Thursday, April 9, 2009

Hanya dia dihati

Aku harap sangat hari ahad lepas dia yang akan berada di atas podium sambil melambai kepadaku tapi nak buat macam mana semuanya hampa. Walaupun dia tak berada diatas podium aku tetap penyokong setia pasukan merah itu. Kalo tak percaya tengok ni :



Tan Sri, pinjam keta jap nak amik gamba letak kat blog,kekeke





Cunnyer budak ni.







Kalo sesapa nak kutuk pasukan merah ni tolong pandang kiri kanan dulu ok sebab orang2 aku senantiasa ada di mana-mana,kekekeke.



Wednesday, April 8, 2009

Berkongsi cerita

Email dari seorang kawan, aku pun baru tau. Baca ler dulu untuk tahu kesahihannya.




Tuesday, April 7, 2009

Berbalas tembakan



Aku pegi pejabat pos nak baharui lesen memandu, dan tak semena-mena aku telah di TAG oleh sorang makcik yg aku tak kenali. Ingatnyer kat blog jer ada tag.

"Bayar bil ke dik?"

"Ya". (takkan gi oder makan plak kat situ)

"Nama ape?"

"Juliet".

"Pehhh, nama cam omputeh. Ada campur-campur ke?"

"Ya".

"Pandai makcik teka. Belah mana?"

"Belah mak ngan ayah".

"Ooooooo,campur camner tuh".

"Campur lelaki ngan pompuan, jadilah saya,kekekeke."

"Dah kawin?"

"Belum".

"Pandai betul makcik teka. Dah ada boypren?"

"Belum".

"Haaaaa,hahaaaa, pandai lagi makcik teka".

"Err, dah berapa lama makcik kat sini?"

"Dekat 2 jam".

"Bayar bil?" (sebenarnya aku da rasa nak larikk)

'Tak, nak beli setem,lagi dekat 20 orang nak lepas."

"Beli setem takyah ambik nombor, pegi kat kaunter sana terus".

"Ehhh,ye ke,nape takde orang cakap,bla,bla,bla". (bangun)

"Kesiannya dia,fuhhh lega."

Kat Kaunter

"Barukan lesen berapa tahun dik?"

Mulanya nak cakap 5 tahun tapi aku buat setahun je sebab tetibe teringatkan member aku si KTS tu cakap jangan barukan lama2 mana tau kot tetibe kita padam cepat buat rugi je,kekeke.

"Setahun je? Tunggu lama2 setahun je?"

"Saja suka datang sini".

Monday, April 6, 2009

Deria bauku diuji

Semalam merayau-rayau ke satu tempat. Tengok jam dah pukul 2 lebih, patut pun perut dah bagi warning banyak kali. Aku ajak kawan cari kedai makan. Berpusing2 dalam bangunan tu agak lama sebab kami dah lama tak datang sini. Puas bertanya kat pak2 guard tu akhirnya kami jumpa foodcourt dalam bangunan tu juga.

Melangkah je masuk dalam foodcourt tu hidung aku mencium pelbagai bau yg betul2 meloyakan datang dari beberapa kedai masakan cina. "Bluekkkk", muka kawan dah bertukar kaler biru. Cepat2 aku tarik dia keluar.

Pengudaraan yg kurang baik membuatkan aku dan beberapa orang Melayu lain tak jadi masuk ke situ. Aku heran tengok macam mana orang lain boleh makan sambil gelak2 hepi sedangkan aku lalu tepi je dah rasa tak tahan.

Saturday, April 4, 2009

Dari Seberang

"Itu iklan Along pinjam duit ke?"



"Bukan".



"Abis tu iklan apa? Selalunya along je yg suka gantung2 gitu".



"Saya taktau la pakcik".



"Kamu tak reti baca ke?"



"Saya dari seberang".



"Oooo. Tapi kamu tau plak tu bukan iklan along".



"Errr,errrr."









Friday, April 3, 2009

Jgn jolok sarang tebuan

"U dah tukar password safety box ni ke"

"Takdelah, yg lama gak".

"Nape takbleh bukak ni?".

"Ooo, bateri dah lemah ler tu. Kena guna manual, guna kunci ler bos".

"Tapi kunci dia kat dalam".

"Ape?"

"Kuncinya kat dalam safety box".

"Grrrrrrrr! Lu pikir le sendiri".


pstttt: aku ada kunci spare tapi malas nak bagi, biar bos aku gelabah sikit,kekeke.

Thursday, April 2, 2009

Kerlipan lampu itu







"Nanti tolong tengok nasi kat dapur".



"Ok".



Beberapa jam kemudian.





"Dah masak nasi?"

"Rice cooker ni rosak ke?"



"Rosak? Abis tu nasi masak ke tidak?".



"Nasi masak, tapi lampu dia menyala je dari tadi".



"Dah ko tak tutup suis memang la dia menyala, hampeh la ko ni".



"Ingat lampu tu padam sendiri bila nasi dah masak".



"Dah berapa lama ko tak pegang periuk?".



"Errr,errrr..."



Pesanan kepada semua wanita, berhati-hatilah ketika menggunakan perkakas elektrik di dapur, pastikan ada cop SIRIM,kekeke.