Friday, February 27, 2009

Mat Rock vs Mat smart

Situasi 1

Seorang anak muda berambut panjang separas pinggang, rambutnya dikaler berbelang hitam dan kuning dan diikat rapi. Berbaju T sendat dan berseluar jeans ketat yg koyak di kepala lutut. Anak muda ini memimpin bapanya yg tua dan agak terketar-ketar ketika melangkah masuk ke dalam bank. Si anak mendudukkan ayah di kerusi sementara menunggu giliran untuk memasukkan duit ke dalam akaun.

Selesai urusan si anak memimpin ayah dengan sabar keluar dari bank menuju ke kereta yg terletak agak jauh. Beberapa kali mereka berhenti di tepi jalan kerana si ayah mencungap kepenatan namun anak muda itu tetap memegang erat bahu ayahnya sambil menguntum senyum.

Situasi 2

Seorang anak muda segak berbaju lengan panjang dan bertali leher masuk ke dalam bank yg sama. Membawa beberapa keping not 100 dan terus menuju ke kaunter.

Anak muda : Saya nak buat payment.

Org bank : Errr, cik kena ambik no.

Anak muda : Takkan nak buat payment sikit pun nak kena ambik no.

Org bank : Maaf cik, semua orang kena ambik no, depan ni semua ada no giliran.

Anak muda : LANCAU la lu, ingat aku takleh pegi bank lain ke? Menumbuk kaunter sambil berlalu dengan muka yg garang.

Aku, terkebil-kebil memerhatikan lagak 2 orang pemuda ini. Mat rock tadi punya ler selekeh tapi berbudi bahasa tapi mat smart ni nampak saja cantik di luar tapi di dalamnya teruk. Bak kata Siti Nurhaliza "Luar napok comeyy, tapi dale abih kuca lember".

15 comments:

  1. budi bahasa budaya kita aiceh..hehe..selalu dah jadik gini...kdg2 luaran tak menunjukkan sifat sebenar dia

    ReplyDelete
  2. kesimpulannya, esok aku nk pakai seluar koyak.


    ha ha.



    .

    ReplyDelete
  3. sebab tu orang kata, dont judge the book by its cover.
    moral of the story, pakailah selekeh mekeh je.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. tu yang kekadang terkompius tu....luar nampak ok rupanya ko!

    ReplyDelete
  5. luaran mmg tak mencerminkn dlmn.
    aku pun nk joint kempen suar koyak sok g.

    ReplyDelete
  6. Aku tak kira...aku tetap bergaya anggunnnn...nyit...nyit..nyit...

    ReplyDelete
  7. i love rock kapak... :D

    ko silap paham la...
    budi bhs mmg bukan pada pakaian... tp pd bahasa...

    klu budi pakaian baru pada pakaian..

    muehehehehehe

    ReplyDelete
  8. lilies,
    betul,betul,betul kata Upin Ipin.

    tasik,
    jgn seluar yg dlm koyak dah,hahahhaha.

    kakpah,
    abih kite pompuan ni bleh ke pakai slekeh? :D

    CK,
    hati2 ler

    One Z,
    pastikan koyaknyer tuh bertempat ,hahahha.

    kakngah,
    ko tgk bebetul koyaknya tuh tang mana,hahha.

    ckLah,
    Org glamer TI nih.

    YB,
    Sy ske org camni :D

    KTS,
    Phewiiittttttt.

    ReplyDelete
  9. Aku sentiasa smart n rock wakakkah boleh gitu.. aku pilih dua2 ada masa perlu gak lemah lenbut dan ada masa kena gak ganas n brutal ;)

    ReplyDelete
  10. aku nk jadi yg bergaya, kemas tapi berbudi bahasa...boleh?

    ReplyDelete
  11. Juliet...
    luaran tidak mencerminkan dalaman...tetapi zahiriah menampilkan batiniah...

    ReplyDelete
  12. hailah..~~macam2 kan prangai org.

    ReplyDelete
  13. Pengalaman ini jadikan iktibar :)

    ReplyDelete