Thursday, February 26, 2009

Cakap biar terang

Lepas makan malam, sedang ibunya sibuk menanda buku-buku pelajar, tiba2 dia hulurkan sekeping kertas lukisan kepada ibunya.

"Ummi lukis WILEN, pastu adik kaler". Ibunya terus mencapai kertas lukisan itu. Aku memerhati dari jauh, nasib baik dia tak hulur lukisan tu kat aku lagi.

"Nak lukis WILEN baik ke jahat?", tanya si ibu. "Satu jahat satu baik", jawab Si Kecil. Dan ibu pun mula melukis. Aku kagum sungguh dengan Si ibu kerana memahami.

"Ok,dah siap, adik pegi kaler ngan acik, jangan kacau Ummi nak buat keje". "Taknak kawan ngan acik, tadi adik soh lukis WILEN pun dia taknak",jawab Si kecil lagi.

Si ibu memandang kepadaku dan berkata "ko lukis jer camner pun takpe, dah namanya ALIEN, cuma kalo yg jahat ko buat tanduk".

"WILEN tu ALIEN ke", tanyaku meminta kepastian. Dan Si ibu mengangguk.



13 comments:

  1. smlm aku cuba semak kamus yunani kuno, pun tak jumpa makna WILEN...

    kakak ko semak kamus bahasa apa wei??

    ReplyDelete
  2. KTS,
    Tahniah! Anda berjaya menjadi pengomen pertama.

    Kakak aku guna kamus yunani yg lg kuno dr ko,hahaha

    ReplyDelete
  3. hahhahahaha...tapi mmg nok. hanya jehari jer kenal manikam. omak mmg tau apa anak nak...

    ReplyDelete
  4. Jah,
    meleleh airmata bile tau apa yg dia nak tuh,sedey tol.

    ReplyDelete
  5. hehehe...menatang tu ke dia nak....mak dia je yg tau kan....kira skrg ni ko acik yg jahat la ek sbb x mo lukiskan masa dia mintak tu?

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak belajar bahasa german nie...hanya budak2 aje yang expert...sapa yang dapat paham bahasa german budak2 nie...memang le golongan bijak...hihihi...

    ReplyDelete
  7. waaaa... aku gagal mndptkn makna WILEN dr ank aku....

    ReplyDelete
  8. hahhahahhaha....sabo je la. dari semalam aku dah pikir, apakebenda la wilen tu. ciiss..penat jer aku pikir

    ReplyDelete
  9. aku dh agk dh ade bunyi len-len kt ujung tuh.. cz sepupu aku yg 3-4thun tu pun, suke ckp bhs german edisi khas.

    ReplyDelete
  10. ya. hanya jauhari yg mengenal manikam. he he.

    ReplyDelete
  11. lilies,
    takde pengalaman.

    honey B,
    ko mmg bijak,bijak.

    kakngah,
    cuba lagi lenkali,hahhahaha.

    jajazuzu,
    takder maknanya ko pikir kan,hahaha.

    One Z,
    byk lg hal lain nak pikir.

    meza,
    bhs Jerman ulu nih.

    tasik,
    org lain takleh knl manikam yer.

    ReplyDelete