Monday, July 28, 2008

Terharunya

Aku dapat satu panggilan telefon daripada sepupu aku,dia cakap barang dia tertinggal dalam bonet keta aku dan dia suruh aku pegi tengok secepat mungkin.Aku pun dengan malas menuju ke arah keta,aku pun bukaklah bonet "Hah! Ada hadiah dan sekeping kad yang tertulis "Selamat Hari Lahir". Aku dah mula kompius,aku pun selak kad tu "Hah! untuk aku,ingatnya dia dah lupa hari lahir aku bulan lepas,saja nak buat surprise yek.





Hari ini adalah harimu
Itu yang dikata mereka
Walau keadaannya biasa-biasa saja
Kata mereka
Hari ini
Adalah tuah buat sang pencinta
Lahirnya amat indah
Sebaik terbit mentari
Diterangi suria
Malamnya di pancari purnama
Hari ini
Bak mekar bunga
Sehari hadirnya disirami
Titis-titis kasih
Sebenarnya
Itu kata mereka
Bukan kataku
Itulah kata-kata yang di tulis pada kad.


Bila kotak dibuka,lagi aku terperanjat,isinya ialah sepasang kurung moden yang dilehernya bertahtakan manik tabur dan dikiri kanan lengan bersulam indah dengan manik-manik yang penuh bercahaya,hasil kerja tangan sepupu aku sendiri.Wah! Memang cantik,yahooo,aku dah ada baju raya.


Saturday, July 26, 2008

Luka Dilukai

Kanan dan kiri cuba berlari
Masihku dihujani tohmah dan caci
Jangan sekali aku diletak kebawah
Hanya kerana jalan hidup yang susah


Tak siapa diantara kita didunia
Memilih jalan hidup yang derita
Aku sering dipersenda
Dan sering dipersia
Oleh hati mereka yang tak punya rasa


Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namum belum sempat ku merasa
Mimpiku berdarah semula
Kerana dustanya





Terhempas lagi sekian kali
Luka yang dilukai menguji diri
Namum begitu aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat segalanya


Bertemu dengan seorang teman lama semalam,seorang lelaki yang dulunya pendiam dan agak pemalu tapi kini macho habis (pada pandangan aku la).Dia yang tegur aku dulu,aku bukan sombong tapi nak tegur takut salah orang sebab masa form 5 dulu badan dia kurus kering tapi sekarang dah berisi.Borak punya borak aku pun tanya lah, "sorang ke?" Dia gelak,"abis tu awak nampak ada orang lain ke ngan saya". Termalu aku dibuatnya. "Dah kawin?".Kenapalah aku boleh tanya soalan bodoh tu,kang dia tanya aku balik susah pulak nak jawab,termalu lagi sekali kang. Tiba-tiba dia menundukkan muka.Ah sudah mamat ni,aku salah tanya ke.Dia mengangkat mukanya dan menguntumkan senyuman pada aku."Lega",aku berkata dalam hati"."Aku baru putus tunang bulan lepas". Alamak,rasa bersalah bertimpa-timpa datang."Sori",itu ajelah perkataan yang mampu keluar dari mulut aku yang takde insurans nih."Takpe,aku dah boleh terima walaupun sesekali masih teringat".Aku taktau nak tanya apa dah,tiba-tiba kelu sejuta bahasa.Dia menyambung cerita. "Aku kenal ngan bekas tunang aku nih dah setahun lebih,dia budak "U",aku ni keje kilang je.Tapi dia beriya cakap itu bukan penghalang untuk kami hidup bersama dan aku bulat-bulat percaya cakap dia.Setelah mencapai persetujuan dari dua belah pihak aku pun suruh mak masuk meminang dan pinangan aku diterima oleh keluarganya.Maka aku pun percaya yang dia memang cintakan aku sepenuh hati.Lebih kurang 4 bulan melalui alam pertunangan pada suatu hari dia sms ajak jumpa.Aku ingat jumpa macam biasa tapi rupanya masa pertemuan tu dia cakap yang dia nak putuskan pertunangan dengan alasan kami tak ada persefahaman.Aku terkedu mendengar cerita kawan aku ni."Sebenarnya dia dah ada orang lain,sama-sama study dengan dia.Bekas tunang aku ni taktau yang aku ada kawan sama "U" dengan dia,semua cerita dia kat "U" aku tau,apa saja yang dia buat kat sana aku tau.Ya lah kan,aku ni keje kilang,kelulusan pun SPM pangkat 3,mana ada perempuan yang sudi nak jadikan suami,sekadar berkawan boleh la"."Tak semua perempuan macam tu",aku menjawab balik.Dia tersenyum."Aku harap pun tak semua perempuan macam tu".Dia mintak diri untuk balik dan aku rasa ralat sebab terlupa nak mintak nombor telefon dia,manalah tau kot aku boleh tolong ubatkan hatinya yang sedang terluka :D











