Thursday, June 17, 2010

Antara Dua Darjat

Jika ke Kelantan kita mesti cari nasi dagang, tak pun nasi berlauk, takpun nasi kerabu kaler biru atau kuning. Dan makanan lain yang akan kita terjah ialah keropok lekor, keropok keping dan pelbagai jenis kuih tradisional seperti akok.

Ada sejenis lagi makanan yang harus kita cari jika berpeluang ke Kelantan suatu hari nanti iaitu MURTABAK RAJA seperti gambar di bawah ini. Murtabak ini di jual berhampiran dengan Jalan Istana, sila google sendiri dimana letaknya Jalan Istana :P

Tak pasti mengapa murtabak ini di panggil murtabak raja. Murtabak ni dah disejuk bekukan, sebiji dijual RM 12.00, cukup untuk dimakan seisi keluarga kerana saiznya yang besar dan dan intinya yang banyak.  Sebiji murtabak raja ni bersamaan dengan 4-5 biji murtabak biasa. Siap dibungkus cantik dalam kotak, sangat sesuai untuk diberi sebagai cenderahati kepada saudara mara ataupun yang tersayang,ehehehe.


Kamu kenal buah ni? Orang bandar macam kamu mana kenal buah ni. Inilah buah sentul, mungkin Mat Sentul dapat nama sebab suka makan buah ni kot. Susah tau nak dapat buah ni, hanya di kampung-kampung . Orang Kelantan kenal dengan buah sentul ni kerana popular di sana. Buah sentul dijadikan jeruk ataupun boleh makan begitu saja. Isinya macam buah manggis tapi bijinya agak besar dan tak sesuai untuk ditelan takut tersangkut kat kerongkong.

Jadi, kalau kamu Kelantan, jangan lupa untuk cari murtabak raja dan buah sentul ye, tolong beli untuk aku sekali. Janganlah berkira dengan kawan-kawan.:P

14 comments:

  1. murtabak tu dah macam pizza pun ada aku tengok..mmg nampak mengenyangkan..

    buah sentul..mcam buah duku jer..baru aku tau sentul tu nama buah..selama nie aku tau sentul kat k.l tu jer..agak2 kat sentul pun ada bbanyak buah sentul kot..

    ReplyDelete
  2. Aku dah dugong gini xdaya de nak pi kelantan weih...ko tulunla tapaukan 1 utk aku murtabak tu..kasi aku rasa eh

    ReplyDelete
  3. kalau ko yg ke kelantan tolong belikan aku murtabak tu ye. alaaa... jgn la berkira dgn kawan2.

    he he.



    .

    ReplyDelete
  4. aku syak murtabak raja tu diberi nama sebab murtabak tu macam raja segala murtabak je.

    uish! buah sentul! dah lama tak makan.paling sedap makan cicah asam.jeruk pun sedap.aduh! mana nak cari ni.. kat Sentul ade ke?

    ReplyDelete
  5. Juliet.....

    Ko jgn b`kira dgn aku ye jika ke Kelantan nanti. Ko belikan aku Murtabak Raja & buah sentul ye....
    Aku kan peknen....ngidam gitu.

    :)

    ReplyDelete
  6. Dalam masa terdekat nie aku mmg xdpt pergi.. kot ko terpergi jgn lupa belikan utk aku tau ;)

    Aku buat murtabak cucu raja jek hehehe ;)

    ReplyDelete
  7. nih dok promo kelantan nih, sangkut ngan sapa2 kat sana eh... ehem!

    suka sentul.

    murtabak raja, penah tgk ada tayang kat tv1 ke tv3. mmg nmpak sedap. lagi 1 pi singapore sila beli mrtabak dia, sedap gak laa..

    ReplyDelete
  8. Raja mana punya murtabak tu?

    Kalo buah sentul tu..biasa arrr org kampung kan...siap buat main guli lagi...tp dulu la...

    ReplyDelete
  9. saya tak kenal buah sentul.
    saya juga tidak tinggal di sentul
    tapi saya tau itu mat Sentul
    (yang ntah hapa2 iklannya..)

    ReplyDelete
  10. izzah,
    saiznya berkali ganda besar dari duku.Err..mungkin juga Sentul dapat nama sebab byk buah sentul dulu2 ye.

    lilies,
    aku yg tak dugong ni pun taktau bile nak sampai kelantan,ehehehehe.

    tasek,
    aku tak berkira ngan kengkawan, aku cuma bermatematik je,kekekeke

    ReplyDelete
  11. penyu,
    sedapkan yg jeruk tu, kat ganu pun ada ke? leleh beb :P

    zyma,
    rasanya sama macam murtabak biasa

    kakngah,
    ko tak cukup kampung tuh,ehehehe

    iina,
    hahaha, buleh gak dikomersilkan murtabak cucu raja tuh,hahahaha

    alis,
    ko kenal buah sentul? heran bin ajaib sungguh

    Dun,
    buah sentul buat main guli? Wah! lagi aku heran bin ajaib :P

    drsinga,
    cintailah buah tempatan,eheheeh.
    Kita pun tak suka iklan mat sentul.

    ReplyDelete
  12. dah moden da murtabak skg...
    org dah buat yg frozen...

    bile nak, takyah susah2 nk carik...
    musti sedap nih...

    ReplyDelete
  13. aku ke CH aje. Tak dptlah nak belikan ko martabak raja atau buah sentul tu hehehe

    ReplyDelete