Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Dgn nada lagu & irama
Kuluahkan jua rasa kecewa.....
AHAD 18MAY 2008.Malam sabtu aku terima panggilan telefon dari Nor,seorang sahabat yg tinggal di Port Klang.Nor baru habis pantang melahirkan anak kedua,seorang putera yg di namakan AHMAD DANISH EFFENDY.Nor menjemput aku datang ke rumahnya kerana dia mengadakan kenduri doa selamat."Nor harap sgt akak datang,tak berseri & tak bermakna majlis ni tanpa kehadiran akak",itulah kata2 Nor.Taknak kecikkan hati Nor sekeluarga maka pada pagi Ahad aku bertolak ke Port Klang dgn komuter.Sebenarnya aku malas nak ke Port Klang,malas nak menggamit memori luka di sana.Di Port Klang aku kenal seseorg yg banyak membuat luka dihati aku.Macam lagu Broery Marantika "kau yg membuat luka di hatiku,kau yg membuat rindu jadi benci".Setiap kali tren melepasi stesen - stesen di bandar Kelang,mata aku mencari - cari gak bayangan wajahnya,mana tau tetiba dia ada tgh tunggu tren nak balik ke rumah.Masa tren melintasi tempat dia kerja,hati aku tetiba jadi sayu,jiwang gak aku rupanya.Mana tak sayu beb,4-5thn berkawan tapi tak tau dimana kesudahannya.Aku sampai di stesen terakhir iaitu Stesen Port Klang pada pukul 3pm.Dulu,aku & dia pernah makan KFC yg terletak bersebelahan dgn stesen terakhir ni,KFC yg paling kecik kat Malaysia aku rasa.Sambil makan kami dpt melihat Laut China Selatan yg terhampar luas.Nampak kapal - kapal besar yg berlabuh,nelayan yg sedang sibuk menaikkan hasil tangkapan,juga pelancong asing yg ingin menaiki bot untuk ke Pulau Ketam.Tapi tu semua dah tinggal kenangan.Aku duduk sebentar di kerusi yg sediakan di tepi stesen.Merenung laut,camar,dan sesekali diganggu oleh bunyi bising gagak yg berebut bangkai ikan.Indahnya ciptaan Tuhan.Masa tu sempat lagi aku bayangkan macam mana kalau tetiba dia muncul di hadapan aku,mesti aku pengsan,terkejut dan gembira.Betul ke aku gembira kalau dia muncul? Entah,aku sendiri tak mampu nak menjawabnya.Nor membawa aku bersiar - siar di Tanjung Harapan.Kalau boleh aku tak nak datang ke sini,kerana aku & dia juga pernah datang ke sini.Tanjung Harapan ni tempat yg menarik untuk membawa keluarga bersiar2,tapi ramai sangat remaja lepak berpasangan sambil berpelukan,selamba dorang je,tak tau malu langsung.Aku tak boleh lama di Tanjung Harapan ni,aku taknak kenangan2 indah antara aku & dia datang semula kerana bukan senang untuk mengusirnya.Malam kami makan di Seri Bayu Klasik,restoran yg terkenal di Port Klang,Jalan - Jalan Cari Makan dah datang ke sini.Sementara menunggu pesanan sampai aku meriba Ahmad Danish Effendi,comel pulak anak Nor yg lelaki nih,putih & hidung mancung macam Syawal,ayahnya.Dalam usia 26thn nor dah ada 2orang cahayamata,aku,pakwe pun takde,sedihnya,tapi aku redha dengan ketentuan Ilahi.Memang best makanan kat sini,tapi airnya tak best sangat,manis & kurang ais.Balik ke rumah Nor kami berbual hingga pukul 1am,baru tidur.Nor sempat membisikkan pada aku,"bila lagi akak nak datang berdua ke sini,boleh Nor masak sedap2".Aku tersenyum dalam gelap pekat malam."Inshaallah,satu hari nanti aku akan datang berdua ke rumah ni",tapi dengan siapa aku pun tak tau lagi.
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JGN LAYU LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JGN RINDU RINDUAN
Aku meninggalkan Port Klang dgn harapan & juga kelukaan,tapi aku pasti datang lagi untuk menjenguk seorang sahabat yg memahami.
berdasarkan firasatku, anak nor sesuai dipanggil danish... baru sejuk... klu panggil nama lain kompom byk ragam... :D
ReplyDeletehehehe... nak dtg berdua secepat yg mungkin sonang yo... bwk mak... kan ber2 gak tu :D
ReplyDelete