Wednesday, February 19, 2014

Tempat jatuh lagikan di kenang

Dia ajak saya ziarah pusara saudara.

Sudah agak lama kami tak datang berziarah.

Pergi lepas asar dan cuaca agak mendung.

Kami bersihkan kawasan sekitar pusara.

Dia ajak saya cabut rumput yang tumbur liar di atas pusara.

Sedang kami asyik mencabut rumput tiba-tiba muncul makhluk yang tak diundang.

Saya dan dia menjerit agak kuat.

Penjaga kawasan perkuburan berlari mendapatkan kami.

Rasa menggigil lutut waktu tu.

"Kenapa? Kenapa?".

Kami tunjuk kearah seekor anak katak yang sedang melompat.

"Laaaaaa, ingatkan orang kat bawah hulur tangan ke, hulur kepala ke", dia ketawa.

Kami berdua berpandangan.

Errr...kalau orang bawah hulur tangan atau kepala harus kami pengsan tak sempat jerit :D


Tuesday, February 18, 2014

Kasih Sayang

Saya dan dia duduk berbual bawah pokok bunga tanjung.

Sambil sesekali mata saya memerhatikan suami dia yang sedang menyiram bunga.

Dia beritahu saya tugas menghias laman rumah semuanya di lakukan suami.

Dia cerita pernah suatu hari suami mengeluh kerana rumput di laman sudah panjang.

Dan tiada siapa pun yang peduli.

" Kalau saya meninggal nanti entah macam mana keadaan laman ni", keluh suami.

Dia jawab, " abang baliklah tolong potong rumput, tapi kalau balik bagi salam baik-baik, takut saya terkejut".

Dan suami yang rasa nak marah terus ketawa.

Saya yang dengar cerita dia pun ketawa.


Monday, February 17, 2014

Senggol Senggolan


Dia tanya saya.

Selepas W ..... Y, macam mana pulak nombor plat untuk KL nanti?

Saya cakap taktau.

Sebab kereta saya tak perlu nombor plat.

Kikikiki.

Sila jangan percaya.


Thursday, February 6, 2014

Teman Pengganti


Saya memang tak boleh minum kopi.
Bau kopi pun boleh buat saya pening.
Tapi entah kenapa suka sangat nak minum kopi terutamanya waktu sarapan.

Dan, baru-baru ni saya jumpa ini.
Nescafe tanpa kefein.
Penutup merah.

Dah banyak kali saya minum dan memang tak rasa pening.
Tapi rasa kopinya macam kurang kaw sebab serbuknya pun tak berapa gelap.

Asalkan ada bau kopi pun dah cukup untuk saya.






Wednesday, February 5, 2014

Mainan perasaan

Baca surat khabar, "restoran di Melaka sediakan berinai percuma setiap hari".

Saya jerit pada kawan-kawan.

Jerit manja saja.

Bersusun mereka datang kerumun saya.

"Bukan berinai la, BERIANI, NASIK BERIANI", ramai-ramai mereka jerit pada saya.

Ye ke? Lama saya tenung perkataan tu, beriani rupanya.

Takpelah salah pun, sekurang-kurangnya mereka tau ada nasi beriani percuma di Melaka :D

Boleh cuba nanti kalau pergi Melaka :D

Tuesday, January 28, 2014

Calar

Bersendirian. Merenung riak air kolam.

Dan, tiba-tiba angin petaghe datang mengelus pipi dengan rakus.

 Membelai rambut dengan lembut.

 Mencurahkan segala gundah gulana pada dia.

Menumpahkan airmata bahagia derita.

Angin petaghe lantas melagukan melodi menusuk kalbu.

Mendakap mesra, memujuk manja.

Dan sebelum pergi, angin petaghe sempat berbisik, " kenapa harus dipertahankan ego yang tinggi melangit?"

Diam. Tunduk. Malu.

Rupanya angin petaghe berjaya menyelinap masuk ke dasar hati saya.






Thursday, January 2, 2014

Sentuh Dan Pergi


Saya tolong dia angkat barang dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru.

Mulai hari ni dia akan bertugas di tempat baru atas arahan ketua atasan.

Lebih mencabar dan lebih banyak dugaan.

 Saya tau dia sukakan cabaran cuma mungkin perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

Saya tengok dia lap airmata juga masa tinggalkan tempat lama.

10tahun di tempat lama, mestilah banyak memori yang sukar di lupakan.

Kenangan 10 tahun tak mungkin dapat dilupakan dalam masa 10 hari.

Tapi lepas ni rasanya pasti semua ok.