Monday, March 7, 2011

Dilebuhraya di papan tanda....

"Matikan radio",kata dia dengan wajah yang serius.

Aku terus matikan radio kereta.



"Tadah tangan, kita doa dulu sebelum mulakan perjalanan", kata dia.


Aku terus menadah tangan.


"Saya baca doa supaya kita tak sesat sampai ke destinasi hari ni",kata dia.

Aku terus tersenyum.

Dan, kami selamat sampai ke destinasi setelah membuat pusingan U beberapa kali, setelah duduk berbincang di tepi jalan beberapa kali dan setelah keluar masuk simpang beberapa kali dengan sesuka hati.

"Baca doa pun sesat juga kan",kata ku sambil senyum-senyum dalam hati.

Errr...,dia juga senyum sampai nampak gigi.

20 comments:

  1. sesat?? kita pun selalu sesat walaupun pakai GPS! haha

    ReplyDelete
  2. Dia baca doa tak lengkap agaknya tu. Setakat doa naik kenderaan tak menjamin tak sesat. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ini kisah hari Sabtu pagi yg baru ni ke? Kalau yg itu, maaflah tak dapat tolong beri petunjuk sebab saya sedang menghadiri mesyuarat ngeeee

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. patut baca doa nabi yunus.. bila dalam keadaan terdesak.. InsyAllah.. ;)

    ReplyDelete
  5. salah baca doa tu...
    mungkin terbaca doa makan!!

    ReplyDelete
  6. ayh aku selalu berkata
    bahawasanya

    mesia bnyk signboard. pelancong pun tak sesat!

    ReplyDelete
  7. tak baca doa, sesat. baca doa pun sesat. lebih baiklah kau baca doa. dapat pahala gak...

    ReplyDelete
  8. Ni mesti keluar langkah kaki kiri..

    ReplyDelete
  9. aku tekan butang like utk komeh kakpah.. :P

    ReplyDelete
  10. sebenarnya sesak yg buat sesat kot ??


    ;0)

    ReplyDelete
  11. aku syak.. sesat tak sesat nih... tak ada kaitan dgn doa la... :)



    .

    ReplyDelete
  12. mrs.azmi,
    pakai gps pun buleh sesat? kekekeke

    yb,
    dia kata doa utk tak sesat :D

    yb,
    mensyuarat rukun tetanggakah? :D

    ReplyDelete
  13. iina,
    tgk signboard pun kelaut juga larinya :D

    lilies,
    kalo berdua atau bertiga mungkin tak sesat kot,ekekeke

    ReplyDelete
  14. cerita,
    jgn doa masuk tandas sudah,:D

    kakngah,
    signboard suruh kekiri aku kekanan,hahaha

    kakpah,
    bukan susah nak dapat pahala kann :D

    ReplyDelete
  15. kaktie,
    kita dah pastikan kaki kanan jln dulu,hahahaha

    pn.konpius,
    buat baik dibalas baik,buleh? ekekeke

    ReplyDelete
  16. azrina,
    sebab tak sesak jadi sesat tu,:D

    en.me,
    perli memperli membawa bahagia kannssss :D

    ReplyDelete
  17. tasek,
    niat perlu baik kot,ehehehe

    maksu,
    tak beri perhatian sepenuhnya masa berdoa tu :D

    ReplyDelete