Tuesday, January 20, 2009

Malang tak berbau

Kak Yah, jiran aku pegi pasar dengan suaminya. Masa tengah paking motor tetiba datang sorang lelaki melayu berusia dalam lingkungan 50an menghampiri mereka. Lelaki tersebut merayu Kak Yah supaya membeli henpon yg baru dibelinya tadi disebuah kedai. Menurut lelaki tersebut dia baru membeli henpon itu yg masih belum dibuka kotaknya dan ketika melangkah keluar dari kedai dia mendapat panggilan mengatakan yang isterinya kemalangan dan kini berada di hospital. Dia tidak mempunyai wang untuk ke hospital kerana itulah dia ingin menjual kembali henpon tersebut dengan harga yang lebih murah.

Suami Kak Yah terpikat melihat gambar henpon di kotak yg masih berbalut plastik itu dan juga mungkin kerana kasihankan lelaki tersebut Kak Yah dan suaminya membeli henpon itu dengan harga RM150.00.

Sampai di rumah Kak Yah dan suaminya membuka kotak henpon dan mereka rasa macam nak pengsan bila tengok isi kotak henpon itu hanyalah seketul batu sebesar tapak tangan. Dan untuk membuktikan kebenaran ceritanya Kak Yah telah menunjukkan kotak henpon dan batu tersebut kepada jiran2. Kalau aku ada harus aku snap gamba.

Menurut jiran2 aku dah ramai yang terkena macam ni, dan sasaran penjenayah ni adalah orang2 yang hendak ke pasar. Fuhh, nasib baik aku tak suka pegi pasar, jadi kebarangkalian untuk aku terkena sangatlah susah. Berhati-hatilah semua, jangan plak ada lagi yang terkena.

15 comments:

  1. errkkkk....mcm2 cara deme ni kan..keji2

    ReplyDelete
  2. Nape la jiran tu tak bukak dulu kotaknye....RM 150.00 tu bukan 15 sen, tapi benda dah jadi...

    ReplyDelete
  3. lilies,
    ko baik hati2 tem sopping.

    DUN,
    dia baru perasan gak nape dia tak bukak kotak tu.

    ReplyDelete
  4. oleh ituu.. jangan poie pasor.. keh3..

    bernas tak idea aku??

    ReplyDelete
  5. patut suh jek pakcik melayu berusia lingkungn 50an tu pulangkn blk ke kedai enpon jek. apa2 pn sian kt k.yah & suami.

    ReplyDelete
  6. pasar malam tu tergolong dlm kategori pasar gak ke??

    ada kaitan tak soalan bijak aku ni :D

    ReplyDelete
  7. kakngah,
    mkn duit haram tu.

    KTS,
    asalkan ada perkataan pasar msk dlm kategoori sama la weiii.

    ReplyDelete
  8. mak speku jiran ko kena pukau tu. kalu tak mustahil dia tak check benda yg dia beli tu. bahaya skrg wey. mc2 org buat sbb ndk duit....

    ReplyDelete
  9. macam2 cara orang nak menipu sekarang ni...tak takut balasan Allah.

    ReplyDelete
  10. Juliet,
    Ko dan cikkonfius satu kepala. Malas nak ke pasar bagi alasan takut kena tipu. Kalau semua tak nak ke pasar habis tu nak masak apa. Alamat tak berasaplah dapur ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  11. Aku tau ko kata jek tak pergi pasar.. tapi pasar malam ko pergi gak kan kan.. ;)

    ReplyDelete
  12. Jah,
    aku pun rasa camtu gak.

    cikguzue,
    yg sedihnya org melayu plak tu.

    YB,
    bujang2 dulu YB pun mls gak ke psr kan,kannn.

    iina,
    sbb kat p.mlm ada abg ensem jual makanan,hahahha.

    ReplyDelete
  13. salam...

    kerana duit manusia sanggup berbuat apa pun.. tapi ada tak cara bagaimana nak mengatasinya.. kotak tu tak boleh bukak ker??

    ReplyDelete
  14. laaa...apsal dia beli tak tengok ada hp ke tak dlm tu..mana main tengok kotak jer...

    senang nau kene tipu...

    ReplyDelete