Saturday, July 19, 2008
Alahai!
Anak buah aku,berumur 9thn, semalam buat hal taknak pergi kelas tuisyen.Abah dia pun tanya kenapa? Mana tau sakit perut ke,sakit kaki ke,tak siap homework ke.Mulanya anak buah aku ni diam tak nak cakap apa- apa,tunjuk muka protes.Sekali lagi dengan nada sedikit memujuk abahnya bertanya kenapa dia taknak ke kelas tuisyen? Nak tau apa dia jawab? "Along takde handphone sebab tu lah along taknak pegi tuisyen". Tercengang kami mendengarnya. Abah dia cakap lagi "kan ada abah bagi hari tu,mana along letak?".Dia jawab balik,"taknak yang tu,along nak yang ada kamera,yang ada lagu,yang ada game kereta macam abah punya". Ya ampunnnn,itu masalahnya yang buat dia taknak pegi tuisyen.Abahnya dah bagi handphone tapi 3310,jadi tak seronoklah dia tengok kawan - kawan punya ada kamera,ada lagu.Alahai budak - budak zaman sekarang ni.Abahnya pun bukaklah kitab,apalagi pot pet pot pet....abah jln kaki....bla..bla..bla..mkn pun ala kadar je....pot pet pot pet....baju sekolah tak pernah tukar......dll.Aku rasa bukan anak buah aku sorang je mengalami masalah macam ni sebab aku tengok budak - budak seawal usia 6thn dah ada handphone sendiri,canggih pulak tu.Zaman aku dulu nak mintak apa- apa dengan ayah pun tak berani walau dah di janjikan kalau periksa no.1,2,3 dapat hadiah.Apa yang ayah bagi itu dah cukup menggembirakan.Aku tak pasti adakah budak - budak sekarang ni mesti dipatuhi segala kehendak mereka atau mungkin ibubapa sekarang dah mempunyai banyak wang lalu tak kira apa saja permintaan anak akan dituruti.Nasib baiklah anak buah aku termakan pujuk abahnya untuk dibawa jalan - jalan tengok kapal terbang control bila cuti nanti,kalau tak mesti satu rumah akan bergegar dengan raungannya nakkan handphone baru.Kesiannya ibubapa sekarang ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itulah anak-anak sekarang kan.. dah minta macam-macam.. yelah zaman berubah.. kehendak juga berubah... nak tak nak terpaksa juga ikut.. sebab keadaan sekeliling begitu.. kadang sukar juga untuk menerapkan erti kesusahan kerana mereka tidak rasa kesusahan itu.. walau diceritakan mereka tidak akan mampu memahaminya.. mencabar sungguh mendidik zaman sekarang ini
ReplyDeleteiina,
ReplyDeleteanak2 skrg tak mcm kita dulu,apa saja yg dihajati msti dipenuhi.
salam...
ReplyDeletetq, sudi sggh & tggl jejak kat blog saya...saya link blog awak ye...
biasa le budak2 zaman sekrg semua dah pandai demand lebih...hihihi...
jom layan entry saya arini...pasal anak saudara gak...demand gak...hihihi...
kaklong dulu suka potpet gitu kat adik2. tapi lama2 kaklong pikir macam depa boleh paham. depa tak melalui apa yang kaklong lalui. depa tak rasa apa yang kaklong rasa. susah depa dengan susah kaklong didefinasikan dalam bentuk berbeza. So skg nih dh malas nak ungkit cite kaklong dulukan...bla bla bla sebab zaman kita tak sama. so klu nak bagi advice kena tukar versi tak boleh buat contoh kisah kita dulu2.
ReplyDelete