Tapi......
"Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk", lintang pukang aku lari. Kerana dia adalah seekor anak anjing.
Monday, April 27, 2009
Lagi lagi aku jatuh cinta




Tapi disebabkan pakaian kami yg formal inilah maka kami telah ditempatkan di tempat duduk khas, sebaris dengan VIP sehinggakan ada suara-suara sumbang mengumpat kami. Nak buat macam mana, dah rezeki :D
"Sebak dadaku sesak"
"Menunggu kanda ke mari".
Friday, April 24, 2009
Panjang berjela
Buku cek sekarang kecik, jadi teramatlah susah untuk aku tulis nama syarikat nan satu ini. Nama syarikat dia (bukan nama betul tapi panjang camni)
"Syarikat pembekalan alat-alat mesin dan kejuruteraan dan pembaik pulihan Robert, Wong dan Hussein Sdn Bhd."
Dah puas aku kecikkan tulisan sampai kekadang tak nampak aku tulis huruf A ke B atau C. Payahnya kalo nama syarikat panjang berjela ni. Kepada kawan2 yg baru nak tubuhkan syarikat, pilih ler nama yg ringkas tapi padat, senang nak isi borang atau nak buat cek.
Thursday, April 23, 2009
Jgn main sebarangan

Nak suruh dia naik gelungsur tapi aku takut dia di langgar oleh bebudak yg besar yg dok main kejar-kejar atas gelungsur tuh.
Aku pimpin dia ke tempat buaian. Terkejut aku tengok budak yg dok berbuai tu punyalah besar, macam mak orang. Rupanya bukan budak, tapi remaja yg dah cukup usia. Agaknyer dia taktau membaca kot sebab kat papan kenyataan tu ada tulis yg alat2 permainan hanya boleh digunakan budak berusia 12tahun ke bawah.
Sekarang baru aku tau kenapa alat2 permainan kat taman ni cepat rosak. Kalo yg naik tu dah terlebih kilo camner benda tu tak putus atau patah.
Teringat cerita kawan aku yg kena saman dengan DBKL kat Tasik Titiwangsa. Dia pegi jogging kat sana, lepas tu berehat sekejap atas gelungsur bebudak. Tetibe datang orang DBKL marah dan terus bagi surat saman. Aku rasa nak suruh pengurusan taman kat rumah aku ni keluarkan surat saman jugaklah untuk sesiapa yg dah diatas umur tu,kekekeke, baru padan muka.
Tuesday, April 21, 2009
Bukan sebarangan


Monday, April 20, 2009
Hutang budi dibawa mati

Friday, April 17, 2009
Bau itu mengghairahkan
"Hai"
"Eh! Semacam je bau".
"Ye! Bau apa? DKNY? Lenkom? Avon? Kekekee.
"Bukan, bau rempah baba's ke, alagappa's ke".
"Errrr....errrrrr".
KAKKKKKKKKK! Apsal ko meleseh kat aku tadi, kang aku dah tercalit bau param pilis ko nih,huhuhu. Tak suka, tak suka, spoil betul.
Thursday, April 16, 2009
Selak sikit je
Dan memang aku terpaksa angkat skirt tu masa nak langkah longkang, nak naik tangga dan nak lintas jalan.
Kepada abang2 yg terpaksa melihat aksi2 ku yg sedikit ganas tapi ayu tu aku mintak maaf, bukan sengaja nak tayang kaki tapi aku memang kejar masa.
Errr, betul ke abang terpaksa tengok aksi tu atau sengaja memaksakan diri ? kakakaka.
Wednesday, April 15, 2009
Sampai syurga

"Kena solat, tolong orang, jangan lawan cakap ibubapa, bla,bla,bla".
"Kawan abang cakap kita kena mati dulu baru boleh masuk syurga".
"Gulp!".
Anak buah aku ni baru demam 2 ari dah cakap merapu-rapu buat aku risau pulak. Acik ko banyak buat dosa ngan ko, kang aku tak sempat mintak maaf menyesal seumur hidup plak. Nak makan ubat punyalah seksa, macam2 dia tanya pasal ubat tu, naper rasa pahit, naper kaler pink, naper botol bentuk lain-lain,haihh, payah sungguh. Cepat baik nanti acik bawak ko main layang-layang kat lombong biru. Sebenarnya acik nak intai mamat hensem yang dok jogging tuh,kekekeke.
Tuesday, April 14, 2009
Senyum seindah suria
Monday, April 13, 2009
Cermin diri
Malam tu Nabil pakai kostum Superman. Sakit mata sungguh tengok dia pakai rupa tu. Dan aku rasa dorang sumbat kain dalam kostum tu untuk nampakkan bentuk fizikal Nabil. Mungkin kerana kostum yg berat bila berjalan Nabil terbongkok-bongkok dan terkangkang-kangkang macam budak baru berkhatan.

