Thursday, May 22, 2008

MAMOGRAM


Meremang bulu roma aku dengar cerita seorang kawan yang baru pergi buat MAMOGRAM TEST untuk kesan kanser payudara.Kawan aku pergi buat test mamo tu sebab dia selalu rasa sakit di sebelah kiri payudaranya,tapi takleh rasa sakit yang teruk,cuma dia nakkan kepastian,lagipun dia ni jenis yang berani jumpa doktor.Aku puji sikap dia yang mementingkan kesihatan,tak macam aku,kalau demam aku telan panadol je,takpun pegi beli ubat kat farmasi,sebut pasal klinik & doktor mulalah perut rasa memulas semacam.Kawan aku ni dia pun pegi ke Hospital Putrajaya kerana di sana ada pakar untuk buat MAMO TEST.Dia pegi sorang je,tabik spring betul aku kat dia.Bila sampai giliran dia di panggil,dia pun masuk bilik rawatan.Doktor suruh dia tukar baju,kena pakai baju khas yang disediakan oleh pihak hospital.Lepas tu dia dibawa masuk ke tempat rawatan.Dia cakap MAMO tu mcm mesin,aku tak dapat nak bayangkan mesin macam mana,aku pun cari dlm internet dan di sebelah kiri ni lah gambar mesin MAMO.Dalam bilik tu ada seorang doktor pakar wanita & pembantunya juga seorang wanita.Kena bukak baju yang dipakai tuh,kena tunjuk payudara kita kat doktor.Ya ampum,malunya,tapi untuk kesihatan kena la ikut arahan ya.Lepas tu payudara akan dikepit dalam mesin dan masa tu kita akan rasa sakit.Kawan aku cakap berair mata dia tahan sakit.Lepas siap pemeriksaan di jalankan,badan kita akan rasa macam nak demam,lemah semacam.Resultnya akan dapat 2minggu lagi.Kawan aku cakap payudara sebelah kanan ok,tapi sebelah kiri yang selalu sakit tu doktor kata nampak macam ada ketumbuhan,tapi bukan semestinya kanser.2minggu lagi dia kena pegi untuk dapatkan result.Aku doakan semoga semuanya baik.Untuk kawan aku ni,janganlah fikir yang bukan2.

1 comment:

  1. moral of the story : klu rasa sakit, buat tak tau jek... takdela nak meremang segala bulu roma yg ada :D ... apa2 hal sendiri tanggung

    ReplyDelete