Aku saje call seorg kawan ni,lama tak dengar suara dia,selalunya sms je.
Aku : Askm.Ape kabar?
Kwn : Baik.
Aku : Nape slow je suara?
Kwn : Aku biasalah,mcm kau baru knl aku nih,tak pernah sehari pun hidup aku takde masalah.
Aku : Tak baik mengeluh,Tuhan bagi dugaan kat kita setakat kemampuan kita je tau,dia tau kita
nih kat level mana.(padahal aku kekdg pun bila ada masalah mengeluh gak,bkn mengeluh
tp suara kasar terkeluar :D)
Kwn : Anak aku tak sihat,ajak laki aku gi klinik aku gak yg byr bil,ajak dia gi NSK (mcm pasar)
aku gak yg keluar belanja dapur,mana tahan mcm ni.Aku gi keje bwk bekal,nasi goreng ke,
roti sapu jem/kaya,biskut marie pun aku sanggup bawak nak jimat kos,tapi dia suka-suka
lepak kat kedai makan nasi lemak ayam,roti canai telur,belum campur air lagi tuh,teh
tarik,milo ais.Nasib baik Tuhan bagi badan aku montel,kalau tak mesti orang dah syak aku
takde duit ataupun makan hati ngan perangai laki aku tuh.
Aku : Tak bawak berbincang? (Lelaki mn leh bwk berbincangkan,sj aku nak ambik hati kwn aku
nih)
Kwn : Lelakiiii,mn boleh ikut ckp isteri,malu lah dia,mcm ego dia dah kena campak masuk tong
sampah yg penuh ulat tu.Kau kalau nak kawin jgn cari laki mcm laki aku.
Aku : Alaaa,ms bercinta mn kita taukan perangai buruk dia,lepas kawin baru dai tunjuk taring.
Kau pun dulu ms bercinta happy je kan,dugaan alam rumahtangga la ni.Bykkan berdoa
moga satu hari nanti dia akan lebih bertanggungjawab.(aku takde pengalaman beb)
Kwn : Aku mmg sabar je nih,nak call kau pun aku takde kredit,handphone aku nih cuma untuk
terima panggilan je(tertawa).Kau dah jumpa "Lelaki Ini"? Aku dah cop nak jadi pengapit
kau tau.(tertawa lagi)
Aku : Kau carikanlah untuk aku sorang(tersenyum,nasib baik dia tak boleh nampak muka aku)
Kwn : Ye ke? Kat ofis aku nih semuanya dah kawin,kalau yg bujang pun budak despath,tu pun
aku rasa dia dah ada awek.Kau mana ada class nak layan budak despath kan.
Aku : Aku tak kisah,asalkan bertanggungjawab,boleh membimbing aku dunia akhirat,ada
pendapatan bulanan cukuplah,lagi bagus kalau dia takde mak,maksud aku mak dia dah
meninggal,tak payah aku fikir mcm mana nak pikat hati mak mertua(cam betul lak aku
nih,nak ke aku ngan budak despath).
Kwn : Nantilah aku cuba carikan ye,aku nak masak dulu lah,kang laki aku balik nak makan.Ingat
tau aku dah cop jadi pengapit kau(tertawa)
Aku : Ya lah,kalau kau nak cepat jadi pengapit aku kau kena cari untuk aku tau,engineer ke,
manager bank pun takpe(tertawa).Sesapa yg jadi pengapit aku akan dapat sponsor
sepasang batik terengganu & sepasang kasut bata(tertawa kuat)
Kwn : Wah! Lumayan tuh,ok aku akan berusaha(tertawa kuat)Oklah,terima kasih,kau buat aku
lupa kejap semua masalah.Nanti senang call aku lagi ya,kau org bujang byk duit beli topup.
Aku : Pandailah kau,ok,free nanti aku sms kau ya.Bye.
tidak ada manusia yang sempurna... kita boleh cipta kesempurnaan itu dengan redha segala takdir Allah. Allah Maha Mengetahui.Hasbunallahuwanikmalwakil
ReplyDelete