Saturday, January 17, 2009

Serak2 kering


Dari pagi aku mendail nombor telefon ni dan akhirnya petang baru panggilan aku berjawab.
AKU : Dot Dot Resort ke?
DIA : ya (seorg lelaki, suaranya mcm baru bgn tido)
AKU : Ada bilik kosong lagi tak?
DIA : Haaaa! Apa (masih dlm mimpi aku rasa)
AKU : Saya tanya ada bilik kosong lagi ke?
DIA : Apa? Bilik? Haaa, ada, eh takde, apa, bilik apa? (suara masih serak)
AKU : Ni betul ke Dot Dot Resort?
DIA : Tol. Nak apa?
AKU : Saya tanya ada bilik kosong lagi tak? (dah geram ni)
DIA : Ooo, bilik, cakaplah nak bilik. Ada ke, taktau la. Eh! ada rasanya (suara tetap serak)
AKU : (dah makin membara ni) Dengan sapa saya bercakap ni?
DIA : Nama ke? Ali ni, betul, Ali (suaranya masih serak)
Dan aku dengan geram terus letak telefon. Kalau Ali ni hanya seorang pekerja, aku sangat kasihan dengan majikannya kerana Ali telah membuatkan dia hilang pelanggan. Dan jika Ali ni pemilik resort tersebut, dia memang saja nak lingkupkan bisnes dia.

14 comments:

  1. muahahaha.. ko nak p bercuti ke afrika selatanke?? :)

    best wooo.. bleh pi safari :)

    ReplyDelete
  2. Rasanya pemanggil ni mesti pelanggan pertama di kut. Tu yg dia macam tak caya je ada org tanya bilik. Baik dtg makan angin atas gunung ni ha.

    ReplyDelete
  3. salah nombor la tu.

    ReplyDelete
  4. aku igt ko salah daillah nok...dan mamat tuh pun saja je nak memain ngan ko!

    ReplyDelete
  5. Ko nak pegi makan angin ya? Nak ikuuuut.

    ReplyDelete
  6. tu gambar ali ke gambar ko??

    aku rasa gamba ko... betul kan... kan...

    at last, tunjuk gak wajah ko eh...

    hehehehehehe ... memang cun :P

    ReplyDelete
  7. salam..

    akak ingat ko salah nombor kot... ada ker pekerja yang macam tu... kesian bos dia..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha ... kelakar kelakar!!!

    Resort Dot Dot ... bunyi macam resort tu penuh rahsia :P

    ReplyDelete
  9. seksanya pakej percutian ko..he he he

    ReplyDelete
  10. Tulah sapa suruh ko buat panggilan tepon guna tepon mainan kan dah kena jawab bebukan jek muahahah..

    aku rasa di ingat ko tanya bilik air kot muahahah tu yg tergagap nak jawab

    ReplyDelete
  11. Dot Dot resort tu dah di Ali Baba kan pengurusannya...dan Ali pengurus baru tu masih blur dengan bidang tugasnya.......

    ReplyDelete
  12. Resort mana tu ek? Leh buat lokasi pelem seram nih!

    ReplyDelete
  13. kompius,
    Afrika selatan???? Oh tidak.

    One,
    gunung sejuk plak.

    penyu,
    no betul, org yg slh ;D

    kakngah,
    jiran kakngah kot

    CK,
    lama ko syp yer.

    YB,
    errr, bleh, errr, tak bleh, errr. :D

    Dik KTS,
    semua ciptaan Tuhan indah2 belaka walau nampak buruk di mata manusia.

    lyn,
    ada pekerja camtu, dah sll terkena.

    bungarampai,
    dah risik ngan kengkawan, mmg wujud resort tu :D

    cikguoden,
    sungguh seksa ;C

    iina,
    gambar atas tu HIASAN saja yer.

    ckLah,
    sy rasa camtu gak.

    DUN,
    jemput sy jadi pelakonnya yer :D

    ReplyDelete