Thursday, February 5, 2009

Kebesaran Tuhan

Cuti aritu aku sekeluarga di jemput ke bandar ABC, Selangor, untuk menyaksikan sesuatu yg tak pernah kami tengok selama ni. Pernah dengar cerita serai berbunga? Aku pernah dengar tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri, peristiwa ni pertama kali aku saksikan.


Rumpun serai yg berbunga macam padi. Kata ayahku kalau serai berbunga bermakna ada sesuatu yg pelik akan dapat kita lihat.

Bunga serai yg telah di potong. Menurut kata org tua bunga serai ni byk gunanya.





Sebelum rumpun serai tu di cabut untuk mengetahui apa yg ada dibawahnya, ada sedikit bacaan doa dilakukan oleh orang yg tahu caranya, bukan main cangkul je. Tuan rumah terpaksa meleraikan serai ni satu persatu untuk mendapatkan apa yg tertimbus di bawah rumpun serai.




Siapa sangka dibawah rumpun serai yg berbunga itu terdapat 22 biji batu permata yg sangat cantik. Gambar diatas adalah batu permata yg didapati daripada rumpun serai itu. Kalau tak tengok sendiri mungkin kita tak percaya, tapi inilah rezeki yg tuan rumah ni dapat. Mungkin ini balasan tuhan pada tuan rumah yg selalu menolong org dalam kesusahan tanpa berkira berhabis wang ringgit mahupun tenaga.






25 comments:

  1. salam...

    yerr...penah dgr citer pasal ni. penah tgk batu permatanya saje dulu. tapi masa tu x pasti la betul ke x cerita ni

    ReplyDelete
  2. pernh gak dgr citer kot serai berbunga.. ade batu permata. kene baca2 gak eh nk dptkn batu tu.. aku ingt kalu ada bunge.. cabut.. kempem ada...
    murah jeki tuan rmh...

    ReplyDelete
  3. allah sahaja yang maha mengetahui

    ReplyDelete
  4. kawan aku br cerita kat aku psl batu ni ada org dok jual tepi jalan..rupanya betul ek

    ReplyDelete
  5. pernah tgk bunga serai di rumah jiran tahun lepas...dia dh cabut tp x de ape2...mungkin dia x "baca" sebelum cabut kot...best kan kalo kita dapat saksikan dengan mata kepala sendiri...sure tak ragu2...

    ReplyDelete
  6. r u siyes??

    kalu tak baca², ade tak permata tu?

    ReplyDelete
  7. Masa tu mmg hari2 tgk bunga serai tu, sbb teringin nk tgk batu bunga serai ni la...tp psl permata tu tak de la pulak jiran tu cerita slps bunga serai dicabut...x tahu la kalo dia rahsiakan...

    ReplyDelete
  8. subhanallah...

    ada alkisah rupanya...
    aku penah jumpa serai y berbunga nie.. tp xtau pun mengenai hal nie..
    so aku x la bertanyakan hal nie..

    ReplyDelete
  9. Ko dibagi tak batu permata tu? Yg kecik pun jadilah.

    ReplyDelete
  10. salam...

    dalam misteri nuasantara di tv3 pernah tengok tapi secara benarnya belum lagi... bertuahlah dapat melihat sendiri apa yang berlaku... nak tau juga apa yang makcik tu baca-baca....

    ReplyDelete
  11. Bertuah tuan rumah yang dapat batu tu.. namun semua itukan kurniaan Allah.. Dia maha pencipta dan mengetahui.. Abis ko dpt tak batu tu buat loket ke cincin ke?

    ReplyDelete
  12. buat cencen best ni!

    ckLah masih mengamalkan mandi wap dengan serai wangi sampai sekarang. cubalah...

    ReplyDelete
  13. ish..citer betul ke nie..mmg tak sangka betullah...

    subhanallah..

    ReplyDelete
  14. kompius,
    sapa sangka ye

    jajazuzu,
    btl ada rupanya

    kakngah,
    kena la bg slm gak ;D

    onezaba,
    rahsia Allah tak siapa tahu

    lilies,
    batu ni takleh jual, adakah kwn ko tertipu?

    Dun,
    tiada keraguan lagi

    penyu,
    org ckp kalo tak baca2 takleh dpt batu tu sbb ada penjaganya.

    Dun,
    selalunya org akan rahsiakan

    zonaku,
    byk dgr citer tapi ni baru aku dpt tgk sendiri.

    YB,
    ada dpt 4biji, rezeki jgn di tolak.

    lyn,
    taktau apa yg dibaca tapi ayat2 al-quran la.

    iina,
    ada dpt

    ckLah,
    kang org ingat saya baru lepas bersalin ;D

    nrina,
    baik ko tnm serai bebyk, mana tau kot ada rezeki.

    ReplyDelete
  15. tak pernah tahu. pelik mendengarnya tapi semua kuasa Allah.

    ReplyDelete
  16. kakpah,
    buleh ler citer kat kwn2 nanti yer,mn ler tau kot ada rumah yg tnm serai pastu berbunga plak.

    ReplyDelete
  17. yer...
    teman percaya...
    dekat kg teman especially mak bapak n adik teman pernah giat menanam serai ni..dapat batu kaler macam2..
    berebut seadra mara teman nak buat cincin & gelang...
    ini namanya,rezeki dr perut bumi...

    ReplyDelete
  18. serai kat umah aku tak berbunga pun... tp bila aku korek, jumpa gak batu...

    tp bukan batu permata... batu bata...

    kehkehkeh..

    bila la serai aku tu nak berbunga?? :D

    ReplyDelete
  19. Maha suci Allah...subhanallah. Cantik batu2 tu...
    Pokok tu, pokok serai wangi ke serai biasa? Kalau serai biasa, cikgu ada gak tanam kat luar rumah. tapi dah tenggelam dek snow. hmm...takde harapan nak berbunga ler.

    ReplyDelete
  20. kalau dapat kat aku ,gerenti aku buat gelang.

    ReplyDelete
  21. Salam...
    itulah hikmah berbuat baik kepada orang lain kan....

    ReplyDelete
  22. Cuba tanam satu rumpun, lps tu jgn usik-usik dah, jgn dok ngada2 ambil serainya...biarkan dalam tempoh yg agak lama...tp pastikan hidup subur...cubala...ini berdasarkan pemerhatian...rezeki mana kita tahu!

    ReplyDelete
  23. Err...aku konpius sket ah..betol ker..itu permata yang ditangan tuan punya serai tuh...atau...dah melepas di tangan ko...juliet, pulangkan balik pada tuan punya serai bunga tuh..cepat..lau idak..aku tipun pulis nih..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  24. Tapi aku mmg kagum ah tengok serai spesis cam nih..bley minta benih dak...aku nak tanam gak. nanti lau ada permata, keuntungan kita bagi sama rata ah..cam?

    ReplyDelete