Tuesday, May 20, 2008

1001 kisah

SABTU,aku ikut bos gi Seremban.Kedekut betul bos aku nih,ada ke lalu jln lama ,Kajang,Beranang,Semenyih,Mantin,Seremban.Bila aku tanya kenapa lalu jln lama,dgn bangganya dia jwb,"takde tol".Kepala aku rasa pening lalat bila dia masuk jln berbelok-belok dgn kelajuan Honda Stream 50KM sejam.Rasa tak bergerak je kereta tu.Kami sampai di Seremban lebih kurang pukul 1.30pm.Aduiii,susah betul bila org tua bwk kereta,aku rasa basikal lagi laju dari kereta bos aku.Bos aku pergi menziarah seorang saudaranya di Seremban tu.Saudara yg byk membantunya dari segi kewangan.Saudaranya sekarang didalam dilema sama ada ingin mengambil anak angkat ataupun tidak.Saudara bos aku nih berusia sekitar 80thn.Berkahwin dan mempunyai 4org anak.Setelah isterinya meninggal,anak-anak menyuruh dia berkahwin lagi kerana masing - masing mempunyai urusan sendiri jadi tak ada masa untuk menjenguk ayah yg tua selalu.Saudara bos aku nih pun berkahwin dengan cina yg berasal dari Hadnyai,Thailand.Mereka dah berkahwin selama 15tahun tapi tak dikurniakan anak.Dari dulu lagi isterinya meminta izin dari suami untuk membela seorang anak angkat namun suaminya menolak dengan alasan dia sudah mempunyai anak dan meminta isterinya menganggap anaknya seperti anak mereka berdua juga.Tapi baru - baru ini keadaan menjadi genting apabila isterinya mengatakan dia akan mengambil anak angkat walaupun tanpa keizinan suaminya kerana merasa sunyi lalu sering terjadi perbalahan di antara mereka berdua.Kiranya bos aku nih dipanggil untuk menjadi orang tengah.Dan bos aku pun nasihatkan saudaranya supaya memberikan keizinan kepada isterinya untuk mengambil anak angkat kerana mereka mampu untuk membiayai kehidupan seorang anak lagi.Aku rasa kalau 1000 anak pun dorang ni mampu,kaya betul dorang nih,rumah banglo besar atas bukit Seremban.Mana tak sunyinya,rumah jauh dari jiran2,tinggal pulak berdua aje siang malam,kalau ada anak sorang tu hilang gak rasa sunyi.Pandai gak bos aku nih bagi nasihat dan aku bersetuju dengan pendapat dia,isterinya cakap kalau suaminya mati dia akan balik semula ke Hadnyai sebab rumah kat Seremban ni sure dapat kat anak - anak tiri.Lagipun dia takde sesapa kat sini.Aku tengok terangguk - angguk saudara dia dgr gebang bos aku.Sebagai seorang wanita aku dapat rasakan apa yg dirasakan oleh isteri saudara bos aku nih.Ya lah,mesti dia risau tentang hari tuanya,sapa yang akan jaga dia nanti saat dia terlantar di atas pembaringan.Walaupun anak tu bukan anak kandung sendiri tapi mesti dia akan sayang ibubapa angkatnya.Aku harap saudara bos aku tidak mementingkan diri sendiri.Hidup ini bagai lampu dinding,yang dinyalakan di malam hari,apabila minyak sudah kering ia kan pasti padam sendiri.Apa2 ajelah.

1 comment:

  1. mak ingat gi seremban nak pinjam duit. ghopenyer jadi pendamai... caya lah... diri sendiri tak terdamai.. watever...

    ReplyDelete