Thursday, March 3, 2011

Kisah pencuri emas 916

Dia masuk ofis dengan muka sedih.
Sebagai kawan sepejabat yang prihatin dengan kawan2, maka kami pun tanya.

Dia lalu bercerita dengan suara yang kadang-kadang perlahan, kadang-kadang sedikit emosi.

Cerita dia.

2 minggu lepas rumahnya di masuki pencuri, dan pencuri itu melarikan seutas rantai besar dan 2 utas gelang tangan emas milik isterinya. Rumahnya dimasuki pencuri pada waktu siang ketika semua orang tiada dirumah.

Isterinya sangat sedih kerana itu sajalah barang kemas yang dia ada. 3 hari selepas kejadian kecurian itu, isterinya terkejut kerana mendapati barang kemas yang di curi telah dipulangkan.

Setelah meneliti barang kemas tersebut, mereka dapati barang kemas yang dipulangkan itu bukanlah emas 916 tapi barang kemas Zhulian. Kerana terlalu terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa, isterinya jatuh sakit dan terpaksa di rawat di hospital selama beberapa hari.

"Maksud awak, pencuri tu tukar barang kemas isteri awak dengan zhulian dan letak balik kat rumah awak?", tanya teman 1.

Dia mengangguk.

"Sempat pulak dia pegi beli yang zhulian punya", kata teman 2

Dia mengangguk lagi.

"Pelik sungguh cerita ni, susah nak percaya", kata teman 3.

Aku pun masih was-was, sama ada nak percaya atau tidak.

29 comments:

  1. Sallam,
    Sapa sebenarnya yang mencuri barang kemas dia tu???

    ReplyDelete
  2. Rajinnya 'pencuri' tu datang balik utk gantikan barang2 kemas tu? Senang betul dia keluar masuk rumah kawan awak tu.

    ReplyDelete
  3. mcm ada 1 umah dekat2 umah akak aku.
    dlm gate umah ...kat depan park kete mahal blkg kete myvi.
    diorg kuarkan kete myvi curik kete mahal pastu park blk kete myvi dlm gate....memilih btl pencuri skrgkan

    ReplyDelete
  4. hahaha... org yg citer tu cam mengantoikan diri sendiri jer.haha

    ReplyDelete
  5. misti dia ikut cara sudin suh gefren dia curi cincin mak dlm citer piremlee tu.

    ReplyDelete
  6. ntah2... dia yg p tukaq kot...
    :P

    ReplyDelete
  7. errrr..errr...errrr...

    dalam usaha utk percaya cerita ko ni..hehhehe..

    ReplyDelete
  8. Wah... macam mana pencuri tu tahu yang isterinya sedih, sampai susah payah gantikan dengan zhulian, ekk?

    something wrong somewhere laa... hihi..

    ReplyDelete
  9. mmg susah nak percaya...

    toyol, atau anak kerak kot.

    ReplyDelete
  10. aku suspek pencuri tuh mesti kenal kwn ko tuh kot.. sebab itu dia sanggup pulangkan.. tak mustahil benda nie.. sebab rasa bersalah..

    ReplyDelete
  11. Jiran ckLah pun baru kehilangan berdokoh emas. Dia selalu pakai semua sekali....Agaknya org perhati selama ini. Dia lepa sekejap...lesap.Org masuk rumah dia siang hari...

    ReplyDelete
  12. Lipislady,
    Salam kembali.
    tu yg jadi kemoskelan.

    yb,
    pencuri tegar namanya tu :D

    ReplyDelete
  13. lilies,
    tu lagi dasat :D

    penyu,
    aku syak gitu juga :D

    ReplyDelete
  14. tijah,
    berguna juga citer piramlee ye :D

    kakngah,
    dunia sekarang mcm2 buleh jadi kan :D

    ReplyDelete
  15. asleenda,
    usaha tangga kejayaan :D

    kaktie,
    pencuri yg baik hati, :D

    ReplyDelete
  16. alis,
    anak kerak tu lagu mana rupanya?

    iina,
    pulangkan yg zhulian sebagai ganti pulak tu :D

    ReplyDelete
  17. tasek,
    mari kita sama2 moskel :D

    cklah,
    siang malam dlm ketakutan kan :D

    ReplyDelete
  18. Hamizah,
    ni memang kes pelik sungguh

    ReplyDelete
  19. salam singgah. aiikk? punyele berhemah pencuri tu...dia mesti nak dpt komisen beli zhulian lebih tu..

    ReplyDelete
  20. nahmy,
    atau mungkin dia dealer kot :D

    ReplyDelete
  21. sungguh prihatin si pencuri emas 916 tu ....

    ReplyDelete
  22. intan,
    dia kata emas 916,taktaulah kalau dia tipu kami :D

    izan,
    berhemah tinggi :D

    maksu,
    memang kes pelik ni

    ReplyDelete
  23. macam orang yg dia kenal aje yang buat tu kan... um ~

    ReplyDelete