Wednesday, August 14, 2013

Dunia tanpa sempadan

Abah tanya dia pasal ujian literasi matematik dan sains baru ni.

Dia jawab ada yang susah dan ada yang mudah.

Abah cakap nak suruh dia duduk asrama masa tingkatan 4.

Dia jawab nak masuk sekolah teknik, nak belajar macam abah.

Lepas SPM, nak masuk kolej macam abah.

Lepas kolej nak keliling dunia macam abah.

Abah senyum. 

Abah cakap dia masih muda dan hanya nampak yang manis-manis saja.

Abah cakap, biar dia tau sendiri, apa beza pandu ferrari dan lamboghini.





17 comments:

  1. saya pandu kancil.
    tak ada power stereng.
    penat.

    haha.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, penat. dah terbiasa takde power stering, bila drive yang ada power stering, terlajak la pulak. hahaha. dan dan tu baru la terasa, owh penatnya drive kancil ye. huhu.

      Delete
    2. tasek,
      saya suka pandu kancil ayah yg jugak tade power stereng :D

      tata,
      hahaha, masa tu dan2 rasa nak tukar kereta eh :D

      Delete
    3. haah la. tapi sayang jugak nak tukar, sebab kereta pun dah habis bayar. tak pe la, naik sorang aje. no hal la kalau tak selesa pun.

      Delete
  2. wahh.. aku yang kira dah nak masuk usia remaja nie pun.. masih tak tahu apa beza memandu ferrari dan lamboghini hahaha.. tapi kalau takat beza wira dan kancil aku tau lah ahaks :)

    ReplyDelete
  3. antara ferrari & lamboghini bes lagi pandu proton wira....opocot. SLmt Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wira sedap buat merempit kak :D
      salam aidilfitri.

      Delete
  4. yang pasti ferrari n lamboghini x seswai bawak balik kampung untuk beraya....

    x leh bawak kuih raya balik, jenjalan raya pun x muat nak naik ramai2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, beli mahal2 naik 2 orang je kan :D

      Delete
  5. kalau nak pakai ferrari atau lamboghini kena duduk bandar utama. bandar kecik dan pekan, xde sparepart. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. psssttt...kalau nak order sparepart ferrari jgn malu2 roger saya :D

      Delete
  6. Ayah kawan saya cakap macam ni jugak dulu..3 hari lepas tu dapat ferrari..anak dia bagi..haha

    ReplyDelete
  7. kemarin tak sempat beramah mesra pon dengan si merah ni.

    tapi dapat jumpa si kobau biru berdebu tuh pon ok dah.
    (psssttt, adik ipar ai ckp anak pemilik kobau biru tuh bujang trang2, p la isi boring, kuang asam adik ipar gua tuh kan..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *isi borang.

      benci ah auto correct neh~

      Delete
    2. u jgn nak isi borang caras ai okeh.

      Delete