Seorang anak muda berdiri dihadapan sebuah rumah di kala mentari hendak melabuhkan tirainya dan memberikan salam. Terdengar tuan rumah menyahut salam dengan suara yang sedikit termengah. Pintu dibuka "ya,ada apa dik?". Pemuda tersenyum,"makcik ada lampu picit tak, saya nak pinjam". Tuan rumah menjawab agak tergagap "err,err, takde lah dik".
Pemuda menuju kerumah kedua dan memberikan salam. Tuan rumah menjengukkan muka"ya,ada apa?". Pemuda tetap memberikan senyuman,"abang ada lampu picit tak, saya nak pinjam". Tuan rumah nampak terkejut dengan pertanyaan pemuda,"takdelah dik".
Pemuda menuju ke rumah ketiga,rumah akulah tu. Ketika ini aku sedang menolong ayah mengalihkan pasu bunga. Pemuda memberikan salam dan kami menjawabnya dengan penuh tanda tanya. "Pakcik ada lampu picit, saya nak pinjam". Ayah pandang pemuda dengan muka yang sedikit kehairanan,"takdelah dik, cuba pegi tengok kat kedai, ada kot orang jual". Pemuda tersenyum, "takpelah pakcik, terima kasih ye". Pemuda berlalu menuju ke rumahnya dan tidak keluar2 lagi.
Ayah ada 2 lampu picit tapi dia dah trauma nak bagi pinjam barang kat pemuda ini kerana dah banyak kali terkena. Pemuda ni pinjam gergaji dan cangkul, 4 bulan kemudian baru dipulangkan dan yang menambahkan rasa sakit hati ayah barangan yang dipinjamkan tu mengalami kecacatan fizikal. Cangkul yang dipinjam bila dipulangkan sudah tiada ulunya, gergaji sudah berkarat hitam dan matanya sudah bengkok2.
Heran ya ada jugak orang yang tak malu meminjam barang orang sampai bertanya dengan 2-3 orang, berapa sangatlah harga lampu picit tu. Dan untuk makluman semua pemuda ini bukannya orang susah yang perlu di bantu.
xyah ler nak pinjamkan barang dgn orang camtu, perabih beras jo...huk huk
ReplyDeleteuik...ada gak org camni..org camni nak keje senang je..ngada2 la tu
ReplyDeletebagus gak tu bila ayah ko suh dia carik kat kedai je yang... zaman dah canggih cam gini, ada jugak orang cam gitu ya....
ReplyDeleteko bagi je lah buluh kat dia.suh buat pelita.
ReplyDeletetak payah di layan org gitu..mmg ada jenis org tak tahu malu gitu..
ReplyDeletetak baik taw tipoo...lenkali ada cakap la ada...
ReplyDelete"boleh nak, tapi pakcik kenakan sewa rm10 sehari boleh?"
sewa haruslah 50% lebih dr harga asal. confirm dia x dtg dah pastu.
muahahah... kalo gi kedai ada cost maaa.. kalo pinjam takde cost.. keh3
ReplyDeletemmg ada manusia yg perangai gitu gaya dlm dunia nih.... kita kasi penyabit baik.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekalau dah berkali-kali terkena ampun ler nak kasi pinjam lagi... bukan apa dia rasa harta dunia boleh kongsi sesama... kalau pulang takper ni terus buat harta atau pulang dah tak sempurna tapi menjaga harta orang lain juga satu amanah
p/s: ada yang boleh dikongsi ada yang tak patut dikongsi.. hi3
Kalau aku jawab lampu suluh takde mancis ada nak ke?? muahahhaah mesti terbakar hati dia... takpe kalau terbakar tak hiudp2 api ye ko bg jek mancis tu free jek kat dia..
ReplyDeleteIngat nie duk kat kampung tepi sawah bendang ke nk jln guna lampu picit..
masa dok hostel dulu ada orang pinjam megi dari ckLah....sampai sudah tak bayar balik....
ReplyDeleteNasib dia nak pinjam barang. Kalau dia nak pinjam anak dara orang, apa macam?
ReplyDeleteada gak orang camtu ye. kalau dah tiga kali berulang kali dan org yg sama asyik meminta2, nabi pun dah tak mahu beri lagi. apetah lagi kita, kan...sebagai pengajaran.
ReplyDeleteIsk, isk. Pelik pulok jiran ko tuh. Errr..betol ker dia tuh??Oke ke tak??Ko tak seram ker berjiran ngan dia tuh...jangan2 cam puaka niyang rapik kut..ish..seram aku.
ReplyDeleteakak, mar dtg melawat nie... rindu dh lame tak dtg sni...
ReplyDelete