Balik dari sekolah semalam along menjinjit sebuah beg plastik.Didalamnya aku tengok macam kotak kek dan tepat sekali tekaan aku.Sebiji kek coklat yang dihadiahkan oleh salah seorang pelajarnya yang berjaya masuk "U" baru - baru ini.Yang lebih mengharukan along,kek ini dihantar sendiri oleh ibubapa pelajar terbabit bersama dengan ucapan terima kasih di atas susah payah along mendidik anak mereka.Bukan harga kek yang menjadi perkiraan,tapi penghargaan yang diberikan kepada along cukup membuat dia berasa bangga dan terharu.Kalau pelajarnya tak bagi apa-apa pun along tak kisah,along cuma nak tengok mereka semua berjaya mencapai cita-cita.Baru je aku nak keluar beli kuih untuk minum petang,tapi bila nampak kek semua dah terkam.Kat rumah aku ni semua orang suka makan kek kecuali aku seorang.Kalau kek coklat sebiji tuh dalam sekelip mata je boleh habis.Aku pun rasa terharu kerana ada juga pelajar yang ingat jasa cikgu mereka bila dah berjaya.Aku pun dah lama tak jumpa dengan cikgu-cikgu aku dulu,entah apa khabar mereka semua.Tapi aku tetap ingat jasa mereka semua,hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
terharunye kalau student bg penghargaan sampai mcm tu...parents yg bg tuu....
ReplyDeletemana la cikgu2 aku skrg yek...nak sgt jumpa cikgu Shamsiah, cikgu ajar subjek agama...best..
ummmm... kan bagus kalau ada lg student dia yg bagi kek... kenyang perut aku..
ReplyDeleteKutaksempurna,
ReplyDeleteTakleh mkn kek byk2 la,ko kan tkt gemuk.
Chinta,
Aku pun plg syg ngan ustazah ms form 5,kalo tak sbb dia mengjr bgs lom tentu aku dpt A1 subjek agama ms SPM.
Teringat masa hari guru kat mesia.. tiap tahun without miss mesti dapat sms dari student.. yang utama jasa cikgu-cikgu kita mesti kita kenangkan..
ReplyDelete