Tuesday, June 8, 2010

Hati Kering

Seperti inilah kamarku,

Jika sore hari

Kelam,suram,suara bungkam

Hitam menanti malam

Malam tempat aku keluar cuma

Dari jendela untuk berasyik-asyik

 Sendiri-sendiri.

Kalau hujan turun

Titis-titis rembes menimpa pipi

Petir getar di sisik langit

Langit keruh abu-abu

Hujan menyatu jendela

Menjadi langsir

Hujan menyapu jiwa.

Seperti inilah kamarku

Kalau kau benar-benar ingi tahu

Hari-hari sunyi

Sunyi mencengkam sampai mati.

 Faisal Tehrani.

Mohon maaf saudaraku kerana bertindak kejam meninggalkan kamu sendirian dalam kegelapan, dalam kecelaruan, dalam kebingungan, dalam tangisan.


Tudung periuk pandai menari
Menari tarian putera mahkota
Kain yang buruk berikan kami
Buat menyapu si airmata

16 comments:

  1. aik? apehal..
    tisu banyak.. takyahlah ko cari kain buruk.

    ReplyDelete
  2. pehal tiba2 tangkap syahdu ni dek???

    ReplyDelete
  3. .................. itu yg terbaik

    .
    .

    ada masanya kita terpaksa jadi 'zalim'..

    isk.. isk.. isk..

    ReplyDelete
  4. Siapa tinggalkan siapa ni nok?

    Jgn pakai kain buruk. Kat kemri ada bnyk tisu

    ReplyDelete
  5. errrrrmmmmmmmm...
    .
    .
    errrrrmmmmmmmm...
    .
    .
    errrrrmmmmmmmm...
    .
    .sori juliet..
    aku tak paham ler..
    explain plissss...:D

    ReplyDelete
  6. kadangkala itu yang terbaik






    hu~

    ReplyDelete
  7. Salam Julietchun.....

    Senyum......senyum.....

    :)

    ReplyDelete
  8. pandai ko buat pantun...

    chill bebeh!

    ReplyDelete
  9. aku biasa dengar keris menari. tapi tudung periuk menari ni,1st time aku dengor. hee

    ReplyDelete
  10. ni kira drama sedih ke juliet?

    akak ni lagi lah, bukan hati kering..tp buta hati :))

    ReplyDelete
  11. tasek,
    aku lagi sedih ;C

    kakpah,
    tisu sekotak belum tentu cukup

    drsinga,
    melankolik

    cklah,
    jgn terus bersedih

    ReplyDelete
  12. maksu,
    sedang cari ketenangan

    kts,
    raja yg zalim raja di sanggah,huwaaaaa

    yb,
    lumrah hidup, ada yg perlu di tinggalkan dan ada yg tertinggal

    asleenda,
    satu hari nanti kamu akan faham

    zonaku,
    terima kasih kerana memahami :C

    zyma,
    senyum diluar menangis didalam

    ReplyDelete
  13. lilies,
    entah kenapa 2-3hari ni sejukkan, mendungkan.

    penyu,
    keris menari? err....tak ku tau

    ita,
    drama king

    ReplyDelete