RENTANGKAN KU PERMAIDANI
DARI SALJU BERWARNA PUTIH
AGAR DAPAT KU LEPASKAN
BEBAN YANG KU GALAS INI
ALLAHHUAKHBAR! Itulah perkataan yang meluncur keluar dari mulutku apabila mendengar berita itu.Kawan aku yang pergi buat mamo test minggu lepas kat Hospital Putrajaya menelefonku,dia dah dapat result test."Apa yang aku takut dah terjadi",itulah katanya lepas dia memberikan salam padaku.Dia telah mengetahui keputusan ujian mamogramnya semalam,dan doktor pakar telah mengesahkan kesakitan yang dialami di payudara sebelah kiri adalah kerana ada ketumbuhan yang menghuni di dalam payudaranya.Menurut doktor ketumbuhan itu bukan kanser tapi jika tidak dibedah secepat mungkin bimbang akan menyebabkan terjadinya kanser payudara.Menggigil aku saat dia mengucapkan perkataan "BEDAH,KETUMBUHAN & KANSER".Doktor telah menetapkan tarikh pembedahannya pada 19JUN 2008 bersamaan hari Khamis.Tapi 18JUN dia kena masuk wad untuk dipastikan tahap kesihatannya stabil sebelum pembedahan dilakukan keesokan harinya.Dia akan dibenarkan keluar dari wad 2-3hari selepas pembedahan jika tahap kesihatannya memuaskan.Aku terharu sangat saat dia mengatakan yang tahun ini dia tak dapat nak belikan hadiah harijadi untuk aku kerana dia mungkin masih dalam kesakitan saat itu."Lepas harijadi aku kalau kau nak bagi pun aku terima",aku berlawak.Dia tertawa kuat."Aku takut sebenarnya nak jalani pembedahan ni,tapi kalau tak buat sekarang impaknya lagi teruk pada masa depan.Doakan pembedahan ni berjaya.Kau taknak datang melawat aku ke nanti?",perlahan sekali dia berbicara.Aku dapat menangkap rasa takut & sedih dari helaan nafasnya."Hari2 aku doakan kau,kalau kau tak sakit pun aku tetap doakan kau.Aku tak janji dapat melawat kau ataupun tak sebab Putrajaya tu jauh sangat,lagipun time keje kan jln sesak,tapi aku akan cuba.Kau jangan fikir yang bukan2,Inshaallah,semuanya akan selamat".Sebenarnya aku sendiri rasa takut,kecut,sedih,risau,semuanya bergumpal menjadi satu rasa yang tidak menyenangkan sehingga aku terlupa untuk bertanya bagaimana pembedahan itu dilakukan"Aku akan beli hadiah untuk kau walau aku terpaksa merangkak gi kedai,kau sahabat aku dunia akhirat".Terasa airmata aku mahu luruh mendengar kata - katanya."Tak payah nak pikir pasal harijadi aku,kau kena jaga diri baik-baik lepas pembedahan nanti.Aku akan gembira kalau kau sihat macam biasa,aku nak dengar kau ketawa macam selalu"."Terima kasih,kau bagi aku semangat".Setelah mengucapkan salam aku mematikan talian."Ya Allah,KAU berikan dia kekuatan & kesihatan".Aku memang tabik spring dengan kawan aku nih,dia memang seorang wanita yang berani & kuat.
jom kita pakat pi ramai2 wat mamogram... takut la...
ReplyDeletep/s : pompuan belum kawin bole ka buat. :D
Prof. Hawk dr Universiti Columbia berkata : " Semua penyakit yang ada di bawah matahari, pasti ada ubatnya, atau sama sekali tidak pernah ada. Jika ada berusahalah untuk mendapatkannya, namun jika tidak, maka jangan difikirkan."
ReplyDelete