Thursday, July 24, 2008

Macam-macam

Tengah syok buat keje kat ofis semalam tiba2 aku dengar bunyi handphone.Sampai habis deringan takde sesapa pun yang angkat.Aku ingat aku mimpi sebab lepas makan mata ni rasa semacam je,menguap tak berenti.Kemudian aku dengar lagi bunyi deringan yang sama dan untuk membuktikan yang aku bukan mimpi maka dengan suara yang bagaikan buluh betung ni aku pun jeritlah,"sapa punya handphone ni bunyiiii".Semua buat tak tau je.Tapi tiba-tiba berlari-lari anak lah kawan aku nih mendapatkan hanphonenya.Aku heran gak,takkan bunyi handphone yang kuat tu dia tak dengar dari tadi.Untuk menghilangkan rasa keheranan aku pun tanya dia "tak dengar ke dari tadi bunyi handphone tu dok menjerit?" Dan dengan semyum simpulnya dia jawab "baru tukar ringing tone tu yang tak perasan,ingatkan orang punya".Aku pun senyum sendiri.Balik rumah malam tengah dok seronok layan cerita kat TV tiba-tiba dengar bunyi handphone.Ini juga menimbulkan keheranan aku bila semua yang kat rumah tu buat taktau je.Tak lama kemudian dengar lagi deringan yang sama bertalu-talu sampai mengganggu konsentrasi aku nak menghayati cerita tv.Aku pun jeritlah "sapa punya handphone tuh,tolonglah angkat".Tiba-tiba adik aku yang dok terbaring depan tv tu bangun sambil tersengih-sengih dan cakap "adik punya,tak perasan sebab baru tukar ringing tone tadi". Ha! Dalam sehari aku alami 2 peristiwa yang sama,heran gak ya,sendiri tukar sendiri taktau.Macam-macam kerenah orang ni ya,apa-apa ajelah asalkan bahagia.

Tuesday, July 22, 2008

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku! 20July,Hari Keputeraan Sultan Terengganu,Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin yang ke 46.Tahun ini baginda tidak akan memberi penganugerahan darjah mahupun pingat kebesaran.Ramai yang tertanya-tanya mengapa baginda berbuat demikian dan hanya baginda yang ada jawapannya.Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan bahawa baginda akan memberi penganugerahan juga cuma waktu dan masanya belum dihebahkan lagi.Sebenarnya aku nak cerita kat sini yang aku pernah beberapa kali naik kereta rasmi YDPA Tuanku Mizan,rolls royce warna maroon.Jangan terkejut pulak ya sebab aku kan ada ehem..ehem..dengan Tuanku.Jangan nak berburuk sangka dan bergosip liar pulak :D.Kat bawah ini ada gambar kereta rasmi baginda yang aku ambik masa sedang di servis untuk digunakan semasa hari pertabalan baginda baru - baru ini.Best naik kereta ni,tetiba je aku rasa macam seorang permaisuri :D Bukan sebarang orang dibenarkan masuk ke tempat ni,kereta mahalkan,kereta rasmi Tuanku pulak tu.Kereta ni yang digunakan semasa baginda keluar ke majlis rasmi seperti hari pertabalan dan hari kemerdekaan.

































Saturday, July 19, 2008

Alahai!

Anak buah aku,berumur 9thn, semalam buat hal taknak pergi kelas tuisyen.Abah dia pun tanya kenapa? Mana tau sakit perut ke,sakit kaki ke,tak siap homework ke.Mulanya anak buah aku ni diam tak nak cakap apa- apa,tunjuk muka protes.Sekali lagi dengan nada sedikit memujuk abahnya bertanya kenapa dia taknak ke kelas tuisyen? Nak tau apa dia jawab? "Along takde handphone sebab tu lah along taknak pegi tuisyen". Tercengang kami mendengarnya. Abah dia cakap lagi "kan ada abah bagi hari tu,mana along letak?".Dia jawab balik,"taknak yang tu,along nak yang ada kamera,yang ada lagu,yang ada game kereta macam abah punya". Ya ampunnnn,itu masalahnya yang buat dia taknak pegi tuisyen.Abahnya dah bagi handphone tapi 3310,jadi tak seronoklah dia tengok kawan - kawan punya ada kamera,ada lagu.Alahai budak - budak zaman sekarang ni.Abahnya pun bukaklah kitab,apalagi pot pet pot pet....abah jln kaki....bla..bla..bla..mkn pun ala kadar je....pot pet pot pet....baju sekolah tak pernah tukar......dll.Aku rasa bukan anak buah aku sorang je mengalami masalah macam ni sebab aku tengok budak - budak seawal usia 6thn dah ada handphone sendiri,canggih pulak tu.Zaman aku dulu nak mintak apa- apa dengan ayah pun tak berani walau dah di janjikan kalau periksa no.1,2,3 dapat hadiah.Apa yang ayah bagi itu dah cukup menggembirakan.Aku tak pasti adakah budak - budak sekarang ni mesti dipatuhi segala kehendak mereka atau mungkin ibubapa sekarang dah mempunyai banyak wang lalu tak kira apa saja permintaan anak akan dituruti.Nasib baiklah anak buah aku termakan pujuk abahnya untuk dibawa jalan - jalan tengok kapal terbang control bila cuti nanti,kalau tak mesti satu rumah akan bergegar dengan raungannya nakkan handphone baru.Kesiannya ibubapa sekarang ya.

Thursday, July 17, 2008

Pasrah


Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakiku
Lambaianmu kian jauh
Dari mata


Malangnya bencana menimpa
Kau telah pergi
Untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu
Ku bisikkan kata sayang
Kepadamu


9tahun menanti namun semuanya berakhir semalam,sudah tersurat segalanya dan semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Takziah dan Al fatihah buat Abang Bazi dan Kak Ita diatas pemergian anak sulung mereka yang baru berusia 5bulan dalam kandungan ibunya.Kak ita mengalami keguguran semalam di Pantai Medical Centre setelah 2hari dimasukkan kesana akibat pendarahan yang teruk.9tahun mereka berkahwin,pelbagai cara digunakan untuk mendapat cahayamata,dan baru - baru ini mereka diperkenalkan dengan seorang pakar sakit puan di Pantai Medical,dengan perbelanjaan sebanyak RM12 ribu,Kak Ita disahkan hamil akhirnya.Aku dapat melihat cahaya keriangan diwajah Abang Bazi setiap kali bercerita perihal Kak Ita yang mengidam macam - macam..Ada riak kecewa,hampa & sedih terpamer di wajah mereka berdua,namun aku harap mereka terima segalanya dengan redha.Aku tahu penantian itu satu penyiksaan,namun siapalah kita untuk melawan takdirnya.Kak Ita tak sempat menatap wajah bayinya kerana semalam dia masih tidak sedarkan diri.Doa kami sekeluarga,moga Abang Bazi dan Kak Ita tabah jalani dugaan dan terus berusaha dan moga satu hari nanti mereka akan dikurniakan cahayamata.,Insyaallah.





Tuesday, July 15, 2008

Terima kasih

Langkah demi langkah kita atur bersama
Jatuh terluka bangun semula
Terima kasih atas penghargaan
Yang telah diberikan

Balik dari sekolah semalam along menjinjit sebuah beg plastik.Didalamnya aku tengok macam kotak kek dan tepat sekali tekaan aku.Sebiji kek coklat yang dihadiahkan oleh salah seorang pelajarnya yang berjaya masuk "U" baru - baru ini.Yang lebih mengharukan along,kek ini dihantar sendiri oleh ibubapa pelajar terbabit bersama dengan ucapan terima kasih di atas susah payah along mendidik anak mereka.Bukan harga kek yang menjadi perkiraan,tapi penghargaan yang diberikan kepada along cukup membuat dia berasa bangga dan terharu.Kalau pelajarnya tak bagi apa-apa pun along tak kisah,along cuma nak tengok mereka semua berjaya mencapai cita-cita.Baru je aku nak keluar beli kuih untuk minum petang,tapi bila nampak kek semua dah terkam.Kat rumah aku ni semua orang suka makan kek kecuali aku seorang.Kalau kek coklat sebiji tuh dalam sekelip mata je boleh habis.Aku pun rasa terharu kerana ada juga pelajar yang ingat jasa cikgu mereka bila dah berjaya.Aku pun dah lama tak jumpa dengan cikgu-cikgu aku dulu,entah apa khabar mereka semua.Tapi aku tetap ingat jasa mereka semua,hanya Allah saja yang mampu membalasnya.