Saturday, July 12, 2008

Kau ilhamku


Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Itukah bintang atau pun rembulan
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kelip ada sinar
Kau ilhamku
Pertama kali berjumpa dengan A.Samad Said di pelancaran antologi puisinya "68 Soneta Pohon Ginkgo".Seorang yang lemah lembut tutur bicaranya walaupun raut wajahnya nampak agak keras.
Nikmat - 12Mei2008
Segala yang di hasrat
Tapi tak dapat
Adalah Nikmat
Yang padat
Hidup Bersama - 24Okt2007
Kita sudah sampai dilereng amat indah
Dibawah pelangi, dalam ufuk yang mencabar
Dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah
Tenang dalam segala uji cabar dan debar
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
Sekata hidup, mengerti dan berbudi
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh
Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita kerana
Kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan
Yakin menyanggah musuh,tulus menambah kawan
Inilah tunggak kebahagiaan
Ombak - 10Okt2007
Ombak yang menjamah
Kakiku sekali lagi
Takkan dapat
Kukenali lagi

2 comments:

  1. me tak pernah jumpa a samad said tewww.. mesti best kannns

    ReplyDelete
  2. Me,
    Orgnya npk serius tp bila dia senyum,alahaiiii,gugur jantung perawanku :D

    ReplyDelete