Monday, June 21, 2010

Dunia Ini Sederhana Kecil

Tiba-tiba saja pelanggan telefon cakap dia sedang dalam perjalanan ke ofis aku, nak jumpa bincangkan sesuatu. Nasib baik aku takde temujanji lain hari ni, kalau tidak kesian dia datang dari Kota Bharu tapi tak dapat jumpa. Lain kali telefonlah dulu jangan main terjah saja.

"Tok! Tok! Dia sampai, bertanya khabar lebih kurang dan aku jemput dia duduk. "Ada 2 orang kawan saya nak datang jumpa Cik Juliet, dalam perjalanan lagi". Ok, tunggu. "Tok! Tok! Muncul seorang jejaka. " Ada sorang lagi, tengah cari paking". Ok,tunggu. "Tok! Tok! Muncul seorang lagi jejaka. " Maaf Lambat", susah nak dapat paking"

Aku pandang dia, dia pandang aku. Mata bertentang mata, dan hati mula berkata-kata. Kenangan 5tahun dulu terimbas satu persatu. Teringat saat kami berjalan di dalam hujan merentas padang, saat berebut tempat duduk dalam bas, saat berparti meraikan tamatnya pengajian. Ah! Bagaimana dapat ku lupakan.

2 orang jejaka tadi memandang kami dengan kehairanan. " Juliet! Juliet! Eh! Julietkan! Dia menjerit kegirangan. Nasib baik aku dapat mengawal perasaan, kalau tidak harus aku jerit sama.

Salah sorang pelanggan yang datang berjanjitemu dengan aku hari ni adalah sahabat lama yang dah terpisah 5 tahun. Kami berkawan baik dulu. Lepas habis sekolah, masing-masing terputus hubungan, dan kali terakhir aku dengar cerita dia bekerja di awan biru. Dan kini dia adalah seorang ahli perniagaan yang sedang membuka langkah untuk mencipta kejayaan.

Tak sangka dapat bertemu semula, dan rasa macam tak percaya bila bercakap dengan dia hal perniagaan, haih, sungguh gila-gila rumaja.Tak sempat nak tanya dia dah kawin ke belum,manalah tahu kot2 boleh masuk jarum,hahahahah.Takpe,esok masih ada.Usaha tangga kejayaan :P

19 comments:

  1. Teringat saat kami berjalan di dalam hujan merentas padang...


    ....berkongsi payung tak masa tu?

    :)

    ReplyDelete
  2. lebih baik ko cepat masuk jarum sebelum kts potong jalan hehehe

    ReplyDelete
  3. haah korang berjalan dalam hujan berpayungkan daun pisang ke? Ala2 lagu dangdut tu hehehe

    cepatnya ckLah komen. Ingat dia tidur sbb letih puasa sunat hari ni ngeee

    ReplyDelete
  4. aku doakan kau berjaya...mendpt boifren spesel yg baru..huhuhu..
    dulu kawan-kawan..pastu leh kawen-kawen..:))

    ReplyDelete
  5. ada mcm doktor korea hrtu tak???

    ReplyDelete
  6. aisshh..aku ingat ko kopipes cite novel remaja td..
    .
    .
    rupenye ni citer ko ekkk..
    .
    .
    patutlah komen ko kt n3 aku pun lain macam...
    waka..waka..eh..ehh..
    hahahhah...

    ReplyDelete
  7. kira skrg dalam hati ada taman la ni ko yek?

    ReplyDelete
  8. kau berjalan..di bawah pohon asmara...
    ecehhh...
    terlebey sudah...

    juliet..naik tangga lambat..
    ;baik ko naik lif..cepat sket sampai sebelum org lain sampai dulu..

    cayok!

    ReplyDelete
  9. Semoga ada jodoh ye, Juliet.

    Aku doakan yg baik2 buat ko.

    :)

    ReplyDelete
  10. seb bek ko x terover lompat2 n peluk2 dia kannn......???

    memori silam menusuk kalbu ker sekarang ni?

    ReplyDelete
  11. apsal aku plak yg rasa seronok nih...?




    .

    ReplyDelete
  12. juliet...mana cik KTS?aku tidak bisa tembus blognya kenapa????
    suh dia invite aku..
    :)

    ReplyDelete
  13. saat tu... payung dan seat bas tu muat kah untuk berdua... ke.....untuk 1 1/2 sahaja...
    pssst...ensem tak?

    ReplyDelete
  14. cklah,
    masa tu tak pernah bawak payung,kalau bawak payung macam tak macho,hahahhaha

    yb,
    kalau nak potong kts bagi signal dulu,hahahahha

    yb,
    tak main la dangdut,kita layan hiphop.ekekeke

    ReplyDelete
  15. ita,
    tak pasti dia dah berpunya ke belum,hish.

    kakngah,
    lebih kurang,hatiku orak tahan :P

    asleenda,
    komen tu sipi2 je

    lilies,
    pstt..dari dulu dah ada taman dlm hati :P


    izzah,
    betullah, tapi kalo lif sangkut payah plak

    zyma,
    amin,terima kasih

    ReplyDelete
  16. zonaku,
    hanya ko yg memahami :C

    tasek,
    errr..mungkin ko dah terbawak watak aku

    izzah,
    kts sedang bizi,nanti dia bukak blognya,jgn takut.

    ReplyDelete
  17. mamazharfan,
    kawan saja,eh...

    drsinga,
    saat tu yg tak muat pon dimuatkan,hahhaha. hensem,haih,tabahlah hati :P

    ReplyDelete
  18. nape pulak kts nak bagi signal dulu?

    oooo aku tahu, dia sentiasa respek kat ko mcm seorg kakak walaupun ko tua bulan aje dari dia. Bab ini aku mmg hairan. Aku masih belum dapat jawapan yg memuaskan dari kts.

    ReplyDelete