Tuesday, July 23, 2013

Bahagia itu kita yang rasa


Lepas sahur tadi saya baring sekejap atas sofa.

Kalau atas katil akan jadi peristiwa baring lama-lama.

Bunyi azan subuh dari masjid saya terus bangun.

Sebab kalau tak terus bangun saya akan hanyut di lautan mimpi.

Solat subuh dalam bilik tepi katil.

Masa pakai telekung boleh lagi jeling katil dan nampak macam bantal melambai-lambai.

Dalam hati dah niat untuk lawan segala rasa mengantuk dan nak solat dengan khusyuk

 Entah macam mana boleh tergelincir tadi, masa baca doa qunut saya terbaca doa bukak puasa.

Dan saya berhenti.

Dan saya gelak sorang-sorang.

Dan saya tampar slow-slow pipi yang tak bersalah.

Dan tarik nafas lepas, tarik nafas lepas.

Dan, saya berjaya solat dengan tenang, bab khusyuk tu tak berani nak jamin :D


12 comments:

  1. doa qunut tertukar dengan doa bukak puasa? mmg kaw2 otak menerawang tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 masa solat tu lah macam2 hal muncul :D

      Delete
  2. wei! subuh lagi! baru lepas sahur kan?

    wahahahahahahah... tak boleh blah la kau punya lawak ni.

    kalau doa qunut jadi doa nak tidur tu, masih boleh terima. doa buka puasa memang melampau.

    hahaha.

    p.s: hilang ngantuk gue baca entry ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bulan tak puasa memanjang subuh gajah kan,kikiki

      Delete
  3. dulu solat Zohor terlupa duduk tahiyat awal. dah la lupa, sujud sahwi pun boleh lupa jugak.

    bila dah keluar surau, borak-borak dengan bos, baru teringat. pi masuk surau, ulang Zohor.


    hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa solat tu macam2 hal nak pikir tu yg boleh lupakan :D

      Delete
  4. ok.. aku tgh serabut, tapi ko buatkan aku tersenyum... thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyumlah dari hati duniamu berseri :D

      Delete
  5. Nasib baik tak lepas solat subuh tu terus minum pagi ..... hehe

    ReplyDelete
  6. hahhahahaha!!
    kelakau lah kau nih!!


    pipi sendiri kenalah tampar slow-slow!!

    ReplyDelete