Thursday, July 17, 2008

Pasrah


Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakiku
Lambaianmu kian jauh
Dari mata


Malangnya bencana menimpa
Kau telah pergi
Untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Ku bisikkan kata sayang
Kepadamu


9tahun menanti namun semuanya berakhir semalam,sudah tersurat segalanya dan semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Takziah dan Al fatihah buat Abang Bazi dan Kak Ita diatas pemergian anak sulung mereka yang baru berusia 5bulan dalam kandungan ibunya.Kak ita mengalami keguguran semalam di Pantai Medical Centre setelah 2hari dimasukkan kesana akibat pendarahan yang teruk.9tahun mereka berkahwin,pelbagai cara digunakan untuk mendapat cahayamata,dan baru - baru ini mereka diperkenalkan dengan seorang pakar sakit puan di Pantai Medical,dengan perbelanjaan sebanyak RM12 ribu,Kak Ita disahkan hamil akhirnya.Aku dapat melihat cahaya keriangan diwajah Abang Bazi setiap kali bercerita perihal Kak Ita yang mengidam macam - macam..Ada riak kecewa,hampa & sedih terpamer di wajah mereka berdua,namun aku harap mereka terima segalanya dengan redha.Aku tahu penantian itu satu penyiksaan,namun siapalah kita untuk melawan takdirnya.Kak Ita tak sempat menatap wajah bayinya kerana semalam dia masih tidak sedarkan diri.Doa kami sekeluarga,moga Abang Bazi dan Kak Ita tabah jalani dugaan dan terus berusaha dan moga satu hari nanti mereka akan dikurniakan cahayamata.,Insyaallah.





5 comments:

  1. Sedihnya akak dengar khabar berita nie.. semoga hatinya sabar dan tabah menghadapi hari-harinya..

    ReplyDelete
  2. kehilangan anak mmg satu dugaan yg besar..harap Abg Bazi dan Kak Ita sabar menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  3. sampaikan salam takziah dari kaklong. hidup ini adalah ujian. baik susah baik senang, kedua-duanya adalah ujian.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah,

    sedih dengan kisah ini. harap mereka diberikan kesabaran dan tidak putus asa dengan rahmat Ilahi.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Al-Fatihah.

    Orang-orang yang sabar dan redha amat disukaiNya.

    Menghargai kunjungan Juliet ke blog saya tempoh hari.

    Salam kenal - salam ukhuwah :)

    ReplyDelete