Thursday, July 18, 2013

Tempias Si Kecik


Saya dengar dia berbual dengan kawan.

"Esok awak ada shooting tak?".

"Takde, lepas raya nanti baru ada".

Agak lama jugak mereka berbual.

Bila kawan dia balik saya tanya dia adakah kawan dia tu pelakon dan dia angguk.

Gulp!!!!

Terkejut. Anak buah saya berkawan dengan pelakon.

Saya taktau apa nama kawan dia sebab saya selalu panggil  dia "Kecik", sebab anak buah saya juga panggil dia Kecik, sebab fizikal dia kecik walaupun dah berusia 14 tahun.

Kecik ni pelakon pembantu saja tapi dah berpuluh drama dia berlakon.

Iklan Jakel dengan Aaron Aziz pun ada, Kecik yang pakai t-shirt kuning duduk bawah pokok kelapa.

Kecik  baru habis shooting drama "Tiba Masanya", akan di tayangkan di TV AlHijrah malam raya kedua nanti.

Saya tanya anak buah dia tak teringin jadi pelakon macam Kecik ke?

Dia jawab, "taknak, saya takut kena gosip".

Rasa nak bukak puasa masa tu jugak :D

10 comments:

  1. mesti dah ribu riban duit simpanan Kecik!!

    ReplyDelete
  2. oh..
    baru sat tadi nampak Kecik dengan Aaron kat tv!!

    ReplyDelete
  3. wah aritu ayah ko kwn dgn artis.. nie anak buah pun kwn artis.. kelas keluarga kau juliet ahaks ;)

    ReplyDelete
  4. alololo comel nya jawapan dia.

    memang patut pun kau rasa nak terbuka puasa tang tu jugak.


    eh, kau buka tak?


    ReplyDelete
  5. doc,
    dia cakap seminggu dalam 3k boleh dapat.

    ReplyDelete
  6. doc,
    macam budak sekolah rendah kan :D

    ReplyDelete
  7. iina,
    berkawan dgn prof lagi hebat kan :D

    ReplyDelete
  8. tata,
    buka,bila dengar azan magrib,kikiki

    ReplyDelete
  9. zonaku,
    jawapan orang tak reti berlakon :D

    ReplyDelete