Saturday, April 11, 2009
Asal Khamis je mintak..
Friday, April 10, 2009
Yg mana pilihan kamu
Jiwa tengah kacau memikirkan keputusan pilihanraya Indonesia, korang jangan bising-bising okeh. Ni untuk undi pos. Ada 44 parti yg bertanding dengan nama-nama calonnya yg memang superb seperti, Dr.Gukguk Agus Riyanto Bustari, Hermansyah Islah Muldiyono Putra dan ramai lagi yg berbelit lidah nak menyebutnya.

Thursday, April 9, 2009
Hanya dia dihati


Wednesday, April 8, 2009
Tuesday, April 7, 2009
Berbalas tembakan

Aku pegi pejabat pos nak baharui lesen memandu, dan tak semena-mena aku telah di TAG oleh sorang makcik yg aku tak kenali. Ingatnyer kat blog jer ada tag.
"Bayar bil ke dik?"
"Ya". (takkan gi oder makan plak kat situ)
"Nama ape?"
"Juliet".
"Pehhh, nama cam omputeh. Ada campur-campur ke?"
"Ya".
"Pandai makcik teka. Belah mana?"
"Belah mak ngan ayah".
"Ooooooo,campur camner tuh".
"Campur lelaki ngan pompuan, jadilah saya,kekekeke."
"Dah kawin?"
"Belum".
"Pandai betul makcik teka. Dah ada boypren?"
"Belum".
"Haaaaa,hahaaaa, pandai lagi makcik teka".
"Err, dah berapa lama makcik kat sini?"
"Dekat 2 jam".
"Bayar bil?" (sebenarnya aku da rasa nak larikk)
'Tak, nak beli setem,lagi dekat 20 orang nak lepas."
"Beli setem takyah ambik nombor, pegi kat kaunter sana terus".
"Ehhh,ye ke,nape takde orang cakap,bla,bla,bla". (bangun)
"Kesiannya dia,fuhhh lega."
Kat Kaunter
"Barukan lesen berapa tahun dik?"
Mulanya nak cakap 5 tahun tapi aku buat setahun je sebab tetibe teringatkan member aku si KTS tu cakap jangan barukan lama2 mana tau kot tetibe kita padam cepat buat rugi je,kekeke.
"Setahun je? Tunggu lama2 setahun je?"
"Saja suka datang sini".
Monday, April 6, 2009
Deria bauku diuji

Melangkah je masuk dalam foodcourt tu hidung aku mencium pelbagai bau yg betul2 meloyakan datang dari beberapa kedai masakan cina. "Bluekkkk", muka kawan dah bertukar kaler biru. Cepat2 aku tarik dia keluar.
Pengudaraan yg kurang baik membuatkan aku dan beberapa orang Melayu lain tak jadi masuk ke situ. Aku heran tengok macam mana orang lain boleh makan sambil gelak2 hepi sedangkan aku lalu tepi je dah rasa tak tahan.
Saturday, April 4, 2009
Dari Seberang
Friday, April 3, 2009
Jgn jolok sarang tebuan
"Takdelah, yg lama gak".
"Nape takbleh bukak ni?".
"Ooo, bateri dah lemah ler tu. Kena guna manual, guna kunci ler bos".
"Tapi kunci dia kat dalam".
"Ape?"
"Kuncinya kat dalam safety box".
"Grrrrrrrr! Lu pikir le sendiri".

pstttt: aku ada kunci spare tapi malas nak bagi, biar bos aku gelabah sikit,kekeke.
Thursday, April 2, 2009
Kerlipan lampu itu

"Nanti tolong tengok nasi kat dapur".
"Ok".
Beberapa jam kemudian.
"Dah masak nasi?"
"Rice cooker ni rosak ke?"
"Rosak? Abis tu nasi masak ke tidak?".
"Nasi masak, tapi lampu dia menyala je dari tadi".
"Dah ko tak tutup suis memang la dia menyala, hampeh la ko ni".
"Ingat lampu tu padam sendiri bila nasi dah masak".
"Dah berapa lama ko tak pegang periuk?".
"Errr,errrr..."
Pesanan kepada semua wanita, berhati-hatilah ketika menggunakan perkakas elektrik di dapur, pastikan ada cop SIRIM,kekeke.