Wednesday, June 30, 2010

Bukan susah pun soalan tu

Nampak banner, "Julai, bulan banci penduduk, sila beri kerjasama"

Dulu, masa tunggu keputusan periksa SPM, aku dan beberapa orang teman ditawarkan oleh Jabatan Perangkaan Selangor yang beribu pejabat Di Wisma Pahlawan,Kg.Atap untuk menjadi pegawai banci. Jangan main2, pegawai tu. Kami tak pernah mohon jawatan tu dan taktau pun ada kekosongan. Pihak Jabatan Perangkaan ambil nama dan alamat kami di sekolah lalu menghantar surat tawaran.

Pegi temuduga,kaki sedikit ketar, maklumlah tak pernah melalui pengalaman itu. Ramai sungguh calon, ada dekat 100-200 orang semuanya pelajar sekolah di Selangor dan WP. Aku dan kawan2 dah berpeluh. Temuduga ni pelik sebab sekali masuk 15-20 orang dan bila keluar semua cakap dapat jawatan tu dan kena mula keje esok. Aku dan kawan2 juga diterima bekerja, dan esoknya bermulalah tugas kami sebagai PEGAWAI BANCI.

Segala ceruk terpaksa diredah, tak kira hujan atau panas. Naik bas turun bas. Teksi tak boleh naik sebab masa tu mana ada teksi yang bagi resit. Kami kena claim guna tiket bas, kalau hilang tiket tak boleh claim, meroyan wooo.

Jadi pegawai banci ni kena banyak sabar sebab bukan senang orang di kawasan bandar KL nak bagi kerjasama. Kebanyakkan mereka ingat kami salesgirl, belum kami tunjuk kad kuasa dorang dah cakap "takmaulah dik, "ayaaaaa amoi,pigi lain lumah lor",sedih dan penat tau. Padahal kami cuma nak tanya beberapa soalan je.

Kami juga bertugas di kawasan kampung, Banting, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Berminggu-minggu duduk di hotel di depan Bukit Melawati,Kuala Selangor untuk siapkan tugasan. Kami akan diberi peta kawasan kampung yang perlu dibanci, dan diberi masa seminggu untuk siapkan 5 kampung. Fuhhh, berpeluh bila tengok peta kawasan kampung, besar dan rumahnya pulak sebuah-sebuah.

Orang kampung sangat baik, dorang bagi kami pinjam motosikal ataupun basikal tanpa ada rasa takut kami akan larikan kenderaan tu, padahal baru kenal 2minit saja. Iina, mungkin aku pernah banci rumah mak ko di Banting, Yb, mungkin saya pernah banci rumah nenek Adam di Tg.Karang. Dan mungkin juga saya pernah banci rumah saudara mara CkLah di Sabak Bernam, sapa taukan :P

Pelbagai pengalaman suka duka, pahit manis aku lalui selama 3 bulan menjadi pegawai banci, dan banyak kesulitan yang terpaksa ditempuhi untuk menyiapkan tugasan.

Jadi, kalau ada pegawai banci datang ke rumah kamu, sila berikan kerjasama sepenuhnya tapi mintak dorang tunjuk kad kuasa dulu, mana tau ada penyamun yang menyamar,dunia sekarang macam2 kan.

19 comments:

  1. ibu aku kompem akan cakap,

    tuan rumah belum pulang. saya enggak tau apa2

    hahaha..
    sian korang :P

    ReplyDelete
  2. hehehheheee

    aku x dpt pengalaman tu.. tgu gak diorg panggil

    x layak la aku ni gamaknya

    ReplyDelete
  3. Nuha kata "Ibu kata dia tak ada kat rumah!"







    ...hiks!

    ReplyDelete
  4. slalu abah aku yg layan...
    la ni xde pegawai pun dtg umah aku...awat ek

    ReplyDelete
  5. depa blum sampai ke umah maksu... penat dah tunggu

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga kot.. tapi seingat aku umah aku yg banci dulu budak2 kg aku hahahaha.. tapi mmg aku xperasan.. ada kot.. hahaha..

    Yelah kdg2 org tak faham kan ingat sales gals.. aku selalu gak halau diorg2 nie bila dtg umah mak aku kat kg hahaha ;)

    ReplyDelete
  7. Ko tak nak jadi pegawai banci lagi ke kali ni. Boleh aku pinjamkan kemri hehehe

    ReplyDelete
  8. Buat apa ko pecah tembelang umur ko melalui kisah ni? hehehe

    Aku dah tahu pun sebelum ni sbb ko kan sebaya dgn kts ahaks

    ReplyDelete
  9. aku penah tengok mak aku di interview pegawai banci nie..tapi dulu la..masa aku kanak-kanak rebina lagi...skang tak de pon...

    ReplyDelete
  10. tahun ni ko taknak jadi pembanci lagi ke.ade kosong lagi ni.hehe..

    entri ko ni bagus utk diwar-warkan ni. moga mereka yg tak bagi kerjasama dpt membuka mata.hmm..


    p/s : wife aku salah sorang yg terlibat tapi bukan pembanci.

    ReplyDelete
  11. Salam Juliet.....

    Pengalaman yg sikit ini adalah yg amat b`harga dan besar ertinya.
    3 bulan....b`samaan dgn lebih kurang 90 hari.

    Setiap hari selama 90 hari tu ko kutip pengalaman yg sgt b`harga. Ko pasti b`jaya, Sayang.

    :)

    ReplyDelete
  12. ada makan2 sekali tak??
    ada yang berkenan nak jadikkan menantu tak?
    ada kena kejar anjing tak?
    .
    :)

    ReplyDelete
  13. kts,
    tak baik makcik menipu,kena sumpah jadi org gaji betul2 baru tau :P

    ReplyDelete
  14. zonaku,
    pegawai banci tu budak tak lepas spm pun buleh apply, errr...dululah.

    cklah,
    kakjuliet jawab, "kakak tak cari ibu, kakak cari abah",hahahaha

    lilies,
    aku kira ex-pegawai dtg buleh ka?wakakaka

    maksu,
    ada jadual masing2, tunggu saja.

    iina,
    aku rasa macam penah kena halau ngan ko je dulu2, ye,ye,aku pasti :P

    yb,
    gaji pegawai banci tak larat nak isi minyak kemri,huhuhu

    yb,
    umur hanya angka,ngeeeee

    ReplyDelete
  15. apsal aku tak pernah kena banci hah...?


    .

    ReplyDelete
  16. izzah,
    masa tu ko pakai seluar je kan? ekekeke

    One,
    kerjasama anda amat dihargai

    penyu,
    wife ko buat apa? masukkan data? ke lukis peta kawasan?

    zyma,
    pengalaman itu tak dapat ditukar dengan wang ringgitkan

    drsinga,
    kena kejar anjing dah jadi hal biasa. pssstt..memang ada yg bekenan,hahahaha

    ReplyDelete
  17. tasek,
    ko bukan PATI kan? ehehehe

    ReplyDelete
  18. wife aku PD tuk banci sebab dia keje kat Jab Perangkaan.

    ReplyDelete