Monday, April 25, 2011

Sebelum Dan Selepas, lukanya tetap sama.



Sebelum ke Langkawi

 Keluar dengan kawan beli barang untuk dibawa ke sana.
Dah selesai segala urusan, kami ambik keputusan untuk ronda-ronda.

"Bukak tingkap kereta untuk merasa kehadiran angin yang segar dan bersih", kata aku kepada kawan.

Kawan pun bukak tingkap. 

Tengah seronok menghirup udara segar, tiba-tiba nampak langit gelap dan ada titisan air berjatuhan di cermin kereta.

Kawan tutup tingkap, tapi malangnya cermin tingkap aku tak boleh naik.

Kami bekerja keras untuk menaikkan cermin kerana titisan air semakin besar dan banyak.

Betul kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan.:P

Akhirnya cermin itu naik. Kami menarik nafas lega gila.

Tak dapat nak bayangkan memandu dalam hujan dengan tingkap satu ternganga.



Selepas ke Langkawi

 Malam nak keluar sekejap.
 Pasang lampu kereta, tak menyala.

Tutup suis, bukak suis, tutup suis, bukak suis.
Keputusannya tetap sama, gelap gelita jua.

Tepuk-tepuk dahi.

Ingatkan nak baiki cermin dulu, lampu pun nak buat hal jugak.

Masuk ofis pagi tadi, dia cakap, "Cik Juliet punya roadtax dah mati ye semalam".

Aku pandang dia dan senyum saja.

Yang mana nak buat dulu ni?

25 apa2 aje:

Yunus Badawi said...

Bila nak cukup bulan, mcm tahu2 aje kereta awak nak minta belanja

Yunus Badawi said...

Eh saya first hari ni.

Bangga.

pssst - adakah kereta yg awak citerkan tu sama dgn yg di dlm gambar tu?

Kalau yg itu berapa cukai jalannya ek?

Mummy Cool said...

belum akhir bulan, senarai panjang dah menunggu untuk dimasuk kan.... Salam Dear..

~mrs azmi~ said...

kereta tu dah tau tuan dia nak gaji dah..

Ku Tak Sempurna said...

kesimpulannya :

lepas ni kita pergi labuan plak

hihihi


.
.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Dua minggu lepas azab aircond keta problem. Dekat dua minggu jugaklah tunggu abg aku hantar workshop.


jenuh aku lap ngan kain masa hujan.


huh..

dangarumbia said...

Kereta tu ngada-ngada la Jue. Cari jer yang baru, hehe...

Ms.Lilies said...

tak lama lagi 30hb....
sebab tu dia dah standby sesiap mintak tuan dia belanja hihihi

azlina said...

kadang2 dugaan dtg bertimpa2 dan kekadang juga rezeki dtg mencurah2...apapun semuga di permudahkan allah segala urusan..

julietchun said...

yb,
kereta saya pegi sekolah tu yg pandai mengira,kekekeke

julietchun said...

yb,
yg ini 2 pintu saja. cukai jalannya buleh buat bayar downpayment swift atikah :P

julietchun said...

mummy,
terpaksalah mengira bajet betul.
Salam.

mrs.azmi,
kereta pun ada hati dan perasaan kan :P

julietchun said...

kts,
kena pecahkan tabung ayam lah :P

azrina,
kenapa tak hantar sendiri? :P

julietchun said...

kaktie,
yg lama ni banyak kenangan :P

lilies,
tak bulehlah nak belanja kamu :P

julietchun said...

azlina,
ada hikmahnya kan kak :P

jajazuzu said...

dia x bagi yu shoping benda lain utk gaji. :)

Mr PenyuBiru said...

adeh! aku dah cakap jgn publish gambor kete aku kat blog ko.kan dah kantoi..hehe

DrSinga said...

pergi bank dulu keluarkan duit!

zonaku said...

hahahha......

roadtax la... lelain blh diatur lagi

ckLah said...

Jaga dia baik-baik ya juliet...kereta tu!

AZANI said...

Assalam ju
ya saya setuju dgn zona..

julietchun said...

jaja,
baru ingat nak berpoya2 :P

penyu,
uppssss,sori bos :P

julietchun said...

dr.singa,
tinggal serdak2 je,kekekeke

zonaku,
tak berjalan malamlah aku :P

julietchun said...

cklah,
hahaha, saya ikut cakap puan :P

azani,
tu yg penting kan.

kakngah said...

ada yg korek tabung ayam ni... hihihi!